Sedang melatih diri menjadi SEORANG BUJANG! haha~ 
Maklumlah, kedua-dua hosmate aku; Nazreen dan Wan balik kampung weekend ni. Tinggallah aku yang keBUJANGan yang SINGLE.
Ciri-ciri seorang BUJANG :
  • Dinner makan Maggi depan TV (Mee Kari Ibumie)
  • Minum air kopi instant (Indocafe)
  • Melayan TV di atas Sofa sorang-sorang (Astro Ceria : Doraemon)
  • Handphone di atas meja yang takde bunyi SMS dan CALL.
  • Membela Ikan Laga dalam Bilik
  • Tanam Pokok dalam plastik pokok hitam di luar umah.
  • Satu Baldi Baju yang belum basuh dalam dalam Bilik air masa Weekend.
Praktikal di Pusat Bioteknologi Herba, TPM Raub bukan sahaja memberi latihan STCA dalam Herbal Plant Extraction and Production, tapi juga melatih untuk hidup berdikari la sangat  menjadi seorang Bujang yang Single. (Nanti aku balik Terengganu pun kemungkinan besar hidup Bujang sepenuh masa sesorang gak. Parent-Sibling nanti pindah ke rumah baru lak)

Nota : Nobita : "Esok Hari Ahad kan... ^__^"