Beberapa hari lepas aku ada tulis Post pasal : Aku pergi mendapatkan bekalan Bunga Roselle 5kg.. 
1kg (anggaran) sudah aku guna untuk sesaja jer... 1kg Lagi baru jer semalam aku buat Kordial Roselle (dengan campuran Kondisioner Makanan dan Bahan Pengawet Makanan); mengikut salinan formula yang aku dapat daripada Latihan Praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu tahun lepas.

Daripada 1kg Frozen Roselle tu aku sudahnya siapkan hampir 3 Liter Kordial Roselle. Jadi aku dah try, 1 Bahagian Kordial Roselle di campurkan bersama 5 Bahagian Air (mengikut citarasa)
Tapi, rasanya boleh tahan la.. 1st - Maybe coz aku guna Frozen punyer.. 2nd - Tidak tapis dengan betul kot...
So, masih ada lagi... Ada sesapa berani nak rasa Kordial Roselle pertama aku? 
~Tanya jer kalau sesapa berminat.berani~~huuhu~~

KHASIAT ROSELLE* Menyegar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebihan
   -Copy dari Blogger IbuDamia-
NUTRISI ROSELLE


Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2.

Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan).
   -Copy dari Blogger IbuDamia-
p/s :Bila aku search,, banyak lagi khasiat Roselle ni, sebab itu aku amat tertarik dengan Roselle...