Sebelum melayan Movies lain yang di download oleh aku ..Nak review skit Movies yang aku download + Tonton sebelum ni....
#1 : Magika
Filem melayu ala-ala Alice in Wonderland yang Diana Danielle lakon kan tu agak sama. Tapi di penuhi dengan unsur kepercayaan melayu yang menjadi logik. Di mana biasa orang-orang tua sebut kan, jangan bermain di waktu maghrib, nanti di culik bunian memang di olah dengan logik sekali dalam Filem ni.

Maghrib di dimesi kita, Pagi di dimensi mereka..Di mana waktu maghrib dan subuh (pagi) merupakan suasana yang agak sama. Jika sesiapa yang tido pada waktu petang dan bangun pada waktu maghrib, mungkin tengah mamai akan tertukar antara waktu pagi..(aku pernah tertukar ingatkan pagi/subuh coz tido petang..Haha!)

Tapi aku ni bukanlah peminat Filem Muzikal sangat, so, unsur-unsur muzik yang di tampilkan tak berapa menarik minat aku, yang lainnya OK. Kreatif. Imaginatif.
Tengok Diana Danielle tu layan jer....Cuma bila aku tengok si Mawi tu berlakon, mulalah aku hilang mood nak feeling2 citer tu...Samalah macam Cite Jin Notty, asal ada Mawi je aku takde feeling, baru je nak feeling tengok Farah Fauzana tu berlakon...ishkkk!! Aku cuma rasa Mawi bukanlah pelakon yang sesuai...

Yang part penunggu tua menjelma jadi Dongeng Naga tasik Chini tu pn di olah dengan menarik cuma effect jer nampak agak melampau.

RATE:
Tanpa berdasarkan genre Muzikal : 4/5
Berdasarkan genre Muzikal : 3.5/5

p/s: Ingat ak review yang movie "Hisss..." sakli tapi panjang lak entry jadinya..lain kali la...