Sejak dalam seminggu ni, aku asyik update pasal fizikal test SPA Leftenan Maritim ni je. Aku pun tak fikir sangat pasal Test ini, nak harapkan Lulus apatah lagi, tapi atas Sokongan kawan-kawan yang jitu dalam memberi rangsangan, aku cuba juga la. Aku menerima E-mail pasal Fizikal Test ni dulu, kemudian pada satu hari Mama aku call dari Terengganu bagitau pasal Surat Test SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) dah sampai rumah.

So, boleh la tengok kandungan pemeriksaan pada Ujian Fizikal untuk Leftenan Maritim nanti.
  • Larian 2.4 KM dalam masa 12 Minit (Lelaki); 15 Minit (Wanita)
  • Bangun Tubi dalam masa 2 Minit; 30 Kali (Lelaki); 28 Kali (Wanita)
  • Lari Ulang Alik Sejauh 10 Meter dalam masa 10 Saat (Lelaki); 12 Saat (Wanita)
  • Lompat Jauh Berdiri sejauh 215cm (Lelaki); 162cm (Wanita)
  • Berkawad
*Sigh~ Jadi macam manalah Aku yang Nerd dan Geek ni. Dah la tak reti berkawad, stamina pun kurang. Ada masa 1 minggu untuk memulihkan stamina demi Fizikal Test ni. Atas sokongan kawan-kawan, terutamanya kawan-kawan STCA TPM Raub

Nota : Banyak jer jawatan dalam SPA, Masalahnya layakkah? Ini adalah surat SPA yang pertama aku terima sepanjang 2 tahun Isi SPA ni...

P/S : Aku cakap,"Sebenarnya aku tak minat langsung nak jadi Leftenan Maritim ni.."
Kawan aku cakap,"Mungkin benda yang kita tak minat tu jadi nasib kita"

Cerita Berkaitan: 
  1. Interview SPA Exam Leftenan Maritim X17
  2. Pengalaman Ujian Fizikal Leftenan Maritim X17 [Gagal]
  3. Cerita dari Blog Lain: Leftenan Muda Maritim XA13