Program STCA (Specific Training Critical Area) selama 3 bulan yang di anjur oleh Malaysian Biotechcorp dengan kerjasama bahagian MOSTI serta TPM Biotech Sdn. Bhd bermula pada 03.05.2011 dengan orientasi serta lawatan di HQ TPM Bukit Jalil. STCA Trainee di bawah TPM Biotech ni ada 22 orang; 12 orang di TPM Bukit Jalil dengan Kursus Bio Analytical camtu la. Manakala 10 orang Trainee di TPM Raub, Pahang dengan Program ‘Herbal Plant Extraction and Production.
Pada 04.05.2011 pula kami semua bergerak dengan bas TPM Biotech menghala ke TPM Raub untuk sesi lawatan dan perkenalan oleh semua trainee, So, kami yang ditempatkan di TPM Raub ni di tinggalkan la di sini.
Memana tempat ada kelebihan dan kekurangan. Syukur alhamdulillah la, tempat ni 90 darjah berbeza dengan bayangan aku terutamanya tempat stay yang di sediakan yang cukup lengkap dengan hot shower, peti sejuk, aircond, dapur (belum ada gas lagi), TV (belum ada Astro Card lagi, tapi tumpang umah perempuan kalau nak tengok Astro) dan paling utama sekali WiFi !! Bilik satu sorang yer…
Housemates aku; Nazreen dan Redzuan. Rumah tingkat atas skali. yang 7 lagi Trainee perempuan tinggal di tingkat bawah.
p/s: lama tak merasa basuh pakaian guna tangan. huhu! Tadi kitorang pergi jogging (jalan jer..), lepastu singgah sungai seberang jalan sana.. Fuhh! sejuk dingin jer.. Insyallah petang ni nak berendam kot..