31 Disember 2011






Soalan 
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

Jawapan 
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.
Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.
Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"
Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. Namun ia tidak semestinya menjadikan seluruh sambutan menjadi haram jika percampuran itu tidak menjadi satu agenda penganjur, tatkala itu, mereka yang bercampur atas kehendak sendiri melakukan dosa secara individu dan ia dari jenis 'haram lighairihi' atau haram yang datang akibat dari sebab-sebab luaran.
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.


 
 
Sekian

Ust Zaharuddin
8 Feb 2007

30 Disember 2011

Quick Post:
Petang tadi selepas kerja aku dan kawan sekerja ronda-ronda ke kampung berhajat untuk mencari PETAI dan DURIAN. Sekarang ni sudah di kira akhir musim Durian dan Petai. Jadi, Mama aku pun memang minat dengan petai ni, ia menjadi alasan yang kukuh la untuk aku mencari petai!
Ronda punya ronda akhirnya singgah la satu kedai Kakak Kelantan yang menjual buah Durian, Manggis, Cempedak dan Petai.. 
Durian kat kampung ni memang amat murah, RM1.50 per kilogram jer. Kawan aku beli dalam 10 Biji.
Aku lak beli Petai satu ikat penuh, ada hampir 100 keping dengan harga RM30..okay la. berbaloi gak. 
Since kawan-kawan aku nak balik kampung masing-masing, jadi bahagikan la buah tangan Petai jer yer..

Sekarang misi untuk MMBUAT JERUK PETAI ! supaya tahan lama. Maklumlah untuk mendapat petai ni memang agak sukar dan limited. Petai ni boleh di kira hasil hutan jugak since persekitaran sini memang hutan.

25 Disember 2011

Situasi : Potong Barisan
Tempat : Pusat Beli Belah Tempatan
Pelaku : Remaja Perempuan Berkacamata Bingkai Putih.
Masalah : Potong Barisan.
Semasa aku meminta pekerja untuk menimbang beberapa barang, tetiba muncul seorang remaja perempuan maybe awal 20-an terus meletak barang timbanganya atas penimbang tersebut. Pekerja tersebut tengah membetulkan sticker harga.
Dalam hati mahu jer sindir, aku rasa darah dah naik kepala. Sabar. Relaks dulu. Kalau pekerja tu timbang barang perempuan tu, baru aku bersuara.

Nak dijadikan cerita, barang timbangan perempuan tu terjatuh coz plastik penuh.

Dia pun keluar ayat ni,"ops sorry".

Dalam hati dah, "Hah! Nasib ko!"

Selepas pekerja tu membersihkan tumpahan tu, terus dia alihkan barang tu dan meneruskan menimbang barangan aku. Bagus la kan. Beratur kena ikut GILIRAN.

Perempuan tu pun meletakkan barang selebihnya dan berlalu. Dan aku tak amik kisah.

Nota : Walapun kamu tu seorang perempuan, sila cuma sedikit tertib.

Published with Blogger-droid v2.0.1

24 Disember 2011

Masa aku buat test sarang burung ni, agak *tak boleh digambarkan la. Al-sedia maklumlah sarang burung ni kan mahal..Aku search internet kat SINI, harga yang paling murah la dalam senarai tu 1 KG = RM4,500!. Jadi, 1 Gram = RM4.5. Sampel yang aku wat test tadi ialah 31 Gram = RM139.50.
Setiap kali letak sampel tu, agak sentap la tengok barang mahal ni...huhu
Published with Blogger-droid v2.0.1
Nasib ler dapat sampel sarang burung yang telah dibersihkan (memang kena sampel siap pun). 
*Warghh! Masih tak dapat bayangkan sarang burung tu...............*speechless!!

Nak tau khasiat sarang burung walit di SINI

p/s : baru jer wat petang tadi, tunggu 2-5 hari baru dapat result....

21 Disember 2011

Setelah beberapa hari aku mencari satu nama untuk Projek Silibus ni, akhirnya ada la nama yang masih tiada di dalam pencarian Google, Bing dan Yahoo! Kemudian, Aku baru mendaftar Silibus untuk 'semester' untuk tahun 2012 ni..
Subjek : Webhosting
Yuran : RM115/year
Pengajar : Youtube, Google, Yahoo, (Internet), dan sesiapa yang sudi mengajar.
Saya masih 'junior' lagi dalam 'kelas' ni, kalau ada 'classmates' leh gak tunjuk ajar...

Nota Kaki :

Susah jugak nak cari satu nama unik yang tak terdapat di dalam memana enjin carian Google, Yahoo dan Bing.. Akhirnya ada la satu nama yang mempunyai Tiga sebutan.
Wajib ada perkataan "IX"-

13 Disember 2011

Alhamdulillah! Rezeki datang bergolek dengan di usung. 
[Durian ini di sponsored oleh Nazreen Abd latiff]
Nama durian ni secara tempatannya ialah Durian Jantung (maybe kerana bentuknya agak bujur macam jantung), anyway, isinya lemak berkrim, bitter-sweet!
Published with Blogger-droid v2.0.1
Di kawasan sekitar Raub ni sudah Musim Buah-Buahan, ada buah Langsat, Rambutan, DURIAN!, Petai pun banyak!
Apa yang di nanti-nantikan ialah DURIAN la! Tapi dah nak habis tahun ni, kata orang Musim Buah Durian dah sampai penghujungnya..
Murah..Murah sini..ada yang jual ikut Sebuah Biji = RM3, ada Jual ikut Kilogram; 1 KG= RM2-2.50. Kawan aku beli RM50 dapat la dalam 20+++ biji...

Nota: Kebanyakkan Durian sini adalah ORIGINAL, iaitu Durian kampung, takde kacuk-macuk yer...Segar dari Hutan. Menurut penjual Durian ni, Durian yang diorang perolehi kebanyakkannya daripada Orang Asli sekitar sini. Borong dengan harga agak murah la

12 Disember 2011

Pagi tadi baru jer tengah siap-siap sample Tanduk Rusa (Grinded) untuk buat test mikrobiology, tetiba bunyi telipon Unknown Number mengganggu ketenangan makmal..

Unknown : (Dengan suara agak tidak Melayu asli) "Hello, Ini dari Kilang Poweroot Bukit Jalil"
Aku : Hello
Unknown : Ini dari Kilang Poweroot Bukit Jalil, Ini No.SIM 01484xxxx4 kan?
Aku : (Dalam hati..) Pffttttt.....dan terus letak..LOL!

Menurut dari kawan kat Facebook sambungan dia camni lak :-
"Tahniah Cik, anda telah memenangi cabutan bertuah RM10,000..."
Dia kata diorang mintak nombor Bank.

Aku harap tak baca la Tajuk Utama Akbar yang bertajuk :
"Seorang xxx telah kerugian RMxx,xxxx kerana terpedaya dengan panggilan cabutan bertuah"

Nota : Tak sempat nak tanya mamat Unknown Poweroot tu 'Dah makan ke belom'?

11 Disember 2011

Kita familiar dengan lampu fluorescent, lampu LED, lampu kristal dan lampu isyarat. Tahukah semua, dengan simple teknologi dan idea dari sesetengah orang, AIR juga boleh menjadi sumber tenaga cahaya yang mampu menerangi sebuah bilik (dengan bantuan pantulan Cahaya Matahari) bersamaan dengan 50-60-watt mentol!
Fungsinya mudah. Isi lebih kurang 1 Liter air ke dalam 1 Botol plastik. Campurkan sedikit peluntur (bagi memastikan air itu sentiasa jernih dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma). Letak di atas bumbung rumah dengan 1/3 bahagian botol berada di luar. Dan biarkan cahaya matahari (maybe cahaya lain) memantulkan cahaya ke dalam seluruh bilik!
Di adaptasikan oleh seorang pelajar daripada Massachusetts Institute of Technology menumpukan pada "appropriate technologies," Lampu Botol Solar ini telah di pasang sebanyak 10,000 botol seluruh Filipina dengan bantuan organisasi Isang Litrong Liwanag ("A Liter of Light").
Rujukan:
Plastic Bottle Light Bulb
How Stuff Works
50 Watt Light Bulb
Plastic Bottle Bulb

10 Disember 2011

Sumber ini dari Blog Lasykar Langit dan Bumi.

Beberapa tahun lepas semasa mula-mula belajar Adobe Photoshop, aku tak tahu macam mana nak tambah jenis-jenis Font dalam PC/Laptop sehingga di bagitahu oleh former Housemates.

Langkah 1# Download Jenis Font di internet (Seperti yang di cadangkan oleh Lasykar Langit Bumi di LINK sini)
[Downloaded Files dalam format RAR/ZIP, Right click dan Extract Here RAR/ZIP dengan Software WinRAR/WinZIP etc.]
Langkah 2# Copy Extracted Files (Format *.TFF) dan Paste di dalam Folder Font di Control Panel.
[Start >>> Control Panel >> Appearance and Personalization >> Font ]

Refresh dan Buka memana Application yang menggunakan Font, cari Jenis Font baru dan Enjoy!

Note :  Sometimes you do not know something you do not know till someone tells you.

09 Disember 2011

DRAFT Wordless Wednesday
Quote #
I still remember this day.
The day you truly showed me your birtch-ness.

04 Disember 2011

Di Raub sekarang ialah musim Petai dan Durian. Pagi tadi di temani Alumni STCA HERBS; Nana dan Liza bersama Nazreen dan Haliza ke Pekan Sehari (Sari) yang diadakan setiap Pagi-Tengahari Ahad di sekitar tapak pasar Bandar Raub. Bila Orang Terengganu merantau mencari makan tengahari, terjumpa lak Nasi Dagang! Tambah lak musim petai, apa lagi kan~
Published with Blogger-droid v2.0.1
Ni first time makan Nasi Dagang untuk tahun 2011 ni kot, kesiann.. Pasni kena merantau kena blaja masak nasi dagang la, nanti takde la kempunan sangat.. Sesiapa ada resipi nasi dagang tak??

01 Disember 2011

Having dinner with sandwich-burger-like pattaya and Strawberry bliss...

Sambung layan Fright Night yang agak slow dia punyer jalan cerita...On bed...


P/s:update blog dah macam update facebook..ni la advantage Blogger-droid!


Published with Blogger-droid v2.0.1

26 November 2011

18 November 2011

Maybe pengetahuan aku kurang bahagian finacial/ ekonomi, tapi bila disebut *kad kredit*, bukan ker ia melibatkan hutang dengan bank?

Jadi, sesiapa yang boleh terangkan bagaimana konsep zakat melalui kad kredit ni? Bukan ker zakat ni mengikut kemampuan? Jika penggunaan kad kredit yang berlebihan boleh menyebabkan *muflis*.


Via android.


Zakat guna kad kredit


Published with Blogger-droid v2.0.1

15 November 2011

Wargh! Mata ni rasa pedih skit la. Maybe tido tak tentu kot. Semalam pun lepas layan budak praktikal dari tpm biotech kl, balik umah rehat jap then sambung tido jer.


Moh kiter minum kopi! Minum dalam bikar jer. Malas lak nak gi bilik pantry. P/s: lagipun sini memang ada 'sensory test' produk teh dan premix coffee. Kali ni sensory test personal.jer.


Nota: suka la guna blogger-droid htc ni, snap dan publish jer.i like!


Published with Blogger-droid v2.0.1

14 November 2011

Hari (14hb) ni baru genap sebulan aku kerja. Rasa seperti cepat je masa berlalu. Minggu ni kerja aku agak padat la. 7 hari bekerja dalam minggu ni (isnin-ahad). Ada jer overtime yang kena buat. Arini (ahad-isnin-13-14hb), paling lama overtime. Ni dah 3pagi masih tak siap lagi packaging tolong bahagian functional food (HACCP area) menyiapkan lebih kurang 26ribu sachet tea gaharu! Setakat jam 3pagi ni. Baki 12ribu sachet kena kira,packaging dan print.

Update via blogger-droid. Walaupn takde internet lagi, leh taip dulu sebelum dapat wifi pulang nanti terus publish je.

Wargh! Blom balik lagi! Dh jam 6.30pg ni.  Lebih kurang 15 jak kerja! Tapi aku dah biasa stay up dan biological clock untuk stay up pn masih berbaki, so, should not be a problem la.

,

Nota: stakat jam 4.20pagi; 14hb. Baki tinggal 8ribu sachet lagi. Esok ada budak praktikal kl nak datang melawat.huhu


Recent:still tinggal 5ribu sachets lg.huhu


Published with Blogger-droid v2.0.1

13 November 2011

Oleh kerana aku tersangat jarang update blog oleh sebab beberapa perkara yang tak dapat di elakkan. Maklumlah baru kerja, banyak lagi kena belajar daripada senior staff. Sebelum akhir tahun ni lak ada 2 external audit. Jadi kena kemaskan fail.

Okay! Back to the title: Aku terfikir untuk membuat Blog Contest untuk mengisi Blog Personal ni tapi masih tiada idea. Sebelum ni pun aku ada 'buang tabiat' Blog Contest : First Cerpen.
so...ANYONE??? Idea? Hint?

Nota : Dan aku agak pasti ada hadiah since dah ada income dari kerja ni..hehe! Berminat tak?? Jeng..jeng..jeng...

10 November 2011

Testing update blog via blogger-droid! Hehe.

Model apa ek? Next update dengan detail lagi. Letih jer srini. Semalam dah la overtime sampai 2.30 pagi. Masuk keje arini kul 9 pagi. Ngantuk dan letih gak. Huhu


Published with Blogger-droid v2.0.1

08 November 2011

Setup your video download library with Maxis Home: So how fast is 30Mbps? Surf without lag, YouTube by just pressing

(Source : Says.my)
#MalaysiansMustKnow: What if your car is damaged and broken into at a shopping mall. Is the shopping mall liable?: We might have been taken advantage of our legal rights in the past without us knowing it. Your car broken into and damaged at a shopping mall, being overcharged for a repair, received unjustified summons, or salaries being witheld... Legal advice and support would be a big help in scenarios like these…

(Source : Says.my)

06 November 2011

Dah hampir 10 hari dah tak update blog ni sejak selepas 1 minggu di tempatkan di Pusat Biotek Herba, TPM Biotech Raub. Nak kata banyak kerja tu takde la jugak, tapi sepanjang berada di Raub tu paling awal yang aku balik kerja dalam jam 6.00 petang la... Yang paling lewat lak dalam jam 01.30 pagi.. Tu pun coz semua staff di kerah tenaga untuk menyiapkan barangan customer yang banyak giler aku cakap!! Dah la bagi tarikh seminggu jer..pastu masa cuti raya la...

Customer tu nak 9 item, 7 item memerlukan 600 botol setiap per item dan 2 jenis item memerlukan 120 botol.. Yang balik jam 01.30 pagi tu baru jer siapkan 3 item, total botol 1800 botol secara manual!! Walaupun training sebagai Executive. Kena la ada empathy gak tolong-tolong anak buah (bakal).

Salam Aidil Adha 1432H kepada semua!!
Kali ni aku beraya aidiladha di Shah Alam bersama kawan aku dan hosmates beliau jer.. Aku malas nak balik Terengganu coz cuti 3 hari jer..Banyakkan habis masa dalam Bas jer la..
Katakan : Balik Kerja dari Raub ke KL sampai Jumaat Malam, (Kalau ada tiket) Naik Bas ke Terengganu sampai Pagi Sabtu, Rehat di rumah sampai ahad Malam bertolak ke KL sampai pagi Isnin pastu ker Gombak tumpang kawan sekerja ke Raub sampai Lewat petang. 
Anggaran masa dalam kenderaan : 10 Jam Pergi, 10 Jam balik.

Pagi tadi masak spageti dan solat di Surau depan taman ni jer, walaupun tak padat tapi boleh la...5 ekor lembu bertelinga panjang, nak kata cute ker comel tapi tetap menjadi korban..

Esok hari isnin kembali Bekerja ke Raub, Pahang.

Nota : Nasib ler dapat claim OverTime (OT),,huhu~ Kumpul duit sebelum berhijrah nanti....huhu~

p/s: tak cite lagi pasal Audit SK1M (Sijil Kesihatan 1 Malaysia) LOL!
First time beraya aidiladha di perantauan.. takde sedih sangat lagi coz ada kawan-kawan...

26 Oktober 2011

Jom makan Mr.Ix's Pizza dan ianya hanya ada di Amer + Ashraf!!
 Amer + Ashraf ni adalah karya Novel/Cerpen Blogger Asrul 'Ilham'. Ada beberapa Blogger yang menjadi Cameo atau watak jemputan (lebih kurang) dalam karya blogger ni dan salah seorangnya ialah Mr.Ix yang jadi tokey Pizza!! Aku tak sempat baca keseluruhan lagi.. Untuk peminat/pembaca cerpen/Novel leh la review karya ni yer....

Part 1 Syrena ` syawal : http://ilhamology.blogspot.com/2011/08/syrena-satu-syawal.html
Part 2 Drama : http://ilhamology.blogspot.com/2011/09/drama.html
Part 3 Fashionista : http://ilhamology.blogspot.com/2011/09/fashionista.html
Part 4 Catfight : http://ilhamology.blogspot.com/2011/10/catfights.html

25 Oktober 2011

Alhamdulillah.
Setelah seminggu ditugaskan (Lapor diri dan berkenalan dengan Cawangan KL) di 'HeadQuarter' KL, akhirnya aku kembali ke cawangan Raub semula! Bersama 2 orang rakan sekerja.
Suasana memang amat beza. Bergantung kepada individu sendiri la..
Sepanjang 1 minggu di KL, aku kena:-
  • Kerja start jam 9 pagi tapi kena bertolak awal dalam jam 7 pagi. Sampai di tempat kerja dalam jam 8.15 pagi. (Pergi Matahari terbit, Balik Matahari terbenam)
  • Berkurung dalam LRT, bersesak dengan jem jalan raya, dan dalam LRT.
  • Bersarapan di tempat kerja.
  • Bak kata kawan aku,"Nak gi kerja stress jem, kat kerja pun stress, balik kerja pun stress jem".
  • Di KL aku memang kekurangan air, kena beli air mineral coz tak tahan telan air paip yang di masak. Maybe coz filter paip dah lama. Rasa agak berkeladak..
  • Perbelanjaan KL memang agak tinggi, semuanya perlukan duit. bagi aku yang tak seberapa ni maybe tak tahan la walaupun 1 minggu jer merasa suasana kerja di KL.
  • Aku kena ulser coz kurang air dan terdedah aircond 9pg-5pm. Sakit bila kena kat lidah dan gusi.huhuu
 Di Raub pula, tak dapat komen lagi coz baru jer ahad baru ni sampai sini, rumah yang disediakan pun belum sempat kemas semuanya. Apa pun selesa la, di kelilingi suasana hijau, tenang, Dengan kemudahan Internet as Other World. Its OK for me.

p/s : Tengok 1 minggu di sini camne baru leh komen.

Nota : Menikmati kemudahan di Raub sebelum pertama kali jejak kaki dan bermastautin di Perlis tahun depan!

20 Oktober 2011

Bila dah mula kerja ni perlukan banyak motivasi untuk meneruskan kerja dan bersabar untuk jangka masa panjang. Kalau di sini, Quote dari Steve Jobs memang akan kelihatan di meja-meja staff, kat office, dan agak memberi inspirasi untuk pekerja. Dan I LIKE!
“Sometimes life hits you in the head with a brick. Don’t lose faith. I’m convinced that the only thing that kept me going was that I loved what I did. You’ve got to find what you love. And that is as true for your work as it is for your lovers. Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle. As with all matters of the heart, you’ll know when you find it. And, like any great relationship, it just gets better and better as the years roll on. So keep looking until you find it. Don’t settle.”
-Steve Jobs, 2005 Stanford Commencement Speech
Jadi renung-renungkan untuk pekerja yang selalu merungut tentang kerjanya. Kalau korang merungut, bukannya boss yang dengar, orang yang tadah telingan gak yang naik menyampah.

Note : Read Quotes from Steve Jobs that might inspire you~ #1 : Quote here! and #2 : Here! too~

19 Oktober 2011

Kindergarten Percuma untuk anak anda, macam mana nak dapat?:
Video infomercial tentang Prasekolah daripada GTP Program Transformasi Kerajaan.
Get the highest savings interest rate in town: Open a Standard Chartered e$aver or SuperSalary account in october and maintain a minimum average daily balance of RM3,000 and get a special interest rate of 5% p.a. for the bonus period. On top of that, you can even get a Limited Edition Dulce Gusto Coffee Machine or a 42
Unbelievable, Papa John's set meals at RM9.90 and Free drinks at Capriciossa!: Share more moments of laughter with your friends over a tantalising lunch. With Standard Chartered Card, savour your favourite flavours every day and enjoy more of The Good Life™. Find out more about the dining offer choices.

15 Oktober 2011

HALFEST 2011 atau Halal Fiesta merupakan Pesta Halal Malaysia yang pertama diadakan pada 2011 ni. Ia bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur pada 12-16 Oktober 2011 bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam.

ha;fest_homosapiensz[dot]com

Jadi sesiapa yang mempunyai kelapangan, ingin tau dah masa terluang boleh lah datang ker Pesta Halal Malaysia ni! Memang kita tau yang industri halal merupakan industri yang penting bagi makanan terutama bagi umat islam kerana ia menitik beratkan isu kebersihan dan kesihatan.

Untuk Maklumat lanjut boleh layari Laman Web HalFest ni.

Tak pasti ada artis tak, tadi bukak web tu ada gak terkeluar kat celah page tu muka Siti Nurhaliza, Shiela Majid, Ziana Zain dan Upin Ipin. (Amboi! sebut artis terus bukak mata yer… tapi betul la..aku ada nampak muka artis tu celah page..tengok la sendiri yer..)

Nota : Kalau nak jupe orang yang bajet artis ada gak! Try cari Booth TPM Biotech Sdn. Bhd (Booth 1009 dan 1112). pastu intai la Ixbarr Abdullah (Aku), Nazreen dan Haliza yer (Coursemates STCA RAUB)…Insya-allah esok (15/10/11) kitorang akan jaga Booth TPM Biotech tu.. Jumpa di sana!!

p/s : thanks bagi yang komen entry lepas pasal First Job (Official) tu, nanti aku jejak balik yer blog korang bila line internet dan kerja dah okay skit.. Untuk Pengkomen entry lepas2 pasal tutorial aku tak approve lagi coz nak singgah balik blog korang. (kan dah cakap blogger ni bajet artis, datang lah PWTC esok nak mintak autograph yer…)

12 Oktober 2011

Setelah sekian lama menunggu! Akhirnya terima jawapan gak daripada Technology Park Malaysia (TPM) [Interview Express yang aku telah Post haritu]
Selepas ni dengan bangganya menjadi sebahagian daripada Staff (walaupun kontrak jer since tidak mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan) TPM ni! Syukur alhamdulillah! Lepas ni Selamat Tinggal Terengganu Kiter! Berhijrah lah ke negeri lain la menjadi seorang yang bermastautin.
Aku syukur sangat-sangat dan semua ini adalah hasil internship tajaan Malaysian BiotechCorp iaitu STCA (Special Training in Critical Area), satu program extension julung kali diadakan daripada BeST (Biotechnology Entrepreneurship Special Training). Program Internship ni memang bagus untuk fresh graduate coz ia dapat mendedahkan fresh graduate yang 'blurr' macam aku ni ke dalam situasi kerja yang sebenar.
(Aku belum baca lagi Bajet 2012, tapi sepintas lalu ada kalau tak silap sebut pasal Program Intership ni, jadi ia memang suatu yang bagus la.)
Update before naik bas ke KL tonight! Jumaat ni akan ambil offer letter dan lapor diri di Head Quarter (HQ) Bukit Jalil dan dengar kata akan diperkenalkan kepada semua staff. So Exciting kan.. 
My First Official Job!! 
(setelah sekian lama graduate~kawan lain dah konvo habis master dah, aku baru jer nak kerja.)

Nota : Klik SINI nak baca Catatan Praktikal di MARDI (Program BeST)

p/s : Naik Bas Transnasional Jam 10 Malam; 12/10/2011. Dari Kuala Terengganu ke Hentian Putra, Kuala Lumpur. Harga Tiket RM40.20.
(Nota : Cuma 'Blog This' daripada Blog Free Download Movies untuk 'Download Later')

Avatar 3D (2009) BluRay 720p Half SBS MKV Mediafire:
::INFO::

File Name : Avatar 3D (2009)

Genres : Action | Adventure | Fantasy

Size : 1GB Mkv



Synopsis



A paraplegic marine dispatched to the moon Pandora on a unique mission becomes torn between following his orders and protecting the world he feels is his home.




Download:





Sumber:

FREE DOWNLOAD MOVIES

10 Oktober 2011

I already Googled this 'Tangled' wallpaper and it is the same, maybe you not realised it at first. Then when you saw this discovery, and you'll notice.
disney, tangled
Actually Disney cartoons were discovered the same issue as i can recall and read it somewhere.
[Source : DamnLOL]

07 Oktober 2011

Nota : Tutorial ini di pinjam daripada Blogger Coretan.Kuh!

Pernah aku berblogwalking dan ternampak ada sesetengah blog mempunyai iklan yang terapung-apung kat dalam dia punyer blog. Tercari-cari gak tutorial wat camtu tapi tak jumpa..Akhirnya terjumpa tutorial yang di-ping leh Blogger Coretan.Kuh! ni

Step 1 : Dashboard > Design > Page Element> Add Gadget > HTML
Step 2 : Lepas tuh copy code dibawah ni.
<div id="cry" class="textwidget">
<div class='widget-content'>
<div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 5px;">
<p align="left">
<a href="#" onclick="document.getElementById('cry').style.display = 'none';">
<img src="http://3.bp.blogspot.com/_7DHf8RFiGkg/S8Ym1ot4qeI/AAAAAAAAATk/GRGxFp9w5ho/s320/close.jpg" />
</a></p>
LETAK KOD LEATHERBOARD NUFFNANG ANDA DISINI
</div></div></div>
Paste kan Kod Leahtherboard Iklan anda di situ.
Nota : Kalau anda ada gadget lain yang nak wat terapung, cuma Paste jer kat Kod Leahtherboard Iklan tu.

Step 3 : Click PREVIEW, kalau takde error, tekan SAVE.

TIPS: Bahagian tulisan warna merah tuh korang boleh ganti dengan image close yang korang nak/ Boleh wat sendiri kalau rajin.

Sumber Tutorial ini diperoleh daripada Blog Coretan.Kuh!
Aku baru jer dapat tau yang Lagu Cari Jodoh - Wali Band juga di nyanyikan semula (cover) oleh seorang artis Maltese (Malta) di Blog Yaya Azura. Boleh tahan jugak mamat ni nyanyi English Version Cari Jodoh ni!
Sila dengar sendiri yer..Maybe yang original version 'Cari Jodoh - Wali Band' lebih baik kot.

FABRIZIO FANIELLO - I No Can Do Lyrics



FABRIZIO FANIELLO - I No Can Do LyricsI walked on the street
When of all the friends i meet
Is the one, one who is with you

He says to coming now
Come to dinner come to town
In my girl, what am i to do?

No one knows, in my heart it’s you
No one knows, my heart belongs to you

I coming on my own
And i say my girl is home
But i know, know it doesn’t true

When i said it face to trace
And i want to live this face
Cause i have only eyes for you
I’m afraid i’ll betray it soon
I’m afraid that I’ll betray it soon

[reff]
I no can do, i no can do
I cannot open up my heart
Along that side to the night and send my tears to the stars
I tell the moon how i feel but never knew
I no, i no can do

[***]
I no can do, i no can do
But i am sure how i feel
You are the one that i love
The moon, the stars no doubt it’s real
but never you, cause i no more heart to steal
I no can do, i no can do

I’m going back inside
and pretend that i’m alright
But you knew, knew must spinning around

It’s hard for me to say
Saying everythings okay
Cause i see, you have someone now
And my love, never will be found
And my love, it never will be found

Back to [reff]
Back to [***]

04 Oktober 2011

Dato' Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM – juga di kenali sebagai Shaykh Afifi merupakan KFAS Felo dalam Pengajian Islam di Oxford Centre  for Islamic Studies dan Islamic Centre Lecturer in Islamic Studies di Faculty of Theology, University of Oxford, dan merupakan Fellow of Worcester College, Oxford. Beliau merupakan Orang Melayu pertama yang di berikan jawatan tersebut di Universiti terkenal dunia ini. Beliau juga mendapat liputan media yang meluas di seluruh pelusuk dunia.
Dr.Al.Akiti juga tersenarai dalam Top 500 Muslim Paling Berpengaruh pada 2010. 
Pada 2011, Dato' Dr Afifi Al-Akiti telah di anugerahkan Darjah Paduka Mahkota Perak di mana ia membawa kepada pangkat "Dato'".[Translate from Wikipedia]

Dato' Dr Muhammad Afifi al-Akiti
Di lahirkan di Batu Gajah, Perak.
Mendapat pendidikan asas di beberapa sekolah selangor, sekolah pondok dan madrasah.
Mampu menguasai 7 Bahasa : Bahasa Melayu, Arab, Perancis, Inggeris, Jerman, Klasik Barat (Latin dan Yunani)

Walaupun tidak berkhidmat di negara sendiri, tapi pengorbanan beliau berkhidmat untuk agama lebih besar di sana. Semoga khidmat beliau di sana membuka mata barat tentang islam dengan lebih meluas. Dengan pengetahuan beliau dapat menterjemahkan pelbagai kita-kitab lama untuk agama dan bangsa masa kini.

Facebook Page Dr.Afifi al-Akiti
Wikipedia Dr.Afifi al-Akiti
Other Link Dr.Afifi al-Akiti

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?


Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah. 


Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu. 


Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

by: Shuhairazi Janudin [Source : Facebook]

Nota : Sesetengah jawapan perlukan perbandingan kehidupan sebenar.

01 Oktober 2011

Sajer je takde ke mengerjakan kerja update blog ni pada : 011011
Iaitu 01 Oktober 2011

Next tarikh yang agak-agak sama Bulan ni.:
011011
101011
111011
20102011
21102011
(ada lagi tak?)

Kalau masa lak :
011011, Jam 00:01
011011, Jam 00:10
011011, Jam 00:11
011011, Jam 01:10
011011, Jam 01:11
011011, Jam 11:10
011011, Jam 11:11 (*Selebihnya fikirkan sendiri yer..)

Nota : Memang aku dah takde kerja nak update entry camni..Kesian..Jom layan movie..
So, Korang ada nak buat sesuatu SPECIAL hari ni??

Cuba baca Code ini.HAHAHA!! Maksudnya : www.homosapiensz.com ; Aku terjumpa masa cari pasal code 0 dan 1 ni.
01110111011101110111011100101110011010000110

11110110110101101111011100110110000101110000

0110100101100101011011100111001101111010001

01110011000110110111101101101
 p/s : Kalau 011011 maknanya ' ' ..hahhahha!

30 September 2011

Keutamaan Puasa Enam Hari Bulan Syawal
Apa hukumnya puasa enam hari bulan Syawal, apakah wajib?

Puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa wajib bulan Ramadhan adalah amalan sunnat yang dianjurkan bukan wajib. Seorang muslim dianjurkan mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal. Banyak sekali keutamaan dan pahala yang besar bagi puasa ini. Diantaranya, barangsiapa yang mengerjakannya niscaya dituliskan baginya puasa satu tahun penuh (jika ia berpuasa pada bulan Ramadhan). 

Sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadits shahih dari Abu Ayyub Radhiyallahu 'Anhu bahwa Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan puasa enam hari bulan Syawal, berarti ia telah berpuasa setahun penuh."
(H.R Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Rasulullah telah menjabarkan lewat sabda beliau:
"Barangsiapa mengerjakan puasa enam hari bulan Syawal selepas 'Iedul Fitri berarti ia telah menyempurnakan puasa setahun penuh. Dan setiap kebaikan diganjarkan sepuluh kali lipat."

Dalam sebuah riwayat berbunyi:
"Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali lipat. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun."
(H.R An-Nasa'i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).

Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dengan lafazh:
"Puasa bulan Ramadhan setara dengan puasa sepuluh bulan. Sedang puasa enam hari bulan Syawal setara dengan puasa dua bulan. Itulah puasa setahun penuh."

Para ahli fiqih madzhab Hambali dan Syafi'i menegaskan bahwa puasa enam hari bulan Syawal selepas mengerjakan puasa Ramadhan setara dengan puasa setahun penuh, karena pelipat gandaan pahala secara umum juga berlaku pada puasa-puasa sunnat. Dan juga setiap kebaikan dilipat gandakan pahalanya sepuluh kali lipat.

Salah satu faedah terpenting dari pelaksanaan puasa enam hari bulan Syawal ini adalah menutupi kekurangan puasa wajib pada bulan Ramadhan. Sebab puasa yang kita lakukan pada bulan Ramadhan pasti tidak terlepas dari kekurangan atau dosa yang dapat mengurangi keutamaannya. Pada hari kiamat nanti akan diambil pahala puasa sunnat tersebut untuk menutupi kekurangan puasa wajib.

Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam :
"Amal ibadah yang pertama kali di hisab pada Hari Kiamat adalah shalat. Allah Ta'ala berkata kepada malaikat -sedang Dia Maha Mengetahui tentangnya-: "Periksalah ibadah shalat hamba-hamba-Ku, apakah sempurna ataukah kurang. Jika sempurna maka pahalanya ditulis utuh sempurna. Jika kurang, maka Allah memerintahkan malaikat: "Periksalah apakah hamba-Ku itu mengerjakan shalat-shalat sunnat? Jika ia mengerjakannya maka tutupilah kekurangan shalat wajibnya dengan shalat sunnat itu." Begitu pulalah dengan amal-amal ibadah lainnya." H.R Abu Dawud

Wallahu a'lam.
Islam Tanya dan Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

(Sumber : http://www.islamqa.com/id/ref/7859)

28 September 2011

Melaka - Kemunculan semula satu spesies ketam yang jarang dijumpai di sepanjang pantai di sini telah menyebabkan satu keriuhan kalangan rakyat, terutama orang Kristian, ia disebabkan kerana ketam tersebut mempunyai tanda berupa Salib pada cengkerangnya.

Krustasia ini, atau nama saintifik Charybdisferiatus, ialah satu spesies Malacostraca dan selalu ditemui dalam perairan Malaysia dan Indonesia.
Ia dilaporkan terakhir dilihat di Selat Melaka dalam 1960s.

Seorang nelayan yang memegang Ketam jarang dijumpai (Kiri) bersebelahan dengan Ketam biasa (kanan). Ketam tersebut dilaporkan dilihat kali terakhir di Selat Melaka sekitar 1960-an. [Sumber : The Star]
Menurut Pembangunan Luar Bandar Negeri dan Pengerusi Panitia Agrikultur, Datuk R.Perumal berkata negeri itu akan meminta Jabatan Perikanan untuk merekod dan memerhatikan pendaratan ketam yang jarang ditemui tersebut.
"Kami akan memulihara ketam tersebut dengan membiakkannya", Tambah beliau

Seorang Ahli Biologi Marin yang enggan dikenali berkata, ketam tersebut menjadi jarang dijumpai akibat pembangunan yang pesat sepanjang pesisiran pantai negeri yang mengakibatkan kemerosotan Hutan Paya Bakau di mana ketam-ketam tersebut hidup.

Klik mana Iklan untuk sumbangkan pada www.homosapiensz.com

 Jika anda seorang pekerja. Mungkin baru mendapat kerja. Atau baru sahaja setahun bekerja. Mungkin 2 tahun bekerja. Korang dah berfikir ke belum pada umur berapa mungkin anda bersara? Sampi umur 70 Tahun tak? Kalau berkemampuan apa salahnya kan. Mungkin cucu cicit dah masing-masing besar, tak comel dah nak main-main. Agak-agak bosan tak duduk umah je..
Mungkin menghampiri 70 tahun ni masa untuk berehat di rumah, mula nak ke masjid, baru nak pergi haji, umrah bagai kan..

MEF: Pekerja swasta boleh kerja hingga 70 tahun jika ‘layak’

 Petikan Yahoo News:
Oleh G Manimaran
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Majikan sektor swasta boleh menggaji seseorang sehingga umur 70 tahun jika pekerja terbabit memenuhi keperluan organisasi masing-masing walaupun undang-undang baru, yang sedang digubal bakal menetapkan had persaraan mandatori 60 tahun, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).
Pengarah Eksekutifnya Shamsuddin Bardan berkata, undang-undang baru itu menetapkan umur persaraan mandatori 60 tahun berbanding 55 tahun sekarang tetapi pekerja-pekerja yang diperlukan boleh berkhidmat selagi berupaya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mengikut kontrak perkhidmatan.
“Undang-undang baru ini hanya menyediakan had mandatori bersara 60 tahun, tetapi jika ada  yang boleh bekerja sehingga 65 atau 70 tahun, masih boleh... bersandarkan kesediaan dan keperluan pekerja dan majikan masing-masing,” kata Shamsuddin kepada The Malaysian Insider hari ini. (Bacaan Lanjut)

 Kita tak tahu bagaimana masa depan kita. Mungkin sudah boleh bayangkan la. Apa pun dengan skrip yang biasa "Kita Hanya Merancang, Tuhan Yang Menentukan". Tapi kena ingat jugak, Tuhan juga menentukan perancangan kita berdasarkan usaha, amalan kita. Takdir ni ada dua; Satu Takdir yang tetap (seperti Maut) dan satu lagi Takdir yang boleh berubah (seperti Masa Depan yang berlaku atas usaha, amaln kita)

 
Klik Memana Iklan untuk sumbangkan pada www.homosapiensz.com

27 September 2011

Semalam, 26/08/11 sekitar jam 11:30 malam, aku sedang membonceng motorsikal, baru je pulang dari kedai coz Mama kirim beli telur dan roti. Biasalah kalau bawak motor tengah hujan rintik-rintik di malam hari agak ralit (leka) juga la. Aku bawak terus jer sampai aku perasan dari jauh ada beberapa orang seolah  melambai-lambai jer sambil menjerit suruh berenti. Aku pun segera menekan brek secara kecemasan. 

Oleh kerana jalan raya yang licin, brek begitu jer memang tak berkesan, dah brek pun tayar masih menggelincir menghala ke sebatang pokok yang tumbang tengah jalan tu...huhu~ Nasib baik ler tak masuk terus dalam pokok tumbang tu, tapi tak berapa nasib baiknya aku yang jatuh atas jalan raya tu. Tersungkur.
[Kamera hanset jer] Pokok yang tumbang, habis pecah telur yang Mama kirim..huhu~
 Sesudah tersungkur atas jalan raya, nasib baik la pakai helmet dengan selamat dan aku cuma menongkat dagu jer kena jalan. Nasib aku entah la nak kata baik ke tak. Menurut penduduk yang ada sekitar tu, ada sebuah kereta yang memang tak perasan langsung pokok tumbang ni dan terus..zaaassss!! masuk celah tu....!!

Nak tunjuk luka jer...Takde feeling gaya model yer.
Inilah hasilnya yang aku dapat pada malam tu ..hehe~ aku ni memang slalu bergambar...Sabar jer la yer~
Masa aku jatuh tu, aku terduduk jap, nak redakan bengang kepala dan sakit rahang aku. Motorsikal cuma pecah cermin dan lampu jer. Tapi boleh bawak lagi balik rumah melalui jalan kampung lain..

Selepas balik rumah tu, biasa la..terus masuk bilik capai kamera digital dan terus snap..snap..snapp...! Selepas snapp..snapp..tu baru ler aku cek luka tu teruk ke tak.. Nampak luka kat tangan ok jer..basuh dengan air suam jer..tapi kat dagu jer yang agak dalam..So Mama cadangkan aku pergi jahit luka di Hospital Sultanah Nur Zahiran Bahagian Kecemasan.

Sampai jer sana, daftar kat kaunter dengan bayaran RM1 jer..tunggu kejap jer then terus dipanggil masuk bilik. Kemudian Doktor tu soal siasat jap. (Dan aku menjawab dengan jujurnya, ada lesen, pakai helmet) . Kemudian cek luka bahagian dagu aku, tekan-tekan skit dan memang kena jahit la.
Baru sampai rumah.. Nurse tu tampal lagi taknak terdedah masa perjalanan. Luka pun aku rasa dah bersih dah
 Nurse pun amik masa skit siapkan barang-barang untuk jahit dan cuci luka, kemudian bermula lah sesi menjahit, letak ubat bius skit. Masa nurse tu jahit agak gak rasa macam jarum halus masuk dalam kulit ni, Tapi rasa tu kejap jer lepastu Nurse tu terus ikat jahitan.
Dagu aku ni memang tak rasa sakit langsung sejak jatuh motor tadi, rasa kebas lagi...so, bila nurse tu cek kedalaman luka, cuci luka dan cucuk ubat bius, memang tak rasa sakit sangat la.

Selepas jahitan ke-2, aku bertanya kepada Nurse tu,"Kalau saya amik gambar ke video ke boleh tak?" (aku memang dah prepare kamera digital dalam poket ni..siap dah On)
Nurse tu pun menjawab dengan sopannya,"Tak yah la dah nak habis ni, lagipun memang kami tak benarkan amik gambar sini"
(dengan agak kecewanya, aku masukkan balik kamera dalam poket..)
Aiiseyy!! melepas korang nak tengok aku kena jahit luka buat kali pertamanya...huhu~
3 Jahitan...camtu ke orang kira??
 Tada! Jahitan luka aku yang pertama!! 02/10/11 ni kena gi memana klinik untuk bukak jahitan ni..

Nota : Baik betul pakcik rumah tepi tu, sanggup tolong kutip telur yang masih berisi dan boleh diselamatkan untuk bagi kat aku bawak balik, walaupun aku tinggalkan gitu jer..

p/s #1: sakit rahang lagi nak mengunyah ni...huhu.kena kunyah perlahan-lahan la...
p/s #2 : Jambu lah aku kena cukur janggut sejemput ni....hehe
Tolong Review Blog Saya di Alexa~
 Review http://www.homosapiensz.com/ on alexa.com

26 September 2011

Selepas confirm jer Says.my telah bank-in kan Cash-Out earning aku, aku memang dah lama teringin untuk membeli seutas jam ni. Kalau nak shopping sorang-sorang tak best lak, jadi aku ajaklah Mr.Ejaq bersama Mr.C1over beliau untuk usha-usha Jam Pertama aku dengan hasil online (actually ni adalah Jam pertama aku yang agak bernilai..)
 Setelah 2,3 kedai kami usha di sekita Mydin Mall dan Giant, akhirnya aku mengambil keputusan seutas jam yang mempunyai warranty dari Time Galerie.
Jenama Technum (aku Google tak jupe lak brand ni...takper la.)
 Walaupun jenama Technum ni aku tak jumpa masa Google, aku pilih jam untuk Long-term ni coz Affordable (Bawah budget RM100) , ada Dual Time (Analog dan Digital), Design Jiwa Muda dan mempunyai Warranty setahun (Tambah RM5 jadi total 2 Tahun Warranty)

Close-Up
 Pilihan warna, Biru, Kelabu dan Yellowish-orange
Dan aku pilih warna biru!

Shopping tak habis lagi dengan Cash-Out Says.my ni... Dulu aku dah posting pasal Malaysia IT Fair yang diadakan  di TTC dan telah berakhir pada 24 Sept.2011 lepas, Aku sempat lah singgah untuk mencari Headset (seperti aku posting dulu)
 Kawan aku cadangkan aku beli headset brand 'Sonic Gear', aku dah try beberapa hari ni ok gak la dia punyer sound dan microphone. Warranty 1 Tahun.

Via Facebook
Via Twitter
 
Klik Memana Iklan untuk sumbangkan pada www.homosapiensz.com



Tolong Review Blog Saya di Alexa~
 Review http://www.homosapiensz.com/ on alexa.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com