Kelmarin baru aku layan cite yang di gembar-gemburkan sebagai best ni. 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'. Tajuk pun dah sempoi gitu kan, Kalau 1st expression  memang for sure ler cite ni ada adegan major komedi gitu.
Aku tak faham kenapa Yeti dan Mumia tu dalam Poster ni padahal babaknya hanya beberapa saat jer. Tp, utk menarik orang, nice tactic!

Maka, al-kisahnya aku pun layan ler citer ni, nak 'ce citer' skit ni, bukan mau 'bakor aje' feeling2 peminat filem Kak Limah terlepas sakit jiwa ni. Tapi, dengar jujurnya, bagi aku komedi 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' ni dalam 30% (dan kurang). Selebihnya, agak tak berapa menarik perhatian aku, coz aku fast-forward, 2x, 3x, 4x then baru play normally

Watak Che'-putus-tunang-ngan-awie-kedai makan tu (tak ingat nama watak), memang mula-mula sudah suspicious, dan masa adik aku tengok mula-mula tu dia dah cakap dah "Pompuan tu (refers pada che'-awek-kedai makan) hantu tu...". So, predictable la. yang awek baju merah tu mula-mula ingat pengamal ilmu hitam yang seru hantu kak limah, bila plot di teruskan, mula dapat mengagak awek-merah tu juga hantu.

Untuk manusia macam aku yang suka play-pause movie ni, tak sesuai le tegok kat wayang citer camni... Bukan nak kritik (coz untuk mengkritik itu senang, acu-try-cuba-test wat..hah!), jadi, sebagai Rakyat Malaysia yang duk kat kampung ni. Aku masih tak 'WOW' lagi dengan filem Melayu. tapi BOLEH LAYAN la..

RATE : 3/5

p/s : pasni try layan 'Khurafat' dan 'Haq' lak...Tahap 'WOW!' atau 'SO-SO'