Harini dah 24 Ramadhan 1432H (24 Ogos 2011), Masih tinggal lebih kurang 1 minggu lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H. Sudah siap beli barangan raya? Mesti raya tahun ni meriah kan....

Jadi, dengan rezeki kita yang mencukupi untuk menyambut Aidilfitri itu, sudah jadi kewajiban kita untuk menunaikan Zakat Fitrah pada tahun ni...Tak banyak pun.. Tengok senarai jumlah zakat di seluruh Malaysia tahun 2011/1432H ni. Sudah mesti kita mampu kah... Kalau seorang pelajar pun agaknya mampu untuk bayar ni, apakan lagi orang yang sudah bekerja....


Kalau takde masa sangat nak gi jumpa wakil pengutip zakat, Malas nak beratur panjang-panjang...Sekarang teknologi makin canggih, lagi memudahkan umat islam kini. Boleh bayar zakat fitrah melalui SMS jer, jangan bimbang, kredit akan dipotong melalui jumlah zakat jer..Setiap SMS yang kita reply tu takkan di charge!

Kalau benda dah mudah camni, takde alasan lagi untuk tidak membayar zakat fitrah. Pelajar IPT pun mampu untuk bayar  zakat fitrah sendiri. Anggap jer Bayaran zakat fitrah ni sebagai 'TopUp' kita untuk bulan Ramadhan ni..Tak sampai RM10 pun.. Kita mampu untuk TopUp Handphone bulanan, Bayar Broadband, beli pakaian berjenama, Makan sedap-sedap..

Nota :

Zakat Fitrah di tunaikan jika rezeki kita untuk aidilfitri melebihi bagi tanggungan kita.

Jika mampu pakai pakaian berharga puluh-puluh, ratus-ratus ringgit di pagi raya, takkan zakat tak sampai RM10 tak mampu.


Link :

Wikipedia Zakat Fitrah

Zakat Fitrah Celcom

Maidam Terengganu