Opss..dah 28hb la arini.... rupanya dah 3 hari aku tak update blog ni... Agak kebizian sekali 2,3 hari ni keje part-time Salesman lagi.. Kali ni aku menemani sepupu aku; Palimol a.k.a Asrul Rae menjadi Salesmen barangan Singer (Motorsikal, Mesin Basuh, Mesin Jahit, Peti Sejuk, TV, DVD Player ) bertempat di Kuala Ping, Kuala Berang; iaitu lebih kurang 40 minit dari rumah aku ker sana menaiki moto honda wave. 

Berita Baik ke-3 aku belum share lagi di Blog, tapi sudah share di Facebook.... Selepas ni, aku makin bertambah kurang aktif la di Blog ni..
Semalam baru 7-Eleven call aku untuk kerja kat sana, tapi since Berita Baik-3 ni, aku tolak jer la...Dah sebulan lebih aku mohon 7-Eleven ni, masa ni la baru dapat...ishk!
Aku cuma temankan sepupu aku tu yang pada masa sama wat praktikal 2 minggu dalam kursus Bisnes..(since dia cuti 4 Bulan, so, teruskan la menjaga 'kedai' ala kiosk produk Singer tu...). Alang-alang jaga, dapat Komisen jual Motorsikal ke Mesin Jahit ker leh la wat duit saku masa Berita Baik ke-3 nanti..
Lancar sekali aku naik moto atas jalan baru tar tu...maklumlah orang besar nak datang, selama ni mau hancur lemak-lemak aku dengan naik moto jer akibat gegaran menggoncang lemak. Jika aku naik moto selama 20 minit di atas jalan dulu, leh la turun lemak skit.. Macam mesin "biar pecah lemak, jangan pecah sendi" Duta Amber Chia tu...