Aku pernah memohon kepada Allah..
"kenapa begitu sukar mengalirkan air mata? Berikahlah aku nikmat menangis agar aku dapt merasakan salah satu nikmat hidup" [Rujukan Entry : 18 Sept.2008; Tajuk : Air Mata Lelaki ini]
Syukur Alhamdulillah, aku masih di beri kesempatan untuk merasakan betapa Nikmatnya menangis kerana Tuhan. Menyesali segala perbuatan. Allah makbulkan doa aku pada masa itu juga. Memohonlah kepada Allah jika berada dalam satu tekanan, bebanan yang berat. Muhasabahlah diri. Insya-Allah, Dia sentiasa bersama. 
Menangis itu boleh menjadi satu kelegaan JIKA menangis kerana penyesalan diri dan Tuhan.
Menangis itu boleh menjadi satu tekanan JIKA menangis kerana manusia lain yang pentingkan diri.
Menangis itu boleh menjadi satu keinsafan JIKA nasib kita lebih baik dari manusia lain.

Air Mata adalah Ciptaan Allah untuk Makhluknya; Lelaki, Wanita dan makhluk lain.
Cuma yang menjadi tanggapan adalah Kenapa Air Mata itu menitis? Untuk apa Air Mata di keluarkan?
Mungkin sebab itu ada anggapan,"Lelaki yang menangis di anggap lemah", "Air mata adalah senjata wanita"

Fikirlah dengan akal yang waras. 

P/S: Kebelakangan ini aku asyik berfikir tentang Cara kematian aku. (Adakah aku pelik?)
Salah Satunya (WASIAT) : Jika aku mati akibat di makan haiwan buas atau mayat aku terbiar dan menjadi santapan makhluk/haiwan lain. Tolong jangan tangisi cara kematian aku sebaliknya gembiralah kerana sesudah aku mati pun masih berguna kepada Makhluk Tuhan yang lain. Daging mayat aku mungkin dapat memberi nyawa yang lebih panjang kepada makhluk lain. Dan Rantaian makanan itu akan terus berjalan dan memberi manfaat kepada semua Makhluk. Setiap kali kamu melihat haiwan lain yang hidup sihat, tumbuhan yang segar, Ingatlah bahawa Aku Adalah Sebahagian Daripadanya!
p/s: mungkin sebab itu jika aku lihat Kes Haiwan Makan Manusia; ia cuma mengerikan aku.. Allah tetapkan Ajal  dia camtu, dan ia mejadi rezeki haiwan tu...Aku faham jika Haiwan itu diburu dan di bunuh kerana ia membahayakan orang lain.tapi jika haiwan tersebut di tangkap hidup-hidup..tak perlu lah bunuh. hantar ke pusat haiwan.