30 September 2011

Posted on Jumaat, September 30, 2011 by Ismiqbal Abdullah

6 comments

Keutamaan Puasa Enam Hari Bulan Syawal
Apa hukumnya puasa enam hari bulan Syawal, apakah wajib?

Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan Ramadhan adalah amalan sunnat yang dianjurkan bukan wajib. Seorang muslim dianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa satu tahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Ramadhan). 

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun penuh."
(H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Rasulullah telah menjabarkan lewat sabda beliau:
"Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas 'Iedul Fitri berarti ia telah menyempurnakan puasa setahun penuh. Dan setiap kebaikan diganjarkan sepuluh kali lipat."

Dalam sebuah riwayat berbunyi:
"Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali lipat. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun."
(H.R An-Nasa'i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh:
"Puasa bulan Ramadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh."

Para ahli fiqih madzhab Hambali dan Syafi'i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Ramadhan setara dengan puasa setahun penuh, karena pelipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali lipat.

Salah satu faedah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Ramadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Pada hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib.

Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam :
"Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah shalat. Allah Ta'ala berkata kepada malaikat -sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-: "Periksalah ibadah shalat hamba-hamba-Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat: "Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan shalat-shalat sunnat? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan shalat wajibnya dengan shalat sunnat itu." Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya." H.R Abu Dawud

Wallahu a'lam.
Islam Tanya dan Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

(Sumber : http://www.islamqa.com/id/ref/7859)

Posted on Jumaat, September 30, 2011 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

28 September 2011

Melaka - Kemunculan semula satu spesies ketam yang jarang dijumpai di sepanjang pantai di sini telah menyebabkan satu keriuhan kalangan rakyat, terutama orang Kristian, ia disebabkan kerana ketam tersebut mempunyai tanda berupa Salib pada cengkerangnya.

Krustasia ini, atau nama saintifik Charybdisferiatus, ialah satu spesies Malacostraca dan selalu ditemui dalam perairan Malaysia dan Indonesia.
Ia dilaporkan terakhir dilihat di Selat Melaka dalam 1960s.

Seorang nelayan yang memegang Ketam jarang dijumpai (Kiri) bersebelahan dengan Ketam biasa (kanan). Ketam tersebut dilaporkan dilihat kali terakhir di Selat Melaka sekitar 1960-an. [Sumber : The Star]
Menurut Pembangunan Luar Bandar Negeri dan Pengerusi Panitia Agrikultur, Datuk R.Perumal berkata negeri itu akan meminta Jabatan Perikanan untuk merekod dan memerhatikan pendaratan ketam yang jarang ditemui tersebut.
"Kami akan memulihara ketam tersebut dengan membiakkannya", Tambah beliau

Seorang Ahli Biologi Marin yang enggan dikenali berkata, ketam tersebut menjadi jarang dijumpai akibat pembangunan yang pesat sepanjang pesisiran pantai negeri yang mengakibatkan kemerosotan Hutan Paya Bakau di mana ketam-ketam tersebut hidup.

Klik mana Iklan untuk sumbangkan pada www.homosapiensz.com

Posted on Rabu, September 28, 2011 by Ismiqbal Abdullah

8 comments

 Jika anda seorang pekerja. Mungkin baru mendapat kerja. Atau baru sahaja setahun bekerja. Mungkin 2 tahun bekerja. Korang dah berfikir ke belum pada umur berapa mungkin anda bersara? Sampi umur 70 Tahun tak? Kalau berkemampuan apa salahnya kan. Mungkin cucu cicit dah masing-masing besar, tak comel dah nak main-main. Agak-agak bosan tak duduk umah je..
Mungkin menghampiri 70 tahun ni masa untuk berehat di rumah, mula nak ke masjid, baru nak pergi haji, umrah bagai kan..

MEF: Pekerja swasta boleh kerja hingga 70 tahun jika ‘layak’

 Petikan Yahoo News:
Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Majikan sektor swasta boleh menggaji seseorang sehingga umur 70 tahun jika pekerja terbabit memenuhi keperluan organisasi masing-masing walaupun undang-undang baru, yang sedang digubal bakal menetapkan had persaraan mandatori 60 tahun, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).
Pengarah Eksekutifnya Shamsuddin Bardan berkata, undang-undang baru itu menetapkan umur persaraan mandatori 60 tahun berbanding 55 tahun sekarang tetapi pekerja-pekerja yang diperlukan boleh berkhidmat selagi berupaya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut kontrak perkhidmatan.
“Undang-undang baru ini hanya menyediakan had mandatori bersara 60 tahun, tetapi jika ada  yang boleh bekerja sehingga 65 atau 70 tahun, masih boleh... bersandarkan kesediaan dan keperluan pekerja dan majikan masing-masing,” kata Shamsuddin kepada The Malaysian Insider hari ini. (Bacaan Lanjut)

 Kita tak tahu bagaimana masa depan kita. Mungkin sudah boleh bayangkan la. Apa pun dengan skrip yang biasa "Kita Hanya Merancang, Tuhan Yang Menentukan". Tapi kena ingat jugak, Tuhan juga menentukan perancangan kita berdasarkan usaha, amalan kita. Takdir ni ada dua; Satu Takdir yang tetap (seperti Maut) dan satu lagi Takdir yang boleh berubah (seperti Masa Depan yang berlaku atas usaha, amaln kita)

 
Klik Memana Iklan untuk sumbangkan pada www.homosapiensz.com

Posted on Rabu, September 28, 2011 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

27 September 2011

Semalam, 26/08/11 sekitar jam 11:30 malam, aku sedang membonceng motorsikal, baru je pulang dari kedai coz Mama kirim beli telur dan roti. Biasalah kalau bawak motor tengah hujan rintik-rintik di malam hari agak ralit (leka) juga la. Aku bawak terus jer sampai aku perasan dari jauh ada beberapa orang seolah  melambai-lambai jer sambil menjerit suruh berenti. Aku pun segera menekan brek secara kecemasan. 

Oleh kerana jalan raya yang licin, brek begitu jer memang tak berkesan, dah brek pun tayar masih menggelincir menghala ke sebatang pokok yang tumbang tengah jalan tu...huhu~ Nasib baik ler tak masuk terus dalam pokok tumbang tu, tapi tak berapa nasib baiknya aku yang jatuh atas jalan raya tu. Tersungkur.
[Kamera hanset jer] Pokok yang tumbang, habis pecah telur yang Mama kirim..huhu~
 Sesudah tersungkur atas jalan raya, nasib baik la pakai helmet dengan selamat dan aku cuma menongkat dagu jer kena jalan. Nasib aku entah la nak kata baik ke tak. Menurut penduduk yang ada sekitar tu, ada sebuah kereta yang memang tak perasan langsung pokok tumbang ni dan terus..zaaassss!! masuk celah tu....!!

Nak tunjuk luka jer...Takde feeling gaya model yer.
Inilah hasilnya yang aku dapat pada malam tu ..hehe~ aku ni memang slalu bergambar...Sabar jer la yer~
Masa aku jatuh tu, aku terduduk jap, nak redakan bengang kepala dan sakit rahang aku. Motorsikal cuma pecah cermin dan lampu jer. Tapi boleh bawak lagi balik rumah melalui jalan kampung lain..

Selepas balik rumah tu, biasa la..terus masuk bilik capai kamera digital dan terus snap..snap..snapp...! Selepas snapp..snapp..tu baru ler aku cek luka tu teruk ke tak.. Nampak luka kat tangan ok jer..basuh dengan air suam jer..tapi kat dagu jer yang agak dalam..So Mama cadangkan aku pergi jahit luka di Hospital Sultanah Nur Zahiran Bahagian Kecemasan.

Sampai jer sana, daftar kat kaunter dengan bayaran RM1 jer..tunggu kejap jer then terus dipanggil masuk bilik. Kemudian Doktor tu soal siasat jap. (Dan aku menjawab dengan jujurnya, ada lesen, pakai helmet) . Kemudian cek luka bahagian dagu aku, tekan-tekan skit dan memang kena jahit la.
Baru sampai rumah.. Nurse tu tampal lagi taknak terdedah masa perjalanan. Luka pun aku rasa dah bersih dah
 Nurse pun amik masa skit siapkan barang-barang untuk jahit dan cuci luka, kemudian bermula lah sesi menjahit, letak ubat bius skit. Masa nurse tu jahit agak gak rasa macam jarum halus masuk dalam kulit ni, Tapi rasa tu kejap jer lepastu Nurse tu terus ikat jahitan.
Dagu aku ni memang tak rasa sakit langsung sejak jatuh motor tadi, rasa kebas lagi...so, bila nurse tu cek kedalaman luka, cuci luka dan cucuk ubat bius, memang tak rasa sakit sangat la.

Selepas jahitan ke-2, aku bertanya kepada Nurse tu,"Kalau saya amik gambar ke video ke boleh tak?" (aku memang dah prepare kamera digital dalam poket ni..siap dah On)
Nurse tu pun menjawab dengan sopannya,"Tak yah la dah nak habis ni, lagipun memang kami tak benarkan amik gambar sini"
(dengan agak kecewanya, aku masukkan balik kamera dalam poket..)
Aiiseyy!! melepas korang nak tengok aku kena jahit luka buat kali pertamanya...huhu~
3 Jahitan...camtu ke orang kira??
 Tada! Jahitan luka aku yang pertama!! 02/10/11 ni kena gi memana klinik untuk bukak jahitan ni..

Nota : Baik betul pakcik rumah tepi tu, sanggup tolong kutip telur yang masih berisi dan boleh diselamatkan untuk bagi kat aku bawak balik, walaupun aku tinggalkan gitu jer..

p/s #1: sakit rahang lagi nak mengunyah ni...huhu.kena kunyah perlahan-lahan la...
p/s #2 : Jambu lah aku kena cukur janggut sejemput ni....hehe
Tolong Review Blog Saya di Alexa~
 Review http://www.homosapiensz.com/ on alexa.com

Posted on Selasa, September 27, 2011 by Ismiqbal Abdullah

10 comments

26 September 2011

Selepas confirm jer Says.my telah bank-in kan Cash-Out earning aku, aku memang dah lama teringin untuk membeli seutas jam ni. Kalau nak shopping sorang-sorang tak best lak, jadi aku ajaklah Mr.Ejaq bersama Mr.C1over beliau untuk usha-usha Jam Pertama aku dengan hasil online (actually ni adalah Jam pertama aku yang agak bernilai..)
 Setelah 2,3 kedai kami usha di sekita Mydin Mall dan Giant, akhirnya aku mengambil keputusan seutas jam yang mempunyai warranty dari Time Galerie.
Jenama Technum (aku Google tak jupe lak brand ni...takper la.)
 Walaupun jenama Technum ni aku tak jumpa masa Google, aku pilih jam untuk Long-term ni coz Affordable (Bawah budget RM100) , ada Dual Time (Analog dan Digital), Design Jiwa Muda dan mempunyai Warranty setahun (Tambah RM5 jadi total 2 Tahun Warranty)

Close-Up
 Pilihan warna, Biru, Kelabu dan Yellowish-orange
Dan aku pilih warna biru!

Shopping tak habis lagi dengan Cash-Out Says.my ni... Dulu aku dah posting pasal Malaysia IT Fair yang diadakan  di TTC dan telah berakhir pada 24 Sept.2011 lepas, Aku sempat lah singgah untuk mencari Headset (seperti aku posting dulu)
 Kawan aku cadangkan aku beli headset brand 'Sonic Gear', aku dah try beberapa hari ni ok gak la dia punyer sound dan microphone. Warranty 1 Tahun.

Via Facebook
Via Twitter
 
Klik Memana Iklan untuk sumbangkan pada www.homosapiensz.com



Tolong Review Blog Saya di Alexa~
 Review http://www.homosapiensz.com/ on alexa.com

Posted on Isnin, September 26, 2011 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

25 September 2011

 Dah lama dah aku tak berenang-renang ni sejak Pusat Akuatik Batu Burok MBKT yang bernilai RM18 Juta ni di arah tutup (Link Berita) akibat kes bocor sampai ker kedai (stall) tepi pusat tu. Pada suatu hari tu aku pergi la singgah sini.. Bayarannya RM4 (dulunya RM5) dan tambah RM5 deposit loker (akan di beri bali bila pulangkan kunci loker tu...)
 Aku gi berenang sorang-sorang jer since swimming buddy ada hal lak...huhu~ Oleh kerana lama tak berenang, maka stamina berenang aku dah berkurang dah. Nak menyelam dalam pun dah tak brapa tahan water-pressure. baru jer menyelam 2 meter sekejap dah sakit telinga..huhu

MASA OPERASI
AHAD - KHAMIS 2.00 Petang - 4.00 Petang
4.30 Petang - 6.30 Petang
JUMAAT 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
3.00 Petang - 4.30 Petang
5.00 Petang - 6.30 Petang
SABTU 9.30 Pagi - 11.30 Pagi
2.00 Petang - 4.00 Petang
4.30 Petang - 6.30 Petang
BAYARAN
Dewasa : RM 4.00
Kanak-Kanak : RM 2.00

 Kuala Terengganu ni tak banyak kolam renang tapi di Pusat Akuatik Batu Burok ni lebih murah berbanding dengan TER (Terengganu Equestrian Resort dan Hotel/Resort lain ).

 Nota : Aku suka Skin Diving (Free Diving) iaitu menyelam dalam air dengan tahan nafas.

p/s: Walaupun dah lama tak berenang, tapi bila masuk jer dalam air, badan automatik boleh berenang...

 Review http://www.homosapiensz.com/ on alexa.com

Posted on Ahad, September 25, 2011 by Ismiqbal Abdullah

12 comments

24 September 2011

 Awal pagi ni tetiba jer terlintas pasal Kawan. 
Kawan di Facebook, Kawan di Youtube, Kawan Blogger, Kawan Twitter. Pendek kata Kawan Maya lebih banyak dari Kawan Realiti.
 Nak berkawan Maya tu boleh tapi berpada-pada la yer. Kita tau apa yang mereka tulis jer. Tak pasti apa yang di tulis tu berdasarkan Akal Fikiran atau berdasarkan hati yang ikhlas atau berdasarkan Perasaan untuk menghampiri orang lain semata-mata walaupun ia bukannya benar.

Nota : Pernah dengar satu quote ni, "Nak kenal seseorang, kenallah melalui kawannya", Kalau kat Facebook tu aku biasa tengok gak kawan-kawan diorang ni camne, mana ler tau ada 'Mutual Friends' kan..Kalau kawan-kawan letak gambar tak elok sebagai gambar Profile, Sure aku delete punyer*

Semasa aku menghadiri satu sesi interview di suatu syarikat, aku di kehendaki menjawab soalan berkaitan personaliti (Personaliti Test) selepas sahaja selesai interview. Personality Test ini adalah untuk mengenalpasti personaliti seseorang. (Ada sesetengah perkara yang mungkin kita tak sedar ia ada dalam diri kita..Jadi aku cadangkan sesiapa buatlah Personality Test ni ...ada je Online Test pasal ni..)

 Salah satu soalan (Lebih kurang macam ni) : Yang mana satu anda pilih :-
(A) Mempunyai ramai kawan tapi kurang mengenali dan memahami.
(B) Mempunyai sedikit kawan tapi amat mengenali dan memahami.
Nota : Aku menjawab (B).. Korang lak jawab per?
“Seseorang itu (dinilai) dengan siapa dia duduk bersama dan seseorang itu (diukur) dengan siapa dia berjalan. Oleh itu, hendaklah engkau memerhatikan siapa yang hendak dijadikan kawan.”

“Duduk dengan orang soleh lebih baik daripada duduk sendirian dan duduk sendirian lebih baik daripada duduk bersama kawan yang jahat.” -Sumber : Hidayah Net-

Nota : Masa sekolah menengah dulu aku terfikir satu Quote ni (dan Kemudian aku mendengar Quote yang lebih kurang daripada Cikgu Bahasa Melayu)
Quote : Kawan itu Teman, Tidak Semestinya Sahabat

Posted on Sabtu, September 24, 2011 by Ismiqbal Abdullah

7 comments

23 September 2011

 Beskal oo..Beskal...
Sekarang ni aku tengok dah jadi trend budak-budak muda menunggang basikal. Nampak cam mahal-mahal lak setiap satu. siap ada kelip-kelip lagi. Ia memang lah satu budaya yang bagus, sihat tapi yang menjadi tak eloknya menurut pemerhatian aku ler adalah Etika Berbasikal dengan Selamat.. Pernah aku jejalan kat Bandaraya Kuala Terengganu ni, agak ramai ler bebudak menunggang basikal secara berkumpulan. Masa Hari Malaysia baru ni, siap ada pakai bendera Malaysia lagi..Bagus...bagus..Patriotik ler jugak seposen....

 Nak berbasikal memang bagus. Masa kecik-kecik pun aku suka berbasikal. Masa kat Kampus sebelum dapat lesen motor pun aku berbasikal jer. Tapi aku kerap tengok Mat-Mat Beskal yang bergerak secara berkumpulan ni macam mengabaikan keselamatan mereka. Memakai pakaian gelap. Setakal lampu -'LED' yang kelip-kelip mana ler orang perasan sangat memalam ni. Ada sekali tu aku tengok mat beskal berkumpulan selamber dekk jer main-main tengah jalan.. Kalau kena langgar for sure la bukan diorang yang salah walau hakikatnya salah diorang...

Jadi untuk semua yang suka berbasikal. Berhati-hati di jalan raya. Hormati pengguna jalan raya lain.

Nota : Ix rasa Mat-Mat Beskal yang berlagak main tengah jalan ni macam nak menunjuk-nunjuk jer la...Mat Beskal jenis camtu maybe leh jadi Bakal Mat Rempit kot..Atau Mat Rempit dah tukar jadi Mat Beskal coz maintenance motor tinggi skit dari beskal...

Posted on Jumaat, September 23, 2011 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

22 September 2011

 Pernah dengar Says.my kan (Dulunya dikenali sebagai 'Youth Says.com'). 
[Refer Entry 2 tahun lepas aku (16/09/09) : Youthsays / Says.my]

Sepanjang lebih dua tahun aku joined benda ni, baru jer bulan lepas 28/09/11 aku Cashout dengan nilai yang tak seberapa berbanding tempoh masa yang aku joined. Tapi boleh la wat duit poket sementara menunggu pendapatan stabil. (Leh gi shopping kat Malaysia IT Fair kat TTC ker 22-24/09/11)
 Klik pada Image untuk Joined sama untuk yang belum Join. Setiap yang di invite mendapat RM1. mudah kan.
 Bila dah tekan CASHOUT tu, nanti Says.my akan hantar e-mail : (28/08/11) "..It's Yuna from the SAYS.my community team. I just wanted to let you know that I have received your cash-out request. ..Bla...bla...bla...You can expect to receive your payment in 30 to 45 days. We are verifying your earnings as we speak. Email you soon!...."

Kemudian tunggu lah dengan sabar yer..dan try la cek akaun bank online ada..dalam situasi aku pada 20/09/11 dapat e-mail lagi "It's Yuna from the SAYS.my community team. I’m happy to inform you that your earnings have been verified, and we will be processing with your RM xxx.70 payment within 2 weeks time. I will let you know when the money is in your account!"
Tak lama selepas tu, mula lah berubah angka akaun bank..hehhe! Join la sebagai passive income. Lepas tu bajet la sebulan jika kita memerlukan duit tambahan. (Macam situasi aku bila saving dah low)

..::Jangan Segan Untuk Klik Iklan di Bawah yer...::.. (Onegai shimasu~~)



Tolong Review Blog Saya di Alexa~

Posted on Khamis, September 22, 2011 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

21 September 2011

 Wordless Wednesday # Picture Version
 Wordless Wednesday# Vlog Version (Video Blog)

Posted on Rabu, September 21, 2011 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

Wahai penduduk Kuala Terengganu sekelian pelusuk negeri...!!! Malaysia IT Fair kini akan berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu pada 22-24 September 2011, Jam 11 Pagi hingga Jam 9 Malam!!
 Jadi, sesiapa yang nak cari barangan IT (atau meramaikan majlis ker...) boleh lah berkunjung ke Malaysia IT Fair ni....(Aku pun ada gak nak cari beberapa barang ..huhu)

 Untuk penduduk Kuantan, Kota Kinabalu dan Ipoh, nantikan kedatangan Malaysia IT Fair ni nanti yer~~

Nota : Nak beli headset dan Mouse... Headset aku (yang dah setahun lebih ni) dah berkarat dia punyer speaker dalam tu jadi sound pun tak best.. Mouse yang beli kat Low Yat pun asyik jatuh jer terus rosak dia punyer scroll...

Tolong Review Blog Saya di Alexa~
 Review http://www.homosapiensz.com/ on alexa.com

Posted on Rabu, September 21, 2011 by Ismiqbal Abdullah

5 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...