Dah namanya panjat gunung, satu entry memang tak  cukup.. masih ada sambungan lagi ni... Masa ni setelah lebih kurang 4,5 jam pendakian secara berterusan dan perlahan. Sampai juga ke puncak tertinggi di Selangor ni.. Oleh kerana hari sebelum-sebelumnya hujan, jadi permandangan dari puncak gunungmasih berkabus. Kami tidak dapat melihat permandangan di sekitar gunung tersebut.  Agak terlepas lah melihat permandangan dari sekitar Gunung Nuang ni...*sigh~

 Ni idea Eja (Perempuan kat tengah baju kurung hijau tu), supaya Hikers bawak pakaian tradisional.. Haha!! Nak amik feeling macam zaman dulu-dulu gitu... Layan jer... Ohh... ni sudah di atas puncak Gunung Nuang dah...
 Bila sampai puncak sana memang lapar, dahaga giler-giler!! Sampai sana terus santap dengan berseleranya...
 SignBoard Gunung Nuang's Peak 4898ft!!
 Perjalanan turun gunung dah... Menuruni gunung lebih cepat kan.. Walaupun gitu, lebih kurang 3,4 jam gak nak turun..Bekalan air pun dah habis setengah botol untuk berkongsi...Suasana pun mula berkabus..Semasa turun tu ada 3 orang yang hampir sesat coz sesat di puncak yang lebih rendah.. Nasib baik Abang Sham tanya, "Mana geng kacamata tu?". Pastu kami pun cakap,"Ingatkan diorang ngan abang Sham", Abang sham cakap diorang jalan depan dari dia. So, abang sham tu pun patah balik cari geng kaca mata.. Happy Ending!!
 Semasa kat kem pertama untuk khemah, sampai sini masih boleh 4WD boleh lalu, jadi tak perlu angkat beg besar2 ler nak turun...
 Perjalanan turun ke kaki bukit, walaupn badan mula menunjukkan rasa sakit.. kedua-dua ibu jari kaki aku memang sakit giler dah.. (sekarang kuku ibu jari kaki aku dah tercabut dah mula tumbuh kuku baru...)

 'Action Kamen' style ke? Poyo! Dah sampai dah ke kaki bukit!! Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat tanpa ada halangan yang menimpa.....