Terdengar kat TV3 tadi pasal Sebuah kapal yang dibuat di Kampung Pulau Duyong Terengganu yang bernilai hampir RM2 Juta!!! Fuyooo...memang berbaloi la kan RM 2 Juta tu, amik masa 6 Tahun untuk di siapkan tu..! Bertambah istimewa lagi, Kapal ni memang tidak menggunakan sebatang paku pun!! kagum-kagum..Memang ciri-ciri kemelayuan tu ada la...dan ia adalah hasil kerja ANAK TERENGGANU!!

Sumber : Kosmo
Baca dari Sumber : Kosmo! Online

Kalau nak tau Cerita di sebalik Pembinaan Perahu Naga Pelangi ni boleh baca di Blog anak-beranak Tukang buat kapal ni....[SINI]

Ni Sedikit info pasal Perahu RM2 Juta ni : [Sumber : Blog Cerita Syahbandar]

  1. Harga: RM 2 juta
  2. Pemilik: Christoph Swoboda, 57 tahun, warga Jerman
  3. Pembina: Hasni Che Ali
  4. Bot ini ditempah oleh pemilik yang telah mempunyai sebuah bot yang sama bernama Naga Pelangi, dibuat oleh pembina yang sama 30 tahun lepas. Pemilik amat kagum dengan kemahiran luarbiasa dan kehalusan perincian oleh pembina.
  5. Naga Pelangi yang pertama dibina dengan kos RM 30,000 dan telah belayar mengelilingi dunia.
  6. Tempat bina: Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Terengganu. Malaysia
  7. Mula dibina: 2004
  8. Siap: 2010
  9. Panjang: 95 kaki
  10. Lebar: 19 kaki
  11. Bahan Utama: Kayu Cengal
  12. Proses melengkungkan kayu untuk pembinaan badan kapal (Hull) dilakukan secara tradisional tanpa mesin. Proses ini sahaja mengambil tempoh selama 2 tahun
  13. Tidak menggunakan paku, sebalinya menggunakan kaedah tradisional seperti kunci tanggam
  14. Pembinaan bot ini juga bermula daripada badan luar (hull), kemudian barulah kerangkanya dibina tidak seperti pembinaan bot konvensional yang lain yang akan membina kerangka terlebih dahulu.
  15. Boleh menampung sehingga 30 penumpang dan mempunyai 4 kabin penumpang
  16. Pada tahun-tahun 50-an dan 60-an, perahu seumpama ini memainkan peranan penting dalam perdagangan antara Terengganu, Thailand dan Indochina.
Berita mengenai perahu ini dalam Laman Web Bernama.
Lagi berita dalam mStar Online