Update kat tempat kerja...
Vlog pada suatu pagi sebelum ke tempat kerja, menikmati Sample percuma Instal Herbal Drink - Pra Campuran Cappucino + Extract Goji + Ubi Jaga yang di hasilkan di Pusat Biotekologi Herba TPM, Raub, Pahang.


Fakta Pemakanan Buah Goji (Lycium barbarum)   [Sumber : Web The Goji People]
Goji Ningxia mengandungi:
    • 19 asid amino termasuk 8 yang diperlukan untuk hidup
    • 21 unsur mineral termasuk germanium, unsur mineral anti kanser yang jarang-jarang ditemui dalam makanan
    • 16% protein (6 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan bee pollen)
    • Spektrum yang lengkap dengan antioksida Karotenoid , termasuk Beta-Karoten ( sumber yang lebih baik meskipun karot)
    • Zeaxanthin dan Lutein melindungi mata dan membaiki penglihatan. Buah Goji paling kaya dengan sumber karotenoid berbanding dengan semua jenis makanan yang ada
    • Vitamin C (500 kali ganda berbanding buah oren)
    • Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga
    • Vitamin E , jarang-jarang ditemui dalam buah dan selalunya hanya ditemui dalam bijian dan benih
    • Beta-Sitosterol, dikenali sebagai agen anti-radang. Beta-Sitosterol juga merendahkan kolestrol dan digunakan untuk merawat masalah seksual mati pucuk dan masalah zakar yang membesar.
    • Essential Fatty Acids, diperlukan oleh tubuh untuk mengeluarkan hormon-hormon, dan melicinkan fungsi otak dan sistem saraf
    • Cyperone, memberi faedah kepada jantung dan merendahkan tekanan darah, melegakan ketidakselesaan ketika haid dan digunakan dalam rawatan kanser servik.
    • Solavetivone , sebatian anti-bakteria dan anti-kulat yang kuat
    • Physalin, sebatian semulajadi yang aktif terhadap semua jenis leukemia, juga digunakan dalam rawatan Hepatitis B di samping meningkatkan sistem imunisasi.
    • Betaine, digunakan oleh hati untuk mengeluarkan choline, sebatian yang mententeramkan ketakutan, meningkatkan memori, meningkatkan pertumbuhan otot dan melindungi penyakit hati berlemak (fatty liver). Betaine juga menyediakan kumpulan methyl dalam tindak balas tenaga dan boleh membantu mengurangkan paras homocysteine, iaitu faktor risiko utama dalam penyakit jantung. Ianya juga melindungi DNA.
    • Polysaccharides: LBP (Lycium Barbarum Polysaccharides) terbukti sebagai glykokonjugat, bermaksud merupakan sumber sel gula yang perlu ( essential cell sugars) yang luar biasa (Mannose, Xylose, Rhamnose, Glucose, Arabinose dan Galactose) yang perlu untuk fungsi imunisasi yang sempurna dan komunikasi intersellular. Hakikatnya, GOJI mungkin merupakan sumber glykonutrien yang terkaya pernah ditemui!

      Khasiat Ubi Jaga (Smilax Myosotiflora) : [Source : PDF Ubierect]
      Kegunaan utama ubi jaga ialah sebagai afrodisiak untuk meransang
      seks. Untuk tujuan ini ubi yang juga merupakan akarnya digunakan.
      Daun dan buahnya boleh digunakan sebagai penawar penyakit siflis
      dengan cara merebus daun dan buah ubi jaga dan airnya diminum. Ia
      juga boleh mengubat demam dengan kaedah yang sama.