Reply Kepada Soalan Umi melalui Shoutbox Blog saya : 
 
Soalan : umi: nak tanya..macam mana nak pergi kursus2 spt yg ditunjukan tu ya..
Reply/Komen :  Semua yang ditunjukkan tu ialah tugasan yang saya lakukan/perhatikan sepanjang praktikal di Stesen MARDI K.Terengganu 1/8-31/10/2010. 

Sepanjang pengetahuan saya menjadi pelatih di sana, MARDI menyediakan latihan untuk para usahawan yang berminat untuk mengikuti kursus dengan bantuan para Pegawai Penyelidik berkenaan. 
Untuk Umi nak mengikuti kursus di MARDI, Umi boleh sendiri pergi ke Stesen MARDI yang menyediakan/mengkhususkan penyelidikan tersebut. Contoh : Stesen MARDI K.Terengganu menurut staff di sana mengkhususkan bahagian Produk Ikan (Seperti : keropok, nugget ikan, bebola ikan etc.). Tetapi di Stesen MARDI K.Trg mempunyai pegawai yang berpengetahuan dalam Produk Berasaskan Buahan (Seperti : Kordial Buah, Minuman Buah, Jeruk, Halwa, Jem Buah), Teknologi Makanan (Pembuatan mee kuning, Laksa, Maruku, Jeli Buah etc)

Jadi, Untuk Umi saya cadangkan: 
- Kenalpasti Stesen MARDI mana yang menawarkan kursus yang berminat. Saya tengok Blog umi membuat kek, kuih muih etc.
- Hubungi Stesen MARDI/Pegawai yang berkenaan. (Pergi sendiri ke Stesen atau telefon)
- Maaf, Saya sendiri sebagai pelatih (3 bulan) sana tak pasti Stesen mana yang menawarkan kursus berkaitan kek, kuih etc. tapi dengar khabar memang ada Stesen MARDI yang menawarkan Kursus Pembuatan Kek, Kuih etc ni.

Menurut Staff sana, MARDI mempunyai pengkhususan yang berbeza mengikut stesen. Semasa di Stesen MARDI K.TRG, peserta yang datang secara:
- Rawak -perseorangan- (perlu appointment terlebih dahulu) <--biasanya Usahawan ni buat temujanji dengan Pegawai untuk mendapatkan khidmat nasihat/tunjur ajar yang betul mengikut undang-undang permakanan/komersial.
- Kumpulan <--Usahawan ni datang secara kumpulan dan pegawai tersebut membuat demo serta beri peluang kepada Usahawan untuk praktikal mengikut kursus yang ditetapkan. Biasanya hanya 1 hari (lebih kurang 4,5, jam untuk mengajar beberapa jenis produk)

Untuk kepastian, Sila Rujuk di Laman Web Rasmi MARDI sini

P/S: Komen yang saya balas merujuk kepada pengetahuan saya sepanjang praktikal 3 bulan di Stesen MARDI Kuala Terengganu bawah Seliaan, Hajjah Che Rahani Zakaria, Pegawai Penyelidik Prinsipal yang mempunyai pengalaman, kepakaran dalam Bidang Teknologi Makanan. (Terutama berkenaan produk Buah). Mungkin terdapat institusi lain yang menyediakan Kursus Pembuatan Kek, Kuih etc. Seperti YPK (Yayasan Pembangunan Keluarga, Majlis Bandaraya etc)

[Jika terdapat salah informasi, sila tunjukkan yer....]
(Kalau korang nak tengok/tempah kek, muffin, kuih ker leh tengok Ummi's Oven ni.... )

p/p/s: 4:25 AM...Macam-macam fikir....huhuu! TT__TT
Laki yang bagi WARNING! jangan kacau 'awek' dia dah Minta Maaf melalui SMS