Beberapa entri lepas aku asyik (tidak lah berapa mention) sangat pasal Berita Baik ke-3 yang aku ingin berkongsi kepada semua.

Bermula minggu depan, aku mungkin kurang aktif/hibernasi daripada dunia blog ni (aku memang tak brapa aktif blogging dan bergantung kepada availability of Internet Connection)

Berita Baik ini aku sudah terima sejak bulan lepas lagi, selepas Berita Baik 1 : Penukaran Handphone Sony Ericsson P1; Berita Baik 2 : Kelahiran Anak Kucing (dan bertukar jadi Berita Buruk selepas diorang mati) dan :-

Berita Baik 3 :Aku telah dapat peluang untuk menyambung Kursus Bioteknologi selama 3 Bulan di Technovation Park Malaysia, Raub, Pahang!!

clip_image002

Program ini adalah lanjutan daripada Kursus untuk Graduan menganggur dulu iaitu BeST (Biotechnology Entrepreneurship Special Training) selama 6 bulan di Kolej TESDEC, Marang, Terengganu. Dan ya, aku agak ‘excited’ pasal ni, Since, sebenarnya aku belum bersedia untuk bekerja lagi.. masih kekurangan skill dan Ilmu lagi, jadi, sebab itu aku lebih berminat untuk mengikuti ku.rsus ini berbanding menyambung Master (Stop asking me, “Kenapa tak sambung Master”).

My answer is : Aku belum mengenalpasti Bidang yang meluaskan peluang bidang pekerjaan (secara praktikalnya).  Dan jawapan lain; I’m not your genius to futher study in Master.  Lain lagi, aku takde budget untuk sambung; cukuplah dulu dengan HUTANG PTPTN  yang faedahnya pun belum langsai.

Life is not easy as some say.

p/s : mudahnya update blog menggunakan Windows Live Writers (setelah diperkenalkan oleh Palimol / Asrul Rae). Pada masa aku taip ni secara offline.. Nanti bila ada connection, just publish jer.

p/s : ada reader/viewer yang dapat kursus yang sama kat Raub, Pahang tu, Keep in Touch la…nanti senang-senang lah kita berkawan yer…

p/s : biotech ada call klu ada Astro Card tu bawak la skali, nanti leh tengok astro. Stay kat Guest House TPM, Raub, Pahang. Tak pasti brapa orang yang dapat, kawan aku bagitau 15 orang kat TPM, Raub.

p/s : 3hb Mei ni Trainee Bioskill ni akan berorientasi di TPM, Bukit Jalil. Aku akan Orientasi di Bukit Jalil dulu, kemudian ke Raub, Pahang.