Melaka - Kemunculan semula satu spesies ketam yang jarang dijumpai di sepanjang pantai di sini telah menyebabkan satu keriuhan kalangan rakyat, terutama orang Kristian, ia disebabkan kerana ketam tersebut mempunyai tanda berupa Salib pada cengkerangnya.

Krustasia ini, atau nama saintifik Charybdisferiatus, ialah satu spesies Malacostraca dan selalu ditemui dalam perairan Malaysia dan Indonesia.
Ia dilaporkan terakhir dilihat di Selat Melaka dalam 1960s.

Seorang nelayan yang memegang Ketam jarang dijumpai (Kiri) bersebelahan dengan Ketam biasa (kanan). Ketam tersebut dilaporkan dilihat kali terakhir di Selat Melaka sekitar 1960-an. [Sumber : The Star]
Menurut Pembangunan Luar Bandar Negeri dan Pengerusi Panitia Agrikultur, Datuk R.Perumal berkata negeri itu akan meminta Jabatan Perikanan untuk merekod dan memerhatikan pendaratan ketam yang jarang ditemui tersebut.
"Kami akan memulihara ketam tersebut dengan membiakkannya", Tambah beliau

Seorang Ahli Biologi Marin yang enggan dikenali berkata, ketam tersebut menjadi jarang dijumpai akibat pembangunan yang pesat sepanjang pesisiran pantai negeri yang mengakibatkan kemerosotan Hutan Paya Bakau di mana ketam-ketam tersebut hidup.

Klik mana Iklan untuk sumbangkan pada www.homosapiensz.com