Pagi tadi aku berjaya menghadirkan diri ke MTeST KPLI untuk kali ke dua bagi Pengajian Sains SJKC. Pagi tadi aku bangun awal daripada biasa, setelah menyiapkan diri fizikal dan mental, Engine Started! Go!!
Menuju ke IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, 21020, Kuala Terengganu. Agak sesak jugak ngan para calon ni, terutama apabila ingin menyemak tempat kedudukan untuk dalam dewan.

 
Bagi aku, kali ini sistem peperiksaan agak tidak sistematik (berusaha menyusun ayat...) berbanding kali pertama MTeST dulu. Jadi, banyak masa terbazir hanya ingin menyemak, tandatangan dan mengetahui tempat duduk.

Masa kat sana, terjumpa ex-senior aku tapi dia amik J-QAF, lulusan Mesir la katakan..Aku Terengganu ni jer.., (masa 1st MTeST dia ada gak), Kawan BeST dan Mak Saudara aku yang sebaya (sekelas ngan mak sedara masa Darjah 3 dulu). Kali ini MTeST berjaya aku tempuhi dengan tenang dan yakin. Soalan yang di jawab walaupun ada 2,3,4,5,6 soalan yang kurang pasti TAPI jawapan kali ini lebih yakin. (tak la macam dulu yang merapu-meraban skali coz tak tau jenis soalan...)

Masa : 2 Jam 30 Minit
Bahagian : 5 Buku Soalan (30 Minit setiap Buku)
Buku A : INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) (135 Soalan)
Komen : Walaupun 135 Soalan, Soalan yang dikemukakan lebih kurang soalan kaunselling, sahsiah la. Jawab dengan spontan yer. Tak perlu dilemma.

Buku B : Kuantitatif (30 Soalan)
Komen : Soalan asas Matematik katanya, dah la aku ni jenis lemah Math, tapi berbanding dengan MTeST pertama, aku berjaya menjawab dengan cool down jer..Cuma satu soalan jer yang aku shoot coz kelemahan mengira aku sendiri. Huhu~

Buku C : Bahasa Inggeris (25 Soalan)
Komen : Bahasa Inggeris aku pun still lemah lagi, tapi still dapat manage jawab semua soalan dengan cool down ice-ice baby ^__^

Buku D : Analitikal (20 Soalan)
Komen : Alamak..analitikal ni tak ingat lak soalan camne, tapi ikut huraian dia untuk uji keupayaan analitikal dan logikal.kalau teringat update la...

Buku E : Verbal (25 Soalan)
Komen : Yang ni kiranya soalan Bahasa Melayu Ilmiah la. Kena padankan kesamaan ayat, kefahaman teks. Bahasa Melayu kalau ikut Tatabahasa ni memang confuse skit. Percakapan harian kita pun bukan ikut Tatabahasa kan.

Kesimpulannya :  Kali ni aku cool down as always sokmo gitu...

INGAT :  
03 DISEMBER 2010 NI TARIKH UNTUK CALON-CALON MTeST NI SEMAK KEPUTUSAN YER!! SELAMAT BERJAYA!!