Semalam ada BBQ di Pusat Biotek Herba TPM ni. Jadi kami sebagai pelatih mestilah wajib tolong-tolong persediaan pada petang tu.. Tolong ber-BBQ jer semua ayam, sotong, ikan, daging..

Itu bukan tajuk utama.. Tapi di mana ia bermula. Selepas sahaja selesai bakar ayam tu, kami naik lah ke rumah untuk siap-siap acara malam ni. Online sudah menjadi kewajipan aku. Kemudian Check Blog, Email, Facebook.
Kemudian aku menerima satu email yang memang aku tak pernah dapat sepanjang mendaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) beberapa tahun dulu berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin).

Tuan/Puan,
PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN LEFTENAN MARITIM X17
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan adalah menjemput untuk menghadiri peperiksaan yang tersebut di atas. Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut:

TARIKHPEPERIKSAANBAHAGIANSEKSYENDARIHINGGA
05/06/2011LEFTENAN MARITIME X171A08:00 AM10:00 AM

TEMPAT : AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA


DAERAH MARITIM (9) KUALA TERENGGANU


NO.2, 20 - 21 BESTARI CENTRE


JALAN HILIRAN


KUALA TERENGGANU

Ada sesiapa yang Sudah dapat atau Dapat juga atau ada kenalan yang dapat atau Pernah lulus  peperiksaan ni boleh tolong aku tak? Macam mana Peperiksaan Bahagian satu tu? Kalau ikut SPA, cuma pemeriksaan fizikal tinggi, berat, penglihatan. lari-lari. Atau ada Bahagian lain lak?

 Monolog : Ala.. peperiksaan jer.. Belum tentu ko dapat.. Pergi jer la! Esoknya (6/6) Majlis sambut menantu abang. Alang-alang dah ada kat Ganu... Macam la ko bagus sangat..