Drama Korea ni dah lama dah, tahun 2010 lagi...tapi aku baru layan since baru copy dari kawan (kalau nak download dari episod 1 hingga akhir tu, perlu komitmen tinggi tu!!).
Aku dapat Copy Episod 1-8 jer..(Total 16 episodes~ Mana boleh tengok Drama Korea separuh jalan kan... Jadi  aku berusaha la mencari dan mendownload episod selebihnya, nasib ler mudah dijumpai dan didownload menggunakan IDM (Internet Download Manager) ni...
Nota : Boleh try search Drama lain gak kat SINI...

Sinopsis (Sumber : Wiki D-Addicts):
 Pada suatu hari Cha Dae Woong ni lari dari atuk dia dan secara tak sengaja bebaskan musang berekor sembilan (Gumiho) dari kurungan lukisan. Gumiho tu bertukar jadi sorang awek Korea cun, pastu oleh kerana terhutang budi ngan Dae Woong ni, dia pun ikut la sampai Dae Woong ni cedera jatuh kat tebing sungai serta cedera parah. Gumiho ni selamatkan Dae Woong dengan bagi Manik magic dia tu. Kemudian, Dae Woong dan Gumiho ada lah relationship dan lama-lama..jeng..jeng...jeng.... (Aku baru tengok separuh drama ni....)

 Drama korea...apa lagi nak komen, kawan aku cakap Drama Korea ni best sebab diorang shooting selepas episod sebelumnya mendapat feedback dari penonton..So, diorang ubah-ubah plot kasi twisted skit...macam Drama Indonesia lak twisted bagai ni...Drama Melayu lak camne??