Akhirnya hajat aku tercapai untuk mendapat bekalan Roselle daripada sorang Tokey Roselle Terengganu ni iaitu Encik Madik di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu. Sejak sabtu lepas lagi aku nak pergi sini, hari ini baru berkesempatan.
Roselle ini di bekalkan oleh Syarikat Natural Nutrition (kata En.Madik yang dulunya di bawah Koperasi Tani-KOPTANI-), aku tak sempat bertanyakan details coz hajatnya nak mendapatkan bekalan Roselle ni jer...
 Aku bersama En.Madik, seorang pengusaha Roselle Terengganu yang berjaya. Aku tengok memang banyak produk Roselle yang telah di hasilkan dan bersedia untuk di pasarkan. Kebanyakkannya Jus dan Kordial Roselle...
Aku beli bekalan Roselle sebanyak 5KG jer, dengan harga RM4/sekilo coz bekalan Roselle yang terhad...Ini pun yang sejuk beku coz tu jer stock yang ada... kalau yang mentah dan tidak di bersihkan, RM2/sekilo.
 Tak sangka En.Madik tu bagi cenderahati Jus Roselle 'pure' dalam tin dan tidak mengandungi bahan pengawet.
Bekalan Roselle sejuk beku 5KG, ia hanya untuk permulaan aku.. 5KG ni aku hajatnya nak wat 'Test Market'; memberi sampel percuma untuk mendapatkan respons, pendapat dan pandangan daripada tester..
Bekalan Roselle tu aku nak buat Kordial/Jus jer (Juga pembuatan secara Komersial juga kot.).. Jem tu hanya untuk penggunaan di rumah jer coz tiada bahan untuk membuat Jem secara Komersial.

p/s: agaknya klu aku wat minuman./kordial roselle..ada sape nak jadi tester percuma tak? hehhe~