28 April 2011

Beberapa entri lepas aku asyik (tidak lah berapa mention) sangat pasal Berita Baik ke-3 yang aku ingin berkongsi kepada semua.

Bermula minggu depan, aku mungkin kurang aktif/hibernasi daripada dunia blog ni (aku memang tak brapa aktif blogging dan bergantung kepada availability of Internet Connection)

Berita Baik ini aku sudah terima sejak bulan lepas lagi, selepas Berita Baik 1 : Penukaran Handphone Sony Ericsson P1; Berita Baik 2 : Kelahiran Anak Kucing (dan bertukar jadi Berita Buruk selepas diorang mati) dan :-

Berita Baik 3 :Aku telah dapat peluang untuk menyambung Kursus Bioteknologi selama 3 Bulan di Technovation Park Malaysia, Raub, Pahang!!

clip_image002

Program ini adalah lanjutan daripada Kursus untuk Graduan menganggur dulu iaitu BeST (Biotechnology Entrepreneurship Special Training) selama 6 bulan di Kolej TESDEC, Marang, Terengganu. Dan ya, aku agak ‘excited’ pasal ni, Since, sebenarnya aku belum bersedia untuk bekerja lagi.. masih kekurangan skill dan Ilmu lagi, jadi, sebab itu aku lebih berminat untuk mengikuti ku.rsus ini berbanding menyambung Master (Stop asking me, “Kenapa tak sambung Master”).

My answer is : Aku belum mengenalpasti Bidang yang meluaskan peluang bidang pekerjaan (secara praktikalnya).  Dan jawapan lain; I’m not your genius to futher study in Master.  Lain lagi, aku takde budget untuk sambung; cukuplah dulu dengan HUTANG PTPTN  yang faedahnya pun belum langsai.

Life is not easy as some say.

p/s : mudahnya update blog menggunakan Windows Live Writers (setelah diperkenalkan oleh Palimol / Asrul Rae). Pada masa aku taip ni secara offline.. Nanti bila ada connection, just publish jer.

p/s : ada reader/viewer yang dapat kursus yang sama kat Raub, Pahang tu, Keep in Touch la…nanti senang-senang lah kita berkawan yer…

p/s : biotech ada call klu ada Astro Card tu bawak la skali, nanti leh tengok astro. Stay kat Guest House TPM, Raub, Pahang. Tak pasti brapa orang yang dapat, kawan aku bagitau 15 orang kat TPM, Raub.

p/s : 3hb Mei ni Trainee Bioskill ni akan berorientasi di TPM, Bukit Jalil. Aku akan Orientasi di Bukit Jalil dulu, kemudian ke Raub, Pahang.

Posted on Khamis, April 28, 2011 by Ismiqbal Abdullah

10 comments

Opss..dah 28hb la arini.... rupanya dah 3 hari aku tak update blog ni... Agak kebizian sekali 2,3 hari ni keje part-time Salesman lagi.. Kali ni aku menemani sepupu aku; Palimol a.k.a Asrul Rae menjadi Salesmen barangan Singer (Motorsikal, Mesin Basuh, Mesin Jahit, Peti Sejuk, TV, DVD Player ) bertempat di Kuala Ping, Kuala Berang; iaitu lebih kurang 40 minit dari rumah aku ker sana menaiki moto honda wave. 

Berita Baik ke-3 aku belum share lagi di Blog, tapi sudah share di Facebook.... Selepas ni, aku makin bertambah kurang aktif la di Blog ni..
Semalam baru 7-Eleven call aku untuk kerja kat sana, tapi since Berita Baik-3 ni, aku tolak jer la...Dah sebulan lebih aku mohon 7-Eleven ni, masa ni la baru dapat...ishk!
Aku cuma temankan sepupu aku tu yang pada masa sama wat praktikal 2 minggu dalam kursus Bisnes..(since dia cuti 4 Bulan, so, teruskan la menjaga 'kedai' ala kiosk produk Singer tu...). Alang-alang jaga, dapat Komisen jual Motorsikal ke Mesin Jahit ker leh la wat duit saku masa Berita Baik ke-3 nanti..
Lancar sekali aku naik moto atas jalan baru tar tu...maklumlah orang besar nak datang, selama ni mau hancur lemak-lemak aku dengan naik moto jer akibat gegaran menggoncang lemak. Jika aku naik moto selama 20 minit di atas jalan dulu, leh la turun lemak skit.. Macam mesin "biar pecah lemak, jangan pecah sendi" Duta Amber Chia tu...

Posted on Khamis, April 28, 2011 by Ismiqbal Abdullah

6 comments

25 April 2011

 Post ni adalah sequel daripada Post yang bulan lepas iaitu : Berita Baik (GoodNews) 
 Kali ini Berita Baik yang aku dapat ialah : Kucing Beranak! Kucing ini sebenarnya bukanlah hak milik kami... Tapi ia merupakan milik jiran hadapan rumah.. Ibu Kucing ni selalu lepak umah aku untuk makan coz mak aku kata tuan rumah sana tak bagi masuk..Ishk! nak bela kucing sangat tapi tak concern betul...
Jadi, Tanggal 14 Mac 2011, aku berpeluang menyaksikan dokumentari LIVE kucing ini melahirkan anak...(aku siap buat Vlog pasal Detik ni...)
Anak Kucing Sulung...Masih bertali pusat...

 Mula-mula Ibu Kucing tu asyik meng'meow' jer kat kaki aku, ingatkan dia lapar ke dahaga ker.. So, terdetik la hatiku ini bahawa kucing ni maybe nak beranak.. So, aku naik tingkat atas sediakan satu kotak besar untuk Kucing ni melahirkan anak.. Tapi kat tempat letak pakaian kotor aku yang sempit itu juga menjadi pilihan...huhu~

 Selepas kucing tu melahirkan 3 ekor anak, masih termengah-mengah lagi... masih ada 'kittens' lagi tu... yang Newborn Kittens tu bila dah lepas tali pusat terus cari susu ....



 Selepas beberapa ketika, ibu kucing tu membersihkan anak-anak kucing tu, diorang terus-menerus menyusu

Updated!  :  Tak pasti brapa ekor anak kucing tu masih hidup, coz bila anak-anak kucing ada kat umah aku, ada la adik-bradik aku tu gi kacau... Ibu kucing pun bengang la..lalu dia pindah lagi, then di cabuli hak privacy, kemudian pindah ke rumah pemilik asalnya.. lepas tu pindah ke umah aku lagi... Dalam proses pindah terakhir tu, jiran sebelah ada sekor Kucing jantan... Kucing jantan ni ntah mari dia punyer hormon pe ntah gi bunuh anak kucing tu....huhu..
P/S : Kat rumah aku ada 2 ekor anak kucing yang sangat comel dan cute dan aktif dan manja... Bakal kakak ipar aku bagi kat Mama... seekor Jantan dan Seekor Betina... Adik beradik...

Posted on Isnin, April 25, 2011 by Ismiqbal Abdullah

18 comments

 Luahan #1 : Sejak kebelakangan ni pihak JKR atau memana yang terlibat sedang tekun jer menaik-taraf jalan kampung sekitar Mukim aku ni... Al-maklum ler...ayah aku kata ada orang besar nak melawat sekitar sini... Polis trafik pun sibuk lalu depan umah aku semalam..

Selama ini pengguna memang guna jalan yang tak-brapa-elok tu beberapa tahun dah...Tup-tup bila dengar Orang Besar nak datang mula la nak menaik taraf pe semua.. Jalan itu untuk pengguna setempat yang menjadi perhubungan.. Bukannya untuk Orang Besar yang datang ntah-brapa-tahun-sekali kan.. Nak kata Bajet; takkan semuanya kebetulan, bila Orang Besar nak datang, barulah sibuk Luluskan Bajet menaik-taraf Jalan Raya..

A : Ni adalah bajet untuk menaik-taraf jalan abcd... Bila projek ni boleh start?
B : Nantilah... nanti Yg Bhg nak datang XX/XX/2011 nanti kita buatlah... Baru lah fresh, semuanya baru..Bila Yg.Bhg tengok kampung kita ni dah MULA membangun...jalan pun baru lagi...

Situasi ni memang dah menjadi kebiasaan rasanya di memana tempat di negara ni...

Luahan #2 : Isu GAY di negara pun makin menjadi topik yang biasa jer... Dalam TV/ Surat Khabar/ Blog/ Media sudah selalu membincangkan perkara ni... Pasal Gay, Maknyah, Pondan ... Pendapat aku, ia menjadi isu biasa yang di ketengahkan kepada Topik Utama selepas Isu You-Know-Who dengan Tuttsss tu... Semuanya menjadi satu keterbukaan, klip video Porn di paparkan dalam TV/Berita/Surat Khabar/Blog sudah menjadi biasa... Maksud aku; Nothing Impossible... dan aku mungkin tidak terkejut jika budak-budak terdedah dengan unsur seksual sejak dari kecil lagi... Dengan pemerian kemudahan laptop percuma, begitu mudah di manipulasi oleh rakan-rakan sebaya dan sekampung...

  Aku bukanlah sokong memana parti dan bukan lah nak usulkan pasal Politik (aku pun tak daftar sebagai pengundi lagi...Kantoi...). Ada parti memberi kemudahan secara Fizikal, ada Parti berfikir secara Rohani, Ada Parti sibuk mengejar Pangkat dan sokongan Rakyat...

Bak kata seseorang yang aku pernah dengar, "Politik Kotor" dan ada kata lain ,"Semua ni Politik semata-mata"
p/s : tak pernah aku berbicara pasal Politik ni.. Tapi sebenarnya ini bukanlah pasal Politik.. Ia adalah satu Luahan seorang budak kampung yang sentiasa menonton TV, tengok berita, baca surat khabar, melayari internet dan menggunakan pelbagai kemudahan yang di berikan. Syukur dengan kemudahan tersebut. Semoga ia sebetulnya untuk Rakyat yang membayar cukai pintu, tanah, zakat etc.

p/s : Oleh kerana ini adalah luahan dan pendapat, jadi, tak perlu amik serius kot...hahaha! Aku baru jer hidup 23 Tahun 8 Bulan 16 Hari 15 Jam 15 Minit...(dan terus berjalan masa)

Posted on Isnin, April 25, 2011 by Ismiqbal Abdullah

10 comments

Beberapa hari lepas selepas aku Try 'n Error Wire-Craft : Dragonfly (versi Ornamental/Hiasan)... Dan kali ini aku Try 'n Error lagi dalam Wire-Craft ni Versi Keychain!
Sepatutnya ia adalah Wire-Craft Dragonfly Keychain...(maybe nampak macam Butterfly)

Semasa aku Google pasal Seni Dawai; terjumpa artikel berkaitan Seni Dawai di Malaysia...^__^



Seni kraf pintalan dawai


Mohd. Fajrul Nor Azmi menunjukkan barangan kraf dari dawai di gerai kraftangannya di Menara Taming Sari, Banda Hilir, Melaka


MELAKA 20 Feb. - Semuanya bermula atas desakan hidup sehingga memaksanya mengambil keputusan untuk berhenti belajar bagi menanggung keluarganya yang susah.

Hanya melihat seorang lelaki Cina memintal dawai halus untuk dijadikan pelbagai seni kraf tangan reka bentuk motosikal, kapal layar, basikal, meja, kerusi dan sebagainya, kerjaya itu dilihat sangat unik dan menarik minat seorang anak muda, Mohd. Fajrul Nor Azmi, 22.

Sejak daripada itu, dia mula mempelajari sendiri teknik-teknik memintal dawai apabila bekerja di sebuah kedai kraf tangan di Mahkota Parade.

Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Mohd. Fajrul mempelajari teknik memintal dawai untuk dijadikan barang kraf tangan.

Setelah setahun dia bekerja dan mempelajari segala teknik memintal dawai, Mohd. Fajrul mengambil keputusan berhenti kerja dan mengusahakan kedai kraf tangan secara kecil-kecilan.

Begitupun, pada peringkat awal dia hampir berputus asa kerana tidak mempunyai dawai yang bersesuaian untuk menghasilkan seni kraf tangan tersebut memandangkan dawai yang digunakan ketika itu agak tebal dan sukar untuk dipintal.

Namun segala masalah itu berjaya dihadapinya atas hasil usaha gigih serta semangat kuat untuk menjadi usahawan kraf tangan yang akhirnya menjadi kenyataan.

Hari ini, Mohd. Fajrul boleh berbangga dengan dua buah gerai kraf tangan hasil titik peluhnya yang menghasilkan pelbagai barangan seni dari dawai besi di Perkampungan Makanan Tradisional Newton Banda Hilir dan di sekitar ruang legar Menara Taming Sari yang dibuka lebih kurang setahun yang lalu.

Amrozs Wire Artist adalah gerai kraf tangan miliknya dan bukan lagi terlalu asing kepada pengunjung di Banda Hilir dan ruang legar Menara Taming Sari jika inginkan replika pelbagai reka bentuk.

Yang lebih membanggakan anak muda ini merupakan anak Melayu pertama yang menceburi bidang seni kraf tangan ini memandangkan terdapat lebih kurang enam orang bukan bumiputera yang menceburi bidang itu di sekitar bandar Melaka.

Sebelum mengambil keputusan untuk membuka perniagaan, Mohd. Fajrul terlebih dahulu berkhidmat sebagai pelayan di beberapa restoran makanan segera, sebagai pengawal keselamatan dan akhir sekali bekerja di kedai menjual kraf tangan di sekitar Mahkota Parade.

Hanya bermodalkan RM300 dan sebuah meja, dia menjadi peniaga pertama yang menjual produk kraf tangan di Perkampungan Makanan Tradisional Newton dengan hanya menghasilkan pintalan nama dan beberapa objek menggunakan dawai besi halus.

Tawaran yang diterima daripada bahagian pengurusan Menara Taming Sari untuk membuka sebuah lagi gerai di tapak menara tersebut beberapa bulan kemudian diterima dengan hati yang terbuka.

"Saya sendiri tidak menyangka daripada seorang yang tidak tahu mengenai seni kraf tangan kini saya menjadi pengusahanya.

''Walaupun masih di peringkat awal tetapi saya yakin perniagaan ini mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan. Saya perlukan masa dan idea yang lebih bagus untuk memperkembangkan hasil kerja ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dia kini mempunyai dua pembantu termasuk adiknya sendiri untuk menolong menguruskan kedua-dua gerai yang sedia ada.



Antara produk barang kraf dari pintalan dawai yang dihasilkan oleh Mohd. Fajrul Nor Azmi.


Menurut Mohd. Fajrul, sambutan yang diterima daripada pengunjung amat menggalakkan terutama sekali pada cuti hujung minggu dan cuti kelepasan am.

"Terdapat juga pelancong dari luar negara yang memberitahu, hanya di Melaka sahaja mereka dapat memperoleh model dan replika daripada dawai besi ini,'' katanya.

Beliau menambah, dia menghasilkan bentuk dan model pelbagai bentuk dawai besi dan yang paling mendapat sambutan daripada pengunjung ialah pintalan nama.

"Saya akan memintal nama seperti yang dikehendaki oleh pelanggan dan harga untuk sebuah pintalan nama hanya RM5," katanya lagi.

Selain daripada pintalan nama, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai model dan replika seperti robot, motosikal Harley Davidson, tempat letak kad nama dan aksesori telefon bimbit.

Lebih menarik perhatian ialah replika menara Taming Sari yang dipintal daripada dawai besi halus menjadi tarikan ramai pengunjung yang datang ke kedainya.

Kesemua hasil kraf tangan daripada pelbagai reka bentuk dijual dengan harga yang berpatutan mengikut saiz.

Pemuda yang berasal dari Kampung Beringin, Negeri Sembilan ini pernah membuat beberapa buah replika untuk dijadikan cenderahati.

Salah satu replika paling unik yang pernah dihasilkannya ialah sebuah taman yang diberikan oleh pihak Menara Taming Sari kepada bintang Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan, tahun lalu.

Mohd. Fajrul juga pernah membuat replika Eyes On Malaysia yang mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk disiapkan dan replika itu kini telah diserahkan kepada bahagian pengurusan tersebut sebagai cenderahati semasa pembukaannya.

"Replika korporat seperti ini memerlukan masa dan bergantung kepada mood untuk disiapkan kerana ia memerlukan penelitian untuk mendapatkan hasil seni yang kemas dan menarik,'' katanya.

Selain dua buah gerai yang sedia ada, dia juga pernah membuat beberapa pertunjukkan di tapak-tapak ekspo, institusi pengajian tinggi dan beberapa buah sekolah di negeri ini.

Katanya, dia juga ada mengambil tempahan untuk dijadikan cenderahati pada hari perkahwinan, majlis-majlis rasmi dan sebagainya.

''Saya berhasrat untuk mengembangkan perniagaan luar dari negeri Melaka dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

''Apa yang penting, saya perlu memantapkan lagi hasil kraf tangan dengan pelbagai idea yang kreatif,'' katanya.

p/s : Ada readers/viewers yang boleh bagi Idea camne aku boleh 'versatile'kan Wire-Crafting ni lagi?? Amat di hargai....

Posted on Isnin, April 25, 2011 by Ismiqbal Abdullah

9 comments

24 April 2011

Sejak kebelakangan ni line internet stremyx aku slow ler...kekadang nak buka Blog, Facebook, Youtube makin lembab jadinya...
 (Abaikan perenggan ni jika tak fahamm)
Atau mungkinkah laptop aku yang slow? Atau laptop aku yang slow ber'DUET' dengan line internet yang slow... Slow-slow romantic btol! berasmara-dana btol bila Laptop Aceron (Call me RON..Aceron) berDATING dengan Cik Streamyx yang berangan Vogue ler ada X di situ?
Mungkinkah Aceron selalu menca-BULI Cik Streamyx sampai Streamyx dah tahan dica-BULI oleh Aceron aku.. Tu ler..slalu sangat korek Citers sampai brapa jam duk berGOSSIP sampai ke MOVIEs jadinya daripada Streamyx ni...

Persoalan/Pertanyaan Aku :
Adakah Cik Stremyx dapat detect brapa Gigabytes/Terabytes yang di download/di guna oleh Aceron sampai suatu tahap Streamyx dengan sengaja-tanpa pengetahuan Users menghadkan penggunaan Internet??

Sesiapa ada kemungkinan kenapa Line internet Streamyx menjadi perlahan/slow-romance??

Ada tips tak nak melajukan line Internet ni??

Posted on Ahad, April 24, 2011 by Ismiqbal Abdullah

8 comments

23 April 2011

Beberapa hari lepas aku ada tulis Post pasal : Aku pergi mendapatkan bekalan Bunga Roselle 5kg.. 
1kg (anggaran) sudah aku guna untuk sesaja jer... 1kg Lagi baru jer semalam aku buat Kordial Roselle (dengan campuran Kondisioner Makanan dan Bahan Pengawet Makanan); mengikut salinan formula yang aku dapat daripada Latihan Praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu tahun lepas.

Daripada 1kg Frozen Roselle tu aku sudahnya siapkan hampir 3 Liter Kordial Roselle. Jadi aku dah try, 1 Bahagian Kordial Roselle di campurkan bersama 5 Bahagian Air (mengikut citarasa)
Tapi, rasanya boleh tahan la.. 1st - Maybe coz aku guna Frozen punyer.. 2nd - Tidak tapis dengan betul kot...
So, masih ada lagi... Ada sesapa berani nak rasa Kordial Roselle pertama aku? 
~Tanya jer kalau sesapa berminat.berani~~huuhu~~

KHASIAT ROSELLE* Menyegar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebihan
   -Copy dari Blogger IbuDamia-
NUTRISI ROSELLE


Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2.

Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan).
   -Copy dari Blogger IbuDamia-
p/s :Bila aku search,, banyak lagi khasiat Roselle ni, sebab itu aku amat tertarik dengan Roselle...

Posted on Sabtu, April 23, 2011 by Ismiqbal Abdullah

8 comments

21 April 2011

 Akhirnya setelah sifat ingin mencuba aku terserlah pada seni dawai (Wire-Craft) yang terpakai ..(Dawai tembaga yang ada dalam wayar elektrik tu).. Mula-mula aku terlihat dalam Metacafe, Video yang aku search pasal "Magnet"
(Aku terlihat ada sorang Mat Salleh ni wat pepatung menggunakan dawai dan lilit pada bateri dan pepatung tu berpusing! Ntah konsep Fizik-Electrical pe ntah yang dia apply, aku cuba tak jadi pun, maybe bateri habis kot..)
Aku masih menyimpan lagi dawai tembaga tu yang mejadi sisa-sisa latihan Seaglass Keychain  aku dulu tu, lebihan dawai tu, aku terlintas untuk mencuba..dan Tadaa~~ (dawai yang di derma oleh orang...)
Suka gak aku tengok DragonFly ni...Tapi nak wat per erk? Korang ada idea tak aku nak wat perhiasan camne dengan DragonFly wire-craft ni?

p/s: Manik tu aku terjumpa dalam umah jer, adik-adik dan mak aku punyer kot.. Yang putih tu ingatkan plastik biasa jer, rupanya Kristal-pe-ntah...haha! Yang merah tu manik biasa jer..
p/s: klu tak silap aku ada keychain yang diperbuat daripada dawai, asalnya dari Jepun tak silap tapi juga dijual di Malaysia...tak ingat kat mana aku surf..
p/s: Lilitan dawai masih tidak kemas...First-Timer..

Posted on Khamis, April 21, 2011 by Ismiqbal Abdullah

20 comments

20 April 2011

Dulu aku pernah membuat post pasal aku pernah bermain dengan PC Games : Spore ni.. Rupanya Spore yang aku main dulu tu versi Reloaded-pe-ntah.. Maksudnya yang first-basic la..
Aku sebenarnya dah habis dah main Game Spore Reloaded sampai ke tengah-tengah pusat Galaksi dah..Then selepas itu aku tak tau nak wat per dah, rupanya games ni boleh di-upgrade dengan syarat ada installer games First Spore Reloaded.
Games ni dah lama dah sejak zaman aku muda-muda lagi, masa zaman blaja dulu iaitu 2008/2009 gitu la..Tapi games ni menjadi feveret aku coz ia agak santai, imaginasi, reka mahkluk, stratergi, fantasi dan sebagai nya...(Kesimpulannya : Games yang tidak terlalu serius..)
Sejak 2,3 hari ni aku duk ON jer laptop ni coz sedang mendownload Spore Reloaded (3.38GB) ni menggunakan UTorrent dengan line internet yang tak berapa laju (Sesuai la dengan pakej RM60/Sebulan...)

Selepas habis jer Games Spore ni, Boleh Unpack (Upgrade) kepada Spore Galactic Advernture ; Boleh gak main Spore : Cute and Creepy

p/s: Aku bukanlah kaki games (fanatik) sangat, cuma mengisi masa terluang jer.(ayat cover)
p/s: Kalau aku download Torrent, aku kurangkan aktiviti Internet untuk bagi chance kepada Torrent mendownload Spore kegemaran aku...

Posted on Rabu, April 20, 2011 by Ismiqbal Abdullah

13 comments

19 April 2011

 Akhirnya hajat aku tercapai untuk mendapat bekalan Roselle daripada sorang Tokey Roselle Terengganu ni iaitu Encik Madik di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu. Sejak sabtu lepas lagi aku nak pergi sini, hari ini baru berkesempatan.
Roselle ini di bekalkan oleh Syarikat Natural Nutrition (kata En.Madik yang dulunya di bawah Koperasi Tani-KOPTANI-), aku tak sempat bertanyakan details coz hajatnya nak mendapatkan bekalan Roselle ni jer...
 Aku bersama En.Madik, seorang pengusaha Roselle Terengganu yang berjaya. Aku tengok memang banyak produk Roselle yang telah di hasilkan dan bersedia untuk di pasarkan. Kebanyakkannya Jus dan Kordial Roselle...
Aku beli bekalan Roselle sebanyak 5KG jer, dengan harga RM4/sekilo coz bekalan Roselle yang terhad...Ini pun yang sejuk beku coz tu jer stock yang ada... kalau yang mentah dan tidak di bersihkan, RM2/sekilo.
 Tak sangka En.Madik tu bagi cenderahati Jus Roselle 'pure' dalam tin dan tidak mengandungi bahan pengawet.
Bekalan Roselle sejuk beku 5KG, ia hanya untuk permulaan aku.. 5KG ni aku hajatnya nak wat 'Test Market'; memberi sampel percuma untuk mendapatkan respons, pendapat dan pandangan daripada tester..
Bekalan Roselle tu aku nak buat Kordial/Jus jer (Juga pembuatan secara Komersial juga kot.).. Jem tu hanya untuk penggunaan di rumah jer coz tiada bahan untuk membuat Jem secara Komersial.

p/s: agaknya klu aku wat minuman./kordial roselle..ada sape nak jadi tester percuma tak? hehhe~

Posted on Selasa, April 19, 2011 by Ismiqbal Abdullah

14 comments

18 April 2011

Entry Simple yang agak berlagak skit..
Dinner tadi aku tak makan coz still kenyang, tengah-tengah malam cmni la melapar lak perut...
So, macam biasa kehidupan orang bujang macam aku ni, Maggie menjadi pilihan perut berkeroncong...
Dan AKu rasa inilah Maggie yang paling agak Super la KOT....yang aku pernah buat..

Bahan-Bahan :
Maggie Kari
Sotong
Udang
Daging Burger di Potong dadu
Left-over sayur masak kicap
Separuh Gulai ikan
Bebola ikan di potong agak bujur berdadu
Udang
Telur ASLI!

Minuman : Home-Made Teh Halia campur Lemon

INILAH MAGGIE CARA SAYA!! CARA ANDA? hahhaa~ promo iklan Maggie
Perghh~~   The End But Still Eating~~

Posted on Isnin, April 18, 2011 by Ismiqbal Abdullah

37 comments

17 April 2011

INTRO # Pada mulanya aku mencari Tutorial untuk letak Like Page Facebook untuk Page Blog aku di Facebook, pastu terjumpa lak tutorial untuk letak Like Button pada setiap entry/post blogger ni.. So alang-alang tu wat la dua Tutorial LIKE-LIKE dalam Blog ni..
p/s : Kat sebelah Kanan tu ada Butang LIKE untuk Page Blog ni di Facebook.. Sila lah LIKE yer.. Dia auto-publish. [Rujukan : Tutorial-23-Letak-FB-Like-Page-Button]

1. Buka Blogger Dashboard >> Design >> Edit HTML >> Expand Widget Template
(p/s: sila backup template dengan 'Downlod Full Template')

2. Search/ Ctrl + F Code tersebut :  [Rujukan Post Daripada Blogger Misztrex]
<data:post.body/>
p/s: Kalau Korang ada 'Read More' Button : Code yang perlu di cari :
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>
3. Copy Code di bawah ni, kemudian Paste pilihan Code di BAWAH :
<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>
p/s: Tukar 'Light; Kepada 'Dark' ; Bergantung pada Background Template..
p/s : Kalau nak letak LIKE BUTTON ni ATAS Post.. Sila Paste SEBELUM code  : <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>    atau   <data:post.body/>
Kalau nak letak LIKE BUTTON ni BAWAH Post.. Sila Paste SELEPAS code  : <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><data:post.body/></b:if>    atau   <data:post.body/>
[Rujukan Post Daripada Blogger BudingYun]
4. Klik Preview, Okay!? Save Template...

p/s : Kalau korang Malas nak komen, tekan LIKE pun dah memadai...hehe~~
p/s 2:  Aku Ubah Tutorial ni selepas melihat dan LIKE post Cerpen FaizalSulaiman, Tak perasan lak bila aku tekan LIKE tu, dia auto-publish dalam FaceBook la...oicc~~

Posted on Ahad, April 17, 2011 by Ismiqbal Abdullah

36 comments

16 April 2011

Satu lagi problem yang aku alami akibat perkongsian laptop ni...

Masalah :
Semua Application Files Open With Adobe Reader

Penyelesaian yang Aku Jumpa daripada Http://www.winhelponline.com/

  1.  Buka Regedit dalam Command Prompt [Accessories >> Command Prompt >> Taip Regedit]
  2. Cari :  HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Explorer \ FileExts/.exe
  3. Dalam Folder '/.exe' tu ada File Application ada tertulis '/.AdbRd.exe'  lebih kurang camtu la.
  4. Buka File Application tu dan ubah Value Data 'AdbRd.exe' kepada '.exe'
  5. Dan setel masalah bagi aku...
P/s : Dalam Link Rujukan tu dia tulis camni  : HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ Explorer \ FileExts \ .xyz \ UserChoice 
**.xyz tu refers kepada application yang digunakan..

Posted on Sabtu, April 16, 2011 by Ismiqbal Abdullah

No comments

Ini lah akibat berkongsi Komputer family dengan pelbagai usia terutama dengan budak sekolah rendah ni... Ishk! Pandai Main laptop jer..Virus ker Laptop Error ke bukan nak amik kisah pun yang penting dapat main game kat laptop..Geram Betul!

Masalah Kali ni :
"Drives" dalam My Computer 'Open With Search Result'

Penyelesaian daripada http://tomshardware.com :

  1.  Buka Command Prompt / Regedit (Accessories >> Command Prompt >> Regedit)
  2. HKey_Class_Root\Drive ..Ubah 'default' value kepada 'drive' .
  3. Kemudian pergi kat : HKey_Class_Root\Drive\shell   dan set 'default' value kepada 'none'.
  4. Dan ubah dekat  : HKey_Class_Root\Directory daripada 'default' value kepada 'File Folder'.
  5. Pergi lagi ke :  HKey_Class_Root\Directory\shell  dan set 'default' value kepada 'none'. 
p/s : Sesetengah langkah memang sudah di setkan, mungkin cuma salah satu jer kena ubah.. So, ikut langkah-langkah berikut dan lihat yang mana perlu di ubah..

Posted on Sabtu, April 16, 2011 by Ismiqbal Abdullah

No comments

15 April 2011

Kes ni aku alami pada Laptop Family aku Acer TravelMate.
Masalah : 
  1. Tidak dapat nak Transfer/Copy/Cut Files ke dalam External Drive/ThumbDrive.
  2. Muncul Popup "Remove Write Protection bla..bla..bla"
Setelah aku Google tentang masalah tersebut, akhirnya Problem Solved. Dah boleh Copy/Pindah file ke dalam pendrive.
Penyelesaiannya : 

"The Disk is write-protected” adalah masalah Run Registry Editor (regedit). Ikut langkah registry key berikut
  1.  Buka Command Regedit atau Pergi kat Accessories >> Command Prompt >> Open >> Taip regedit
  2. Akan keluar satu Windows ke apa ke yang ada benda ni..Follow jer   HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control
  3. Right click on control and create new key. Name it as StorageDevicePolicies . (Sebijik camni yer dengan Huruf Besar tu.)
  4. Klik kat StorageDevicePolicies  dan kat sebelah kanan tu 'Right Click' dan pilih 'Create new dword'
  5. Namakan  WriteProtect 
  6.  Double click kat file WriteProtect dan Set nilai tu kepada 0.
  7. Sekarang Restart laptop dan cuba copy files ke dalam external drive.
p/s: Tadi aku Skip Langkah 3-5 coz Folder tersebut coz dah ada dalam Registry. Kalau dah ada folder tu, teruskan pada Folder 6 jer..Done!

Posted on Jumaat, April 15, 2011 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

Salam Jumaat!
Semalam aku panic jap coz aku transfer modal ke Ezytopup RM100 melalui Maybank2u..Pastu nak send SMS notification Transfer tu tetiba Sending SMS Failed.. Dah berpuluh-puluh (kot) kali dah try...

Pheww~~ Nasib baik bangun pagi ni aku cuba nasib skali lagi copy SMS, send semula ke No.Admin Ezytopup tu... Berjaya lak!! Kalau tidak rugi la RM100 tu...

SMS:
Ahad tambah modal cuti. Modal anda telah di tambahkan operator RM100. Baki RM101.06. Taip FORMAT utk tahu format transaksi.

Urusniaga penjualan Topup sudah boleh di mulakan.. Kebanyakkannya daripada kalangan family dan aku jer..nanti banyak modal baru leh luaskan skit...hehe..
Sekarang ni aku jadi agen topup jer, pasni modal lebih upgrade jadi MasterAgen ker...

Posted on Jumaat, April 15, 2011 by Ismiqbal Abdullah

9 comments

14 April 2011

Aku pernah memohon kepada Allah..
"kenapa begitu sukar mengalirkan air mata? Berikahlah aku nikmat menangis agar aku dapt merasakan salah satu nikmat hidup" [Rujukan Entry : 18 Sept.2008; Tajuk : Air Mata Lelaki ini]
Syukur Alhamdulillah, aku masih di beri kesempatan untuk merasakan betapa Nikmatnya menangis kerana Tuhan. Menyesali segala perbuatan. Allah makbulkan doa aku pada masa itu juga. Memohonlah kepada Allah jika berada dalam satu tekanan, bebanan yang berat. Muhasabahlah diri. Insya-Allah, Dia sentiasa bersama. 
Menangis itu boleh menjadi satu kelegaan JIKA menangis kerana penyesalan diri dan Tuhan.
Menangis itu boleh menjadi satu tekanan JIKA menangis kerana manusia lain yang pentingkan diri.
Menangis itu boleh menjadi satu keinsafan JIKA nasib kita lebih baik dari manusia lain.

Air Mata adalah Ciptaan Allah untuk Makhluknya; Lelaki, Wanita dan makhluk lain.
Cuma yang menjadi tanggapan adalah Kenapa Air Mata itu menitis? Untuk apa Air Mata di keluarkan?
Mungkin sebab itu ada anggapan,"Lelaki yang menangis di anggap lemah", "Air mata adalah senjata wanita"

Fikirlah dengan akal yang waras. 

P/S: Kebelakangan ini aku asyik berfikir tentang Cara kematian aku. (Adakah aku pelik?)
Salah Satunya (WASIAT) : Jika aku mati akibat di makan haiwan buas atau mayat aku terbiar dan menjadi santapan makhluk/haiwan lain. Tolong jangan tangisi cara kematian aku sebaliknya gembiralah kerana sesudah aku mati pun masih berguna kepada Makhluk Tuhan yang lain. Daging mayat aku mungkin dapat memberi nyawa yang lebih panjang kepada makhluk lain. Dan Rantaian makanan itu akan terus berjalan dan memberi manfaat kepada semua Makhluk. Setiap kali kamu melihat haiwan lain yang hidup sihat, tumbuhan yang segar, Ingatlah bahawa Aku Adalah Sebahagian Daripadanya!
p/s: mungkin sebab itu jika aku lihat Kes Haiwan Makan Manusia; ia cuma mengerikan aku.. Allah tetapkan Ajal  dia camtu, dan ia mejadi rezeki haiwan tu...Aku faham jika Haiwan itu diburu dan di bunuh kerana ia membahayakan orang lain.tapi jika haiwan tersebut di tangkap hidup-hidup..tak perlu lah bunuh. hantar ke pusat haiwan.

Posted on Khamis, April 14, 2011 by Ismiqbal Abdullah

9 comments

Semalam tanpa aku sedari Kredit aku dah RM 0.00! 
Alamak! kalau takde kredit camne aku nak SMS kan, Ezytopup aku pun blom masuk modal lagi.. Nak tambah modal pun caj 1Sen. Kalau takde kredit nak tambah Modal camne..huhu!
Kemudia aku Google la pasa Kredit Advance RM2 daripada Celcom since aku tak pernah nak pinjam kredit ni daripada Celcom atau memana Telco.
Nasib la terjumpa Blog LanunSepet ni... Pasal cara terdesak nak pinjam kredit dari Telco Celcom ni.
  1. Dail *118#
  2. Pilih 8. My account
  3. Kemudian; Reply : 5. Other Services
  4. Reply : 4. Credit Advance
  5. Reply : 2. Request Advance
  6. Reply : 2. Proceed
  7. Tunggu SMS 28882, Pengesahan Credit Advance : Anda telah menerima pinjaman kredit RM2. RM2 akan ditolak dr tambah nilai yg berikutnya. Caj 50sen dikenakan jika tempoh langganan kurang 1 tahun. (Rasanya aku dah lebih 1 tahun langgan celcom ni, brapa lak caj erk..)

p/s: baru je masuk modal RM100 dalam ezytopup, huhu~ 

Posted on Khamis, April 14, 2011 by Ismiqbal Abdullah

10 comments

13 April 2011

Sedang aku 'online' tadi, tetiba Mama aku bertanya dengan nada sedikit cemas tapi tetap cool,
Mama : Barr! Mana Sarang cicak??
Aku : Kan ada belakang tu kang..
Mama : Takdop pun..
Aku : Tak tau, try tanya Peje..

So, setelah masing-masing tak tau..So, memang SAH la.. Dua ekor Tokek yang aku letak dalam Akuarium belakang rumah sudah DI CURI!! huhu~~
(Aku dah suspek seorang kawan abang aku ni, coz akuarium tu memang betul-betul tersembunyi dari penglihatan melainkan dia melihat sendiri kedudukan Akuarium tu..Harap dia dapat BALASANnya..Pakat-pakat AMIN yer!)
Source : http://2log.biz/.
Aku relax jer tapi agak terkuciwa la coz tak dapat la aku nak buat ANIMAL VLOG CHANNEL dengan Tokek-s tu lagi..
Macam-macam manusia kan, dengar khabar Tokek tu mahal, tetap nak curi.. mesti takut nak pegang, tu yang sambar dengan akuarium tu..huhu! Macam-macam lah kes kecurian kampung aku ni...dulu Kabel TM kena curi, sekarang ni pun Tokek aku kena Curi. Semuanya kerana 'MONEY'
SOurce : http://www.thefilmpilgrim.com/ . Wallpaper aku sekarang!
Ada sekor Tokek tu warna seakan-akan Rango, aku baru nak namakan dia Rango tapi dah terlepas lak...huhu~~ Baru nak ada Exotic Pet...(coz aku tak amik serius sangat pasal jual-beli Tokek, sebab tu aku selalu kacau Tokek ni dalam ANIMAL VLOG CHANNEL aku...huh)
Seriously, aku dah imagine nak pakaikan Tokek Rango ala-ala baju...huhu

Membunuh kerana tokek
2 MAY 2010
Tokek menjadi punca pembunuhan di Kg. Bumiputera(Jalan Silam) Lahad Datu, Sabah. Hasil daripada siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas pembunuh tersebut. Mangsa pembunuhan ditemui di kawasan anak sungai berhampiran kawasan kediaman mereka. Dipercayai mangsa telah di pukul dengan objek tumpul di kepala dan mati ditempat kejadian. Mangsa adalah sala seorang daripada menjalankan urasan penjualan tokek bersama dua lagi individu lain dan dipercayai mangsa berusia 37 tahun itu dibunuh untuk mengurangkan kerugian sewaktu pembahagian hasil jualan tokek. [TokekBlog]
Penutup : Isunya BUKANlah Tokek tersebut, Tetapi PERBUATAN MENCURI!
p/s : Aku mula tertarik dengan EXOTIC PET...Mudah-mudahan aku dapat semula Tokek terlepas tu..Atau ada Painted Bronzeback Snake or any Harmless Snakes?.Haha~

Posted on Rabu, April 13, 2011 by Ismiqbal Abdullah

16 comments

10 April 2011

Membaca Akhabr semalam dari Akhbar Sinar tapi sumber ni aku amik dari Berita Harian Online pasal "Telur Ayam Tiruam Di Pulau Pinang"! Isu telur tiruan ini sudah lama tersebar dan satu sumber internet bertarikh 24 April 2009 di Laman Web ChinaHush.com pasal Telur Tiruan ni. Bermaksud telur tiruan telah menembusi pasaran Malaysia (unless klu ada orang Malaysia buat sendiri telur tiruan ni...)
Petikan Artikel Berita Harian Online 06/04/2011:

GEORGETOWN: Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
....."Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,"...

Langkah-Langkah Buat Telur Tiruan (Sumber : weirdasianews.com)

Kos Chemical yang agak boleh tahan memang senang di buat di rumah jer dan mendapat keuntungan yang memuaskan.


Bacaan Tambahan :



UPDATED! : Video yang di Share di FaceBook dari Youtube (thestaronline)
 Tentang perbezaan Telur Tiruan dan Telur Asli

    Posted on Ahad, April 10, 2011 by Ismiqbal Abdullah

    18 comments

    04 April 2011


    INTRO # Semalam aku cari nak letak Gadget nak tau bilangan "Top Commentators" dan terjumpa lah di Blog TeknikBuatBlog.
    MOTIF # Tujuan aku letak Bilangan 'Top Commentators' ni untuk Buat BlogList, Jadi Bloglist aku terdiri daripada 'Pengkomen Tegar' Blog aku sebagai 'Balasan' mengkomen Blog aku .. Jadi,tak sia-sia korang komen blog aku..coz korang in my BlogList!
    Mencari Blogger Top Commentators di jadikan BlogList adalah lebih mudah coz aku sentiasa menukar Template aku.. Jadi, setiap kali aku tukar Template blog, tak perlu susah-susah nak Backup List BlogList, Cuma masukkan Gadget Top Commentators ni dan (e.g.: Top 10 commentators akan berada dalam BlogList.)

    CARA-CARA #
    1 # Dashboar >> Design >> Page Element >> Add a Gadget >> HTML/JavaScript
    2 # Copy-Paste kan Code Ini dalam Add a Gadget (HTML/JavaScript) tu..

    <script type="text/javascript">
    function getYpipe(feed) {
    document.write('<ul style="list-style-image: url(BULLET IMG URL);margin-left: 20px;">');
    var i;
    for (i = 0; i < feed.count ; i++)
    {
    var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'";
    if(feed.value.items[i].link == "")
    var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>";
    else
    var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' + feed.value.items[i].title + "</a> </li>";
    document.write(item);
    }
    document.write('</ul>');
    }
    </script>
    <script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
    YourBlogUrl=BLOG URL
    &ExcludedNick1=Ixbarr
    &ExcludedNick2=Mr.Mushy
    &ShowHowMany=11
    &_callback=getYpipe
    &_id=23022d7836bf2dd3c10a329feb9be26a
    &_render=json"
    type="text/javascript"></script>
    <span style="font-size: 70%; float:center;">Get this widget<a href="http://www.homosapiensz.com"></a></span>

     Nota :  
    BULLET IMG URL - Jika Nak letak Bullet la, tapi aku tak letak..
    BLOG URL - Letakkan URL Blog Korang
     &ExcludedNick1=Ixbarr & &ExcludedNick2=Mr.Mushy  - Yang ni tak pasti apa kebendanya..
    &ShowHowMany=11 - Bilangan Top Commentator yang di tunjukkan.
    <span style="font-size: 70%; float:center;">Get this widget<a href="###"></a></span> -- Kalau korang nak PROMO Gadget, Letak URL sendiri dan ayat Get This Widget (Untuk Backlink)

    3 # Save dan View Blog

    Posted on Isnin, April 04, 2011 by Ismiqbal Abdullah

    7 comments

    Okay! Fine..Show Off! hahaha~~~
    Ikan yang di bawa balik oleh ayah aku daripada Pulau Redang, Pemberian orang kampung sana... Mak aku selalu merungut, "Bakpe bawak balik ikan besar sangat, susah nak siang". Kan....Mau seminggu habis ni... (Dah habis pun...hehe~~)
    Ayah aku cakap kebanyakkan Nelayan menjual hasil tangkapan kepada negara jiran coz harga yang lebih tinggi, urus niaga pun tengah laut..Sebab tu menjadi tumpuan Lanun (maybe)

    Kat Terengganu panas terik ni, camne cuaca di Pantai Barat sana, biasanya vice versa kan.. Panas di Terengganu, Mendung/Hujan di Pantai Barat. (Masih di stage perubahan monsun barat daya kot..)

    Posted on Isnin, April 04, 2011 by Ismiqbal Abdullah

    7 comments

    Watermark Software yag simple, dan mudah di gunakan untuk meletak 'watermark' pada gambar  untuk Blog etc....
    KLIK UNTUK DOWNLOAD (RAR) + SERIAL NUMBER 
    (7.41 MB) 
    Extract *.rar Files; Install Watermark.exe ; Buka Application, Pergi ke 'Info' dan Masukkan No.Siri.

    Posted on Isnin, April 04, 2011 by Ismiqbal Abdullah

    No comments

    INTRO # Semasa aku masukkan pendrive dalam Laptop family model lama Acer TravelMate 290, terperasan ada New Folder.exe.. Virus New.Folder.exe ni agak melecehkan kerana :
    • Disabling Task Manager
    • Disabling Registry Editor
    • Creates a startup entry to start upon system start and
    • Creates its own exe files in Shared Documents folder which appear like ordinary folders.
    • Disables Folder Options
    • Uses your 50% or more processor
    Cara Penyelesaian paling mudah yang aku gunakan cuma DOWNLOAD NEW FOLDER.EXE VIRUS REMOVAL TOOL (652KB) ni dan INSTALL dalam PC/Laptop, Kemudian Scan dan Log Off atau Restart.

    Jika terkena Pendrive pun sama, SCAN, Remove dan Cucuk balik...Setel bagi aku...

    [Rujukan/Sumber : http://www.technize.com/new-folderexe-sohanad-virus-removal-tool/]

    Posted on Isnin, April 04, 2011 by Ismiqbal Abdullah

    No comments

    02 April 2011

     Sebelum aku mengemaskini Template Baru Blog aku ni bertajuk "Mag Duo", update jap dengan lagi Koleksi Serangga Mati aku dengan menggunakan Varnish (Cecair yang di gunakan untuk Kilatkan Kayu.)
     Koleksi kali ni lebih baik daripada The Fragile Butterflies kerana Serangga ni mempunyai Exoskeleton iaitu rangka luar yang keras membantu mengekalkan fizikal walaupun isi dalamnya sudah mejadi santapan semut halus.
    Aku paling suka yang ni coz fizikalnya hampir sempurna dengan antenna dan kakinya...

    Spesis yang sama dengan yang atas
    Bug 4 : Pepatung, Bug 5 : Kumbang Unknown, Bug 6 : Lalat Buah, Bug 7 : Lebah

     Aku ada terjumpa anak lipan yang kecik warna Biru-kehijauan, meninggal dalam simpanan (tak sengaja..huhu~) dan Kumbang SuperWorm.

    Okay! Sambung mengedit Template Baru + Reply Komen dan Download Windows XP sp2 untuk Acer Model TravelMate yang lama..huhu~ Nak Format DVD-ROM rosak, guna USB takleh lak, Kena Install Windows jer la kot...Kot ada sesapa tau?

    Posted on Sabtu, April 02, 2011 by Ismiqbal Abdullah

    3 comments


    Malam ini sedang aku berjogging-jogging di laman blog menggunakan jari jemari yang sudah ramping ni terjumpa la satu entry The Famous Abang Zam  yang buat contest katanya dan maka aku pun mula menyergah ke blog beliau nengok ape kabornyer contest ni di malam hari sempat lagi join ni kan so apa lagi jom mula menaip dan terus menaip serta tanpa aku sedari aku telah menaip beberapa puluh patah perkataan semata-mata intro macam mana aku dapat tau contest ini iaitu daripada Link kat satu Group Blogger Facebook tapi tak pasti lak yang mana satu adakah 'Komuniti Gila Blog' atau 'Geng Blogger Bersatu Padu pe ntah' erkkk nasib baik sempat break klu tidak korang mampu baca entry ni dalam satu nafas kan hahhahaha opss takleh ada noktah nanti disqualified lak so kalau korang rasa korang leh beat aku dalam acara menaip tanpa noktah dan kalau koma aku tak pasti lak coz yang tu korang kena tanya pada The Famous Abang Zam dan cepatlah singgah ke Blog Beliau untuk tau apa terma dan syarat dan tarikh tutup contest ni pastu aku rasa nak menulis lagi tapi aku takde idea nak tulis apa sedangkan nak cerita yang aku takde idea ni pun dah berpuluh-puluh ayat dapat di karang jadi walaupun korang takde idea nak tulis apa dan tetap mahu join contest buat 1 Entry 1 Ayat dengan Tagline nya Ayat Aku Lagi STYLO! dan Aku di situ merujuk kepada aku la dan Aku ialah AKU dengan CAPSLOCK aku menulis perkataan AKU kerana AYAT AKU LAGI STYLO! dan NOKTAH! amik ko besar punyer Noktah macam tutt lalat .

    Posted on Sabtu, April 02, 2011 by Ismiqbal Abdullah

    11 comments


    Dalam entry lepas aku ada sebut pasal Hasilkan Arts bertajuk :
    "The Fragile Butterflies" a.k.a "Rama-Rama Rapuh"
    Dan hasilnya bertapa rapuhnya Rama-Rama itu...
    (stand tu  guna dawai tembaga jer...)



    Kalau korang ada terjumpa 'bangkai' serangga dalam keadaan sempurna.. Mungkin boleh dijadikan koleksi...dengan kos yang murah jer.. D.I.Y (Do It Yourself)

    p/s: Idea untuk 'awet' guna 'varnish' ni terlintas jer (ilham per ntah -Try 'n' Error-), asalnya cuma nak kilatkan koleksi Sea Shells jer...Pasni dah ada idea untuk Koleksi, kena pastika fizikal elok la pasni..

    p/s #2 : Koleksi serangga tu memang dah tersimpan dalam botol bilik aku dalam jangka masa 2 tahun gak la..tapi fizikalnya dah tak sempurna akibat terjatuh, alih-letak, di makan semut... Pastikan koleksi anda kering dahulu, jika tak akan dihurung semut..

    Posted on Sabtu, April 02, 2011 by Ismiqbal Abdullah

    4 comments

    01 April 2011

    Petang tadi (31.3.2011) aku telah masuk ke wad pembedahan (Wad 2EF) di Hospital Sultanah Nur Zahirah a.k.a Hospital Besar Kuala Terengganu di mana pada 23 tahun lepas aku di lahirkan di situ juga.

    Sedang aku berborak-borak dengan kawan aku, ada satu pembantu hospital menghantar makan malam, tapi tak boleh makan coz 'berpuasa' untuk scan di bilik pembedahan malam tu (sepatutnya jam 10mlm), jadi kena berlapar la..
    Tak pasti lama mana di tahan kat wad ni, apa-apa tu keputusan selepas scan la...

    Dalam jam 7.00 PM tu tetiba satu pengumuman yang ditujukan untuk aku juga :

    "Perhatian kepada semua pelawat, masa melawat telah pun tamat. Sila bla..bla...bla.... Terima Kasih"

    Aku wat dekk jer kejap, oleh kerana aku naik motor dan cuaca amat sangat mendung, so, kena singgah umah kawan aku jap coz tengok-tengok dua ekor kucing yang manja tu..Tengok dah makan ke belum..

    Harap kawan kawan aku tu sihat walafiat .. Tak pasti la sebab apa, dia bagitau Doktor pun cuma leh bagi kemungkinan jer.. Aku cakap Request la kat Doktor tu wat pemeriksaan makmal. (Ujian Microb etc.)

    p/s : Ini bukan 'April Fool' ! Aku betul-betul masuk wad!! Sebagai pelawat jer....hehe~~

    Posted on Jumaat, April 01, 2011 by Ismiqbal Abdullah

    11 comments

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...