Kelmarin (18/07/2011) telah berlangsung BeST Garden Graduation bertempat di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur. BeST (Biotechnology Entrepreneurship Special Training) merupakan program graduan kelolaan Malaysia BiotechCorp. Pagi tu aku sampai di Stesen Monorel Medan Tuanku dalam jam 7.30 pagi, jalan kaki jer nak ke Hotel ni. Pendaftaran bermula sekitar jam 8.00 pagi. Mula-mula aku sorang jer yang datang dari Center TESDEC, bila sudah masuk ke dewan utama, di ikuti dengan 4 orang lelaki Batch Junior aku dan seorang lagi lelaki dari Center TESDEC.
Sebelum majlis bermula, semua hadirin di sajikan dengan sarapan dulu, yogurt, roti croissant, coffee, orange juice dan beberapa menu lagi. Selepas semua VIP, Tetamu hadir, barulah MC (Master of Ceremony) memulakan majlis, Ucapan VIP, wakil BeST dan Wakil BiotechCorp. Barulah bermula Sidang 1 penyerahan sijil kepada 80 orang Graduan BeST dari 3 Centers.
BiotechCorp Members
Selepas habis Sidang 1, satu detik membanggakan Wakil STCA (Specific Training in Critical Area) di Pusat Bioteknologi Herba TPM Biotech apabila hasil kerjasama pembikinan Video Montage STCA Pioneer STCA HERBS di tayangkan di dalam dewan di saksikan oleh VVIP, VIP dan semua hadirin di dalam dewan tersebut!!
Wakil STCA HERBS yang hadir di BeST Garden Graduation ialah Iqbal, Nazreen, Adibah dan Farhana.
Wakil BeST TESDEC Batch 3 2010
Di sambung kembali Sidang 2 penyerahan sijil kepada 86 Graduan BeST dari 3 Centers termasuk TESDEC Batch 3 dan 4. Sesudah selesai, aktiviti santai BioRunway; Pertunjukkan Fesyen dari Student UiTM Perak bermotifkan 'Bioteknologi'.
Sesi Soal-jawab BioCareer (Soalan dari STCA HERBS, Nazreen)
 Majlis berehat seketika dengan makan tengahari 'Buffet' sebelum Ceramah BioCareer yang di sampaikan oleh Professor Warga Mesir dari UTM, Prof.Hesham.
STCA HERBS mula beredar selepas Tea Break untuk berangkat ke Pusat Biotek Herba TPM Biotech Raub.