Petang tadi (31.3.2011) aku telah masuk ke wad pembedahan (Wad 2EF) di Hospital Sultanah Nur Zahirah a.k.a Hospital Besar Kuala Terengganu di mana pada 23 tahun lepas aku di lahirkan di situ juga.

Sedang aku berborak-borak dengan kawan aku, ada satu pembantu hospital menghantar makan malam, tapi tak boleh makan coz 'berpuasa' untuk scan di bilik pembedahan malam tu (sepatutnya jam 10mlm), jadi kena berlapar la..
Tak pasti lama mana di tahan kat wad ni, apa-apa tu keputusan selepas scan la...

Dalam jam 7.00 PM tu tetiba satu pengumuman yang ditujukan untuk aku juga :

"Perhatian kepada semua pelawat, masa melawat telah pun tamat. Sila bla..bla...bla.... Terima Kasih"

Aku wat dekk jer kejap, oleh kerana aku naik motor dan cuaca amat sangat mendung, so, kena singgah umah kawan aku jap coz tengok-tengok dua ekor kucing yang manja tu..Tengok dah makan ke belum..

Harap kawan kawan aku tu sihat walafiat .. Tak pasti la sebab apa, dia bagitau Doktor pun cuma leh bagi kemungkinan jer.. Aku cakap Request la kat Doktor tu wat pemeriksaan makmal. (Ujian Microb etc.)

p/s : Ini bukan 'April Fool' ! Aku betul-betul masuk wad!! Sebagai pelawat jer....hehe~~