28 Jun 2011

Rasulullah s.a.w bersabda: “Setiap amalan itu hanyalah berdasarkan niat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam erti kata lain menurut pentafsiran akal aku, Sabda Rasulullah s.a.w ini juga menyatakan, semuanya bermula dengan 'MindSet' kita... Iaitu pemikiran kita. Kita sudah tahu bahawa Otak mengawal segala signal badan. Aku tengok Channel TV Al-Hijrah : The Dr.Oz Show, ada satu tajuk 'Kenapa Perut Kita berbunyi' . Salah satu huraiannya ialah bila perut kosong dan kita mula memikirkan pasal makanan, otak memberi signal kepada usus kecil untuk menggerakkan bahan termasuk udara melalui pergerakan usus (peristalsis). Dan perut mula merembeskan asid perut sebagai persediaan menerima makanan nanti. 

Itu bukan point sebenar, Point aku cuma merujuk kepada "Otak yang memberi Signal"...

Sabda Rasulullah s.a.w ini memberi maksud kepada pelbagai cabang, bergantung kepada pemahaman dan situasi keadaan. 

Contoh paling biasa : (Mengikut pengalaman dan pemerhatian aku sendiri la..)

Perbezaan Jika kita Niat untuk berpuasa dan Kita hanya berlapar sepanjang hari, Aku sendiri mengalaminya, bahawa jika kita sudah NIAT untuk berpuasa, perasaan lapar itu tanpa kita sedari yang kita sedang berpuasa. Jika kita hanya berlapar dan asyik memikirkan pasal makan, pasti kita akan berasa sangat lapar.

Beza Puasa orang Islam dan Puasa bukan Islam ialah NIAT.

(Kalau nak baca lebih terperinci mengenai "Niat dan Cara Hendaklah Betul" Klik di LINK SINI)

Setiap suatu yang besar bermula dengan yang kecil iaitu NIAT.

p/s: salah satu cara Freemasons ingin menakluki dunia ialah "Mind Control".. Baru jer tengok Series THE ARRIVAL Part 2
p/s: kalau ada salah sila lah tegur...ni pemahaman peribadi jer...

27 Jun 2011

[Copy dari Post Blog STCA HERBS since aku menjadi Author untuk kedua-dua Blog.]

 Setelah hampir seminggu memerah otak yang tak berapa cair ni.. Siap juga design untukLogo STCA HERBS PIONEERS  : Pusat Biotek Herba TPM Raub ni.. Sekali dengan Flash Animation lagi yang di hasilkan pagi tadi sambil mendengar HACCP and GMP Processes Flow dari Cik Azreen. (Maaf yer.. saya dengar dalam kelas tu walaupun tak brapa fokus ;-P)
Logo STCA HERBS versi Flash Animation yang baru jer wat pagi tadi dalam kelas...p/s: Kalau tak nampak Flash Animation logo tu, Sila tengok di Blog STCA HERBS yer...
ni lak Logo STCA HERBS versi static...(logo yang tipikal..)
Walaupun masih ada sebulan lagi untuk kami menjalani latihan di Pusat Biotek Herba TPM Raub ni, semoga Blog, Logo, Montage STCA HERBS ni menjadi suatu jejak yang dapat di jumpai oleh generasi akan datang. Ia juga sebagai salah satu medium untuk kami mempromosikan dan memperkenalkan Bidang Bioteknologi dari sudut pelatih di Pusat Bioteknologi Herba TPM Biotech Raub ni..

p/s: Blog STCA HERBS mempunyai beberapa orang Authors.. aku dah explain di POST TERDAHULU..

22 Jun 2011

Dah 5 hari tak update blog, tapi terima kasih kepada pelawat/silent reader/commentators yang sudi melawat Blog aku walaupun Blog ni agak passive.

Misi Bioskill STCA TPM Raub (Pusat Biotek Herba) kali ini adalah untuk mengekstrak Minyak Pati Serai Wangi. Bermula dari Proses menuai hinggalah ke proses mendapatkan Minyak Pati tu.

Nota : Dengan menjalani latihan di sini, kami dapat tahu lah di sebalik pemprosesan sesetengah produk di pasaran seperti Produk Serai wangi, Instant Coffee, Instant Chocolate drink, Produk Tongkat Ali dan capsule herba serta produk herba di pasaran.

p/s: Di Pusat Biotek Herba, Raub ni agak 'Restricted Area' untuk bergambar. Jadi, sesetengah gambar tak dapat di 'publish' bagi menghormati peraturan Pusat dan hanya untuk simpanan peribadi serta perbentangan BiotechCrop/TPM Biotech.

15 Jun 2011

Internship di Pusat Biotek Herba di bawah Bioskill STCA (Specific Training on Critical Area) memang betul-betul specific. Hari ni pelatih STCA di dedahkan posisi BoilerMan. Tau kan Boiler kan? Boiler tu maksudnya ‘Boil’; Didihkan air untuk mendapatkan Steam/Wap untuk memanaskan sesetengah mesin dalam Produksi. Secara tak langsung, AIR sebagai medium untuk memberi tenaga (walaupun asasnya guna Sumber Elektrik atau diesel)

wpid-boiling-water

Kenapa perlu guna wap panas berbanding dengan air panas untuk memanaskan mesin?

Sedikit info di ‘Google’ed dan mengikut logikalnya.. Wap air terbentuk apabila ada suhu tinggi. Jadi, wap air sendiri mempunyai suhu sama dengan air. Apa yang membezakannya, molekul wap air lebih ringan dari cecair dan bergerak lebih laju. Jadi, masa untuk memanaskan lebih cepat dan mungkin dapat di jimatkan.

Bayangkan, 1 Liter Air dan 1 Liter Wap air, sudah tentu kawasan Wap air yang membawa suhu tu lebih meluas kawasan yang bagi kesan panas.

Okay! Baca Kesimpulannya dah la~: Kerja sebagai ‘Boilerman’ amat berisiko tinggi dan menentukan perjalanan sesuatu kilang (yang ada guna Boiler; terutamanya menggunakan Diesel sebagai Bahan bakar).

p/s: Semua boleh ‘BoilerMan atau BoilerWomen’ Amateur; amik cerek, masuk air dan tekan suis. Nak jadi ‘BoilerMan’ betul kena ada Sijil daripada DOSH (Department of Occupational, Safety and Health)

p/p/s: angin arini sangat kuat, sekarang dah reda dah, mungkin angin lintang atau something, tapi angin kuat ni boleh mengeluarkan bunyi menyeramkan bila lalu celah-celah tingkap. Macam cerek dulu-dulu yang berbunyi bila air panas tu…

13 Jun 2011

03/06/2011, Jumaat lepas aku nak balik kampung dari Raub-KL-Terengganu. Bertolak dari Raub ke KL petang jam 2.30 PM naik bas Mara Liner. Lebih kurang 2 jam gak la coz bas tu berhenti kat Stesen Bas Bentong sebelum sampai ke Stesen Bas Jalan Pekeliling tu, seterusnya ke Hentian Putra untuk beli Tiket balik kampung Terengganu. Malangnya, ni lah akibat beli tiket last minit, musim cuti sekolah lak tu, Tiket balik Terengganu semua HABIS!


Nasib la ada teman kat KL ni, mula-lah gi ‘dating’ ngan Liza; Kawan STCA TPM Raub ni yang memang orang Gombak jer. Mula-mula kitorang ke Times Square untuk tengok wayang. Selepas jer beli tiket wayan g, buat kali pertamanya aku makan kat MarryBrown. Ala-ala Chicken Chop gitu. Not bad la, Masih boleh di telan dan di nikmati sampai habis.
Since, ni adalah 1st time, aku baru perasan yang MarryBrown ni takde Government Tax, Service Charge! (Mungkin ker MarryBrown ni local produk? atau ada charge tersembunyi? atau apakah?)


Selepas kenyang perut, wayang pun dah start tapi biasalah mesti iklan dulu 15-20 minit. Jadi kitorang sempat la tengok dari awal movie ‘X-Men :First Class’
Review X-Men : First Class
Cite pasal Genetic Mutant Human yang senior zaman muda-muda dulu. Kalau yang kipas-susah-mati X-Men, boleh la layan nak tau pasal history X-Men. Ada gak watak baru. Sebelum ni, kawan-kawan aku ada bercerita tentang Freemason dan camne mereka Control dunia,  jadi sedikit sebanyak aku rasa macam ada something similar berdasarkan skrip ni, “I don’t ask you to consider it, but I WANT you change it”. Lebih kurang gitu la, ia adalah ayat berbentuk ancaman. Dan satu lagi nama watak bernama ‘Azazel’ yang berupa ‘Demon’. Baru jer tadi En.Hassan bercerita tentang ‘Azazel’ ni merupakan asal-usul Iblis. Sebelum kewujudan manusia lagi.
Rate : 3/5 – Boleh layan jer tapi tak WWWOW sangat.

09 Jun 2011

5/6/2011 lepas ialah hari untuk aku menjalani Ujian Fizikal bagi Leftenan Maritim  X17 (satu-satunya panggilan SPA yang aku terima selepas bertahun-tahun aku isi dalam website www.SPA.gov.my! Aku tetap hadir ujian ni walaupun hampir 95% yakin yang aku TAKKAN lulus. Tapi dengan cadangan kawan-kawan, aku pergi la juga sebab ia adalah daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)..
Kawan aku cakap,"Pergi jer la, nanti lepas ni ko leh citer kat orang pasal ujian tu dalam Blog ko"
Selepas aku dapat tau pasal Ujian ni, aku terus Google pasal pengalaman orang yang telah menghadiri Ujian Fizikal ni, tapi keputusan cariannya agak terhad.
So, Tidak Mengapa jika Kita Gagal, Yang penting apa yang kita tahu/dapat daripada Kegagalan.Pengalaman?

 Tiba di Tempat Temuduga Ujian Fizikal

Kisah bermula masa jam lebih kurang jam 7:15 pagi aku bertolak dari rumah ke Bangunan APMM (Angkatan Penguatkuasaan Maritim Malaysia), Daerah Maritim 9, Kuala Terengganu yang berhampiran Stesen Minyak SHELL Pulau Kambing, Kuala Terengganu. Sampai sana sekitar jam 7:45 pagi (sebab tersesat mencari bangunan APMM ni untuk pertama kali). 

Calon yang hadir seramai 31 orang. Selepas sedikit taklimat daripada Anggota APMM, isi borang, semua calon berbaris mengikut ketinggian tanpa kasut serta di beri nombor. (Aku no.17 dari 31 orang)
Calon di kumpulkan di dalam bilik dan beratur mengikut nombor untuk ujian fizikal di luar bilik. Bila tiba no. aku, tanpa kasut, lipatkan seluar trex dan buka baju. Aku keluar dari bilik dan mengikut arahan anggota.
 Mula-mula berjalan ke Pegawai APMM dari HQ Putrajaya, "Saya Muhammad Iqbal Abdullah. IC 87070946xxxx. Alamat. Melaporkan diri untuk Leftenan Maritim X17.". Kemudian, timbang berat (61kg), tinggi (168.5cm), ukur lilit dada (81.5cm keadaan Biasa, 86+ Tarik nafas), BMI (22+) dan seterusnya ujian mata.

Bahagian ni la aku tak lepas dan beberapa 8 orang sebelum aku tak lepas. Ujian mata adalah MANDATORI! Ada yang tak lepas tinggi (Min. Lelaki 163cm), ada yang tak lepas ukur lilit dada (Min. 81cm Keadaan biasa, 86 Keadaan tarik nafas). Seterusnya mungkin bahagian fizikal jer la. Keadaan kaki, tangan, bahu, cara jalan. 
Ujian seterusnya (mengikut borang tersebut walaupun aku dari awal-awal lagi tak lepas)
Lari 2.4KM dalam 14 Minit (dalam surat panggilan tulis 12 Minit untuk Lelaki)
Bangun Tubi 30 Kali dalam 2 minit
Lari Ulang alik X 4 sejauh 10 Meter dalam 11 saat.
Lompat berdiri sejauh 2.16meter
dan tak ingat lak.

Keputusan Separuh Jalan Ujian Fizikal

 Dah tak lepas, kira gagal la... Sebenarnya pegawai tu tak katakan GAGAL, cuma ayat dia, "Ini bukan rezeki awak, ujian mata ni memang MANDATORI, mungkin boleh cuba pada bidang lain"
Jadi, aku yang mendengarnya tak tersentap la.. Hormat jika Pegawai pandai bermain kata-kata agar tidak mengecewakan calon. Baru lah sesuai dengan Pangkat Pegawai  dan pemikiran nya. Ada orang cakap lepas, tak jaga hati dan tak pedulikan kata-kata terhadap perasaan orang lain. Walaupun setinggi mana tahap pendidikan, hilang hormatnya jika tiada adab dan budi bahasa.

Nota : 
Cerita lepas : Interview SPA Exam Leftenan Maritim X17
Cerita dari Blog Lain: Leftenan Muda Maritim XA13
 
Tahniah! jika ada calon yang dapat lepas Ujian Fizikal ni..Nanti mereka akan ditemuduga dan bagi yang lulus akan menjalani latihan selama 9 Bulan kalau tak silap dengar la.

06 Jun 2011

Hari ini 6/6/2011 merupakan salah satu hari istimewa buat abang aku, Amer dan Isterinya yang sah, Kak Ziela di rumah pengantin lelaki; Majlis Kesyukuran dan Sambut Menantu.
Abang aku akad nikah pada 01/06/2011 dan Majlis Persandingan di Pihak perempuan pada 02/06/2011. Malangnya, aku tak cuti masa tu.. So, aku cuma menghadiri Majlis Kesyukuran dan Sambut Menantu untuk hari ni jer..
Banner Majlis Perkahwinan abang aku, Kreatif kan.. sape la yang buat tu... Kawan abang aku kot, biasalah.. pasangan Jurusan Seni Halus katakan..
Jadi, aku dengan berlagak pandainya menjadi Photographer dan Videographer bajet murah jer..
Fakta : Oleh kerana aku tak menghadiri semasa majlis di pihak perempuan, wakil yang mengambil video sungguh tak memuaskan hati aku ler.. huhu~~ Baru jer nak wat ala-ala video kahwin..

p/s: Aku tak lepas Ujian Fizikal Leftenan Maritim X17.. nanti aku citer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com