Luahan #1 : Sejak kebelakangan ni pihak JKR atau memana yang terlibat sedang tekun jer menaik-taraf jalan kampung sekitar Mukim aku ni... Al-maklum ler...ayah aku kata ada orang besar nak melawat sekitar sini... Polis trafik pun sibuk lalu depan umah aku semalam..

Selama ini pengguna memang guna jalan yang tak-brapa-elok tu beberapa tahun dah...Tup-tup bila dengar Orang Besar nak datang mula la nak menaik taraf pe semua.. Jalan itu untuk pengguna setempat yang menjadi perhubungan.. Bukannya untuk Orang Besar yang datang ntah-brapa-tahun-sekali kan.. Nak kata Bajet; takkan semuanya kebetulan, bila Orang Besar nak datang, barulah sibuk Luluskan Bajet menaik-taraf Jalan Raya..

A : Ni adalah bajet untuk menaik-taraf jalan abcd... Bila projek ni boleh start?
B : Nantilah... nanti Yg Bhg nak datang XX/XX/2011 nanti kita buatlah... Baru lah fresh, semuanya baru..Bila Yg.Bhg tengok kampung kita ni dah MULA membangun...jalan pun baru lagi...

Situasi ni memang dah menjadi kebiasaan rasanya di memana tempat di negara ni...

Luahan #2 : Isu GAY di negara pun makin menjadi topik yang biasa jer... Dalam TV/ Surat Khabar/ Blog/ Media sudah selalu membincangkan perkara ni... Pasal Gay, Maknyah, Pondan ... Pendapat aku, ia menjadi isu biasa yang di ketengahkan kepada Topik Utama selepas Isu You-Know-Who dengan Tuttsss tu... Semuanya menjadi satu keterbukaan, klip video Porn di paparkan dalam TV/Berita/Surat Khabar/Blog sudah menjadi biasa... Maksud aku; Nothing Impossible... dan aku mungkin tidak terkejut jika budak-budak terdedah dengan unsur seksual sejak dari kecil lagi... Dengan pemerian kemudahan laptop percuma, begitu mudah di manipulasi oleh rakan-rakan sebaya dan sekampung...

  Aku bukanlah sokong memana parti dan bukan lah nak usulkan pasal Politik (aku pun tak daftar sebagai pengundi lagi...Kantoi...). Ada parti memberi kemudahan secara Fizikal, ada Parti berfikir secara Rohani, Ada Parti sibuk mengejar Pangkat dan sokongan Rakyat...

Bak kata seseorang yang aku pernah dengar, "Politik Kotor" dan ada kata lain ,"Semua ni Politik semata-mata"
p/s : tak pernah aku berbicara pasal Politik ni.. Tapi sebenarnya ini bukanlah pasal Politik.. Ia adalah satu Luahan seorang budak kampung yang sentiasa menonton TV, tengok berita, baca surat khabar, melayari internet dan menggunakan pelbagai kemudahan yang di berikan. Syukur dengan kemudahan tersebut. Semoga ia sebetulnya untuk Rakyat yang membayar cukai pintu, tanah, zakat etc.

p/s : Oleh kerana ini adalah luahan dan pendapat, jadi, tak perlu amik serius kot...hahaha! Aku baru jer hidup 23 Tahun 8 Bulan 16 Hari 15 Jam 15 Minit...(dan terus berjalan masa)