09 Julai lepas merupakan Hari Ulangtahun Kesyukuran Kelahiran aku yang ke 24.. Dah makin meningkat usia aku. Biasanya aku yang over skit untuk menyambut Hari Ulangtahun kelahiran ni bermula 09 Julai sehinggalah 31 Julai bermula dari tahun lepas aku menyambutnya. Aku mempunyai alasan tersendiri KENAPA aku menyambut hari ulangtahun kelahiran ni walaupun orang cakap-cakap,"Dah besar-besar watpe nak sambut hari lahir lagi"
Bagi aku, semakin berusia, semakin perlu untuk menyambut Hari Ulangtahun Kesyukuran Kelahiran supaya kita tidak melupakan hari kelahiran kita..
Semakin jauh jarak masa KELAHIRAN, semakin dekat masa kita dengan KEMATIAN.

Aku sambut Hari Ulangtahun Kesyukuran Kelahiran kerana setelah bermuhasabah diri, dengan menyambut hari ini, aku bersyukur kepada Tuhan melanjutkan umurku setahun lagi, dan pada masa yang sama aku sempat mengenali pelbagai kawan Maya dan Realiti. Dapat mengenal pelbagai ragam kehidupan.
Jadi secara tidak langsung, hari ulangtahun kelahiran merupakan Hari Kesyukuran dengan apa yang kita nikmati sepanjang setahun sebelumnya. Semoga tahun selepasnya masih berkesempatan. AMIN.
TERIMA KASIH SEMUA KERANA KITA SEMPAT SALING MENGENALI. SEMOGA SETAHUN AKAN DATANG AKU MASIH BERPELUANG UNTUK MENIKMATI KEHIDUPAN. AMIN.

Nota : Jika kita tidak mensyukuri kehidupan sendiri, siapa lagi yang bersyukur untuk diri ini?