Dengan kemalu-maluannya 18SX , esok aku baru nak mula amik lesen kereta!!
Yezza! Aku dah nak masuk 24 tahun dah tapi sekarang baru nak amik lesen kereta kan...Ishk2!! agak-agak ada orang tengah gelak tu...
Tapi takper la..walaupun dah 23.5tahun, belum terlambat lagi, ada orang tu dah bawak kete bertahun-tahun tapi takde lesen pun..salah gak kan...kena tahan polis, selit duit celah buku saman--setel..Untung polis tu dapat duit belanja/tips dari driver tu..
Google
Ye lah..Dulu masa belajar simpan duit wat lesen Motor dan lesen SCUBA Open Water Diver korang ada? ni jer..Di bawah naungan PADI (Professional Association of Diving Instructors). Pastu masa tahun akhir kena kuar budget sendiri untuk Final Year Project (sebelum claim dengan Universiti). Nanti bila ada budget lebih gi DIVING!! Pastu sambung Lesen Advanced Water Diver!! -Berangan-

Dan akhirnya, Thesis/Final Year Project Report telah siap..Masa tahun akhir memerlukan financial planning yang betul2. Nasihat untuk adik-adik sekolah diploma/degree yer..Tiga (3) salinan thesis tu semua untuk simpanan Universiti. Untuk diri sendiri tak wat lagi coz masa tu memang btol2 sesak duit...huhu! Tak ingat lak brapa harga jilid satu thesis tu..dalam RM30-50 kot...tak ingat..

Wahh! dah lari tajuk lesen ni...Akhirnya dengan simpanan sendiri mampu gak la untuk sambung Lesen Kereta ni...Yang penting aku tak susahkan family, ibu-bapa untuk  tanggung bayar lesen ni...Takde bodek-bodek abang-kakak-adik, takde sponsor-sponsor yer...Haha!
Sama macam amik lesen motor dulu, aku menggunakan orang tengah untuk berurusan supaya lebih mudah...walaupun ada caj lebih..tapi tak kisah la...
Since dah ada lesen motor penuh, jadi aku tak perlu mengambil peperiksaan berkomputer lagi.

Lesen Darat : Lesen Motor--Dah-- / Lesen Kereta ---Dah ---
Lesen Laut : Lesen SCUBA --Dah-- / Lesen Bot --Takde lagi tapi teringin gak---
Lesen Udara : Lesen Pesawat Ringan --Berangan dulu----