30 November 2010

Memang boleh di katakan kebiasaan jugak la bagi sesetengah wat 2,3,4 keje dalam satu masa.
Bagi aku contohnya menonton video/movie di laptop+sambil edit gambar @ tengok movie/video sambil makan+minum @ dengar music+minum+wat catatan @etc.
Jadi, maksudnya aku ni jenis yang tak suka fokus satu kerja.
Adakah ia kelemahan aku? Jadi aku dah detect kelemahan aku. So, harap ada la keinsafan untuk diri sendiri fokus pada yang satu.. Kan?
Boleh tak action ni di kategorikan sebagai habit? Bad Habit?
Ia memang bad habit. Sekarang dengan ke'blur'an otak, Fokus pada satu kerja lebih baik. Sehingga ia selesai.
Sekarang dah jam 5:26 AM dan aku belum tido lagi. Semalam gi tengok Harry Potter & Deathly Hallows memang best. Pastu, di downtown lak. Beli Short and skinny jeans both warna hitam. Kemudian bila sampai rumah menge'test' skinny half-jeans tu, aku dapati aku tak sesuai ngan gaya tu. Nasib baik kawan au tu minat ngan skinny half-jeans berwarna hitam. Rasanya memang la selesa coz kain jenis bergetah.

Saje jer wat quick-post nak berlagak aku tak tido lagi walaupun dan jam 5:29AM. Sunyi jer. Sambil tengok-delete pic yang dulu-dulu. Menyegarkan memori silam btol di awal pagi ni.

Uish..4 minit update entry kira quick tak? Tak termasuk nak fikir tajuk entry lagi.

Sambung review-delete pic lepas untuk save hardisk.


29 November 2010

Beberapa minggu gak hadapi masalah ni :
Receving Unknown MMS that declined prepaid

MMS ni aku terima sebaik sahaja kredit aku melebihi RM2. Coz setiap kali aku menerima MMS ni , RM2 akan di tolak.huhu.
Biasanya coz aku secara automatik/unknown aku telah subscribe pasal ntah=apa=apa...Tapi aku takde subscibe pape pun.
Penyelesaian :  oleh kerana dah tak tahan akibat gangguan emosi jiwa dan raga, aku pun gi la mengadu ker Balai Biru kat bandar  tu. Menurut Celcom Center tu, aku telah subscribe dari tak-tau-lak. So, On the spot, staff bertugas meminta aku send STOP ALL ke no. yang di berikan..
PROBLEM SOLVED





28 November 2010

Reply Kepada Soalan Umi melalui Shoutbox Blog saya : 
 
Soalan : umi: nak tanya..macam mana nak pergi kursus2 spt yg ditunjukan tu ya..
Reply/Komen :  Semua yang ditunjukkan tu ialah tugasan yang saya lakukan/perhatikan sepanjang praktikal di Stesen MARDI K.Terengganu 1/8-31/10/2010. 

Sepanjang pengetahuan saya menjadi pelatih di sana, MARDI menyediakan latihan untuk para usahawan yang berminat untuk mengikuti kursus dengan bantuan para Pegawai Penyelidik berkenaan. 
Untuk Umi nak mengikuti kursus di MARDI, Umi boleh sendiri pergi ke Stesen MARDI yang menyediakan/mengkhususkan penyelidikan tersebut. Contoh : Stesen MARDI K.Terengganu menurut staff di sana mengkhususkan bahagian Produk Ikan (Seperti : keropok, nugget ikan, bebola ikan etc.). Tetapi di Stesen MARDI K.Trg mempunyai pegawai yang berpengetahuan dalam Produk Berasaskan Buahan (Seperti : Kordial Buah, Minuman Buah, Jeruk, Halwa, Jem Buah), Teknologi Makanan (Pembuatan mee kuning, Laksa, Maruku, Jeli Buah etc)

Jadi, Untuk Umi saya cadangkan: 
- Kenalpasti Stesen MARDI mana yang menawarkan kursus yang berminat. Saya tengok Blog umi membuat kek, kuih muih etc.
- Hubungi Stesen MARDI/Pegawai yang berkenaan. (Pergi sendiri ke Stesen atau telefon)
- Maaf, Saya sendiri sebagai pelatih (3 bulan) sana tak pasti Stesen mana yang menawarkan kursus berkaitan kek, kuih etc. tapi dengar khabar memang ada Stesen MARDI yang menawarkan Kursus Pembuatan Kek, Kuih etc ni.

Menurut Staff sana, MARDI mempunyai pengkhususan yang berbeza mengikut stesen. Semasa di Stesen MARDI K.TRG, peserta yang datang secara:
- Rawak -perseorangan- (perlu appointment terlebih dahulu) <--biasanya Usahawan ni buat temujanji dengan Pegawai untuk mendapatkan khidmat nasihat/tunjur ajar yang betul mengikut undang-undang permakanan/komersial.
- Kumpulan <--Usahawan ni datang secara kumpulan dan pegawai tersebut membuat demo serta beri peluang kepada Usahawan untuk praktikal mengikut kursus yang ditetapkan. Biasanya hanya 1 hari (lebih kurang 4,5, jam untuk mengajar beberapa jenis produk)

Untuk kepastian, Sila Rujuk di Laman Web Rasmi MARDI sini

P/S: Komen yang saya balas merujuk kepada pengetahuan saya sepanjang praktikal 3 bulan di Stesen MARDI Kuala Terengganu bawah Seliaan, Hajjah Che Rahani Zakaria, Pegawai Penyelidik Prinsipal yang mempunyai pengalaman, kepakaran dalam Bidang Teknologi Makanan. (Terutama berkenaan produk Buah). Mungkin terdapat institusi lain yang menyediakan Kursus Pembuatan Kek, Kuih etc. Seperti YPK (Yayasan Pembangunan Keluarga, Majlis Bandaraya etc)

[Jika terdapat salah informasi, sila tunjukkan yer....]
(Kalau korang nak tengok/tempah kek, muffin, kuih ker leh tengok Ummi's Oven ni.... )

p/p/s: 4:25 AM...Macam-macam fikir....huhuu! TT__TT
Laki yang bagi WARNING! jangan kacau 'awek' dia dah Minta Maaf melalui SMS
Salah satu yang memberikan aku sedikit semangat untuk terus ber'blogging' ialah keywords.
Ni contoh keywords yang daripada Nuffnang!

Keywords kali ni lebih kepada Pengalaman aku di MARDI
Walaupun blog aku takdelah mantap pun, sekurangnya dengan keywords yang di tunjukkan memberikan idea apa yang Internet-Users dapatkan daripada My Blog.

Aku harap Blog aku memberi sedikit pengetahuan dan informasi yang berguna kepada Internet-Users 
-Readers/Viewers/Commentators/Critic/Bloggers-

P/S: Tak ngantuk lagi walaun dah 2:56 AM....Esok nak gi tengok MAHA INTERNATIONAL 2010 kat MAEPS SERDANG


26 November 2010

Ni peristiwa pertama yang aku hadapi iaitu di bagi WARNING! oleh seorang lelaki yang mengakui pakwe kepada seorang kenalan perempuan ni.
KES#1 :  Ini merupakan projek website design aku yang pertama dan sudah tentu aku yang berjurusan Sains ini mempunyai Zero#0 pengetahuan pasal website. So, aku minta tunjuk ajar dari seorang kenalan perempuan ni. Hanya sekadar tunjuk ajar jarak-jauh, SMS, YM dan FB jer. Semuanya berkaitan dengan tunjuk ajar website design ni.
Nak di jadikan cerita, pompuan ni tetiba bagitau yang dia bagi no.telefon aku kat kawan lelaki rapat beliau (maybe setelah di desak).
Kemudian, pada satu hari unknown no.SMS aku.:
******************************************8
Mr.A : salam.sy n Cik B nk join skali bt laman web en
IX : Salam...ni siapa ni ek?
Mr.A : sy Mr.A bf Cik B
IX : 0ic...website 2 dh siap n mggu dpan nk hntar @ awk jeles? Dun w0ry, sy bkn nk pikat Cik B pn...juz mtk tnjuk ajar wat website je..
Mr.A : - ha cantik lah tu.klu ada apa2 idea nnt sy bg tau Cik B ubh.
IX : Maksudnya?
Mr.A : maksud sy dah mintak kebenar Cik B utk join part.jd sy pun ada hak dlm hal ni.
- masalah nya dia xmintak izin sy pun.
IX : Yg ada hak ialah saya...yg mnerima pr0jek adalah sy..sy tau siapa yg sy percaya utk kerjasama..Cik B ajar 2 bkn prcuma, sy bg k0misen gak.
Mr.A : ha ya lah.xp sy berhak pada Cik B.awk xblh nk suka2 suruh dia itu ini.mesti melalui sy jgk.
IX : Jd stiap keje Cik B wat d tmpt keje dia, dia mtk izin awk? Trmsk nk mskkan data, jupe cust0mer, wat template etc.?
Mr.A :  haah la.mesti info pada sy apa yg dia nk bt.baru blh aprove tau tdk.
IX : Awak tunang dia ke?
Mr.A : aah. <<<------tipu
- di sbb kn projek ni dh siap...xdpt lah apa sy nk tmbh. <<<<-----memang aku tak perlu pertolongan mamat ni.
p/s: Baru jadi BF nak kena mintak izin untuk buat semua kerja, tunggu approve dulu baru boleh buat.??
*********************************************
Kemudian Mamat tu call aku bagi ala-ala WARNING! 
Mr.A : Boleh tak lepas ni awak jangan msj dia lagi?
IX : Pasni saya nak tanya pasal web lagi?
Mr.A : Tak boleh! Tak Boleh! jangan! Jangan!
IX : Awak ni suami dia ker?
Mr.A : Tak tapi BF dia.. awak jangan msj dia lagi!
IX : Awak cuma bf jer bukan suami pun jadi awak takde hak nak halang saya.
Mr.A : Ok2. Pasni saya suruh dia tukar no.fon, delete FB.
IX : OK.
Mr.A : OK. Salam.

Akhirnya Cik B mengalah bagi pihak mamat yang jeles tu, tapi aku mintak selepas settle projek website ni dulu. Lepas tu berakhirlah satu friendship.

21 November 2010

Phew~ Selepas seharian menghadap laptop ni menyiapkan website design aku yang ulung kalinya...., baru je nak update blog...Opss! Masih ada lagi yang tertinggal sepanjang praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu yang tak baru gak habis 31/10/10 lepas.
Seingat aku ni masa dua minggu terakhir aku praktikal di MARDI ni, Kali ini Misi membuat produk berasaskan SALAK! 
Anda kenal Buah Salak? Buah Tempatan~ English Name dia : SnakeSkin Fruit.
Produk Salak ini di hasilkan bertujuan promosi sempena Karnival-aku-tak-ingat-nama-apa.....
Buah Salak ni diperolehi daripada Stesen MARDI Jerangau, Terengganu..(Yang mengkhususkan bahagian Pertanian)
Kali ni kami bernasib baik coz Kami perolehi isi Salak jer...Kalau tak, penat, sakit, calar la nak kupas kulit Salak yang agak tajam tu....
Produk Pertama :  Sos Cili Salak.
Bahan Mentah : Isi Salak, Cili, Bawang Putih
Macam Biasa semua isi salak yang ingin membuat Sos Cili Salak atau Jus/Kordial Salak hendaklah di kisar sehingga halus terlebih dahulu.
Kemudian, langkah-langkah berikut disusuli mengikut jenis produk yang hendak dihasilkan.
Keropok, Nugget Corbia, Cucur
Dah tak-berapa-penat wat keje tu, berehat sebentar sementara keropok tu ada lagi dalam peti dan Pagi tu sesaja nak alas perut wat Cucur Udang-kecil serta ada Tempat Proses Makanan satu lagi tengah wat, Nugget Corbia..Corbia tu nama genus untuk Haruan Tasik (tak silap la...)
Dan semestinya, menggunakan Sos Cili Salak!!
(Rasa dia lebih kurang Sos Cili Thai tapi kurang pedas...Sesuai untuk budak-budak...)
Sos Cili Salak yang sudah siap di proses, di pasteur dan sedia untuk promosi/jualan
Jus Salak yang siap di proses dan pasteur untuk tujuan Promosi/Jualan
 Ok. Dah takde lagi report semasa praktikal di Stesen MARDI Kuala Terengganu yang perlu dilaporkan dalam Blog aku lagi....
Nak gi sambung panjang bumbung umah nak cantas pokok bunga kertas yang menjalar naik ke bumbung...ishk! mendung nak ujan la plak....takde-keje-cari-keje...huhu~ 
Penat gak mengadap laptop duk design website untuk company veterinar ni...hehhe~ Poyo!
p/s: Baru-baru ni ada kuar Iklan Vacancy di MARDI..Ada gak isi beberapa jawatan, terutamanya Pegawai Penyelidik...AMIN!! Harap ada la rezeki..Korang pun doakan yer...Ramai2 doa, tak tahu yang mana makbul kan....Sebab tu bila jemaah berdoa, kita aminkan....

19 November 2010

Setelah 2,3,4 hari panas terik menyejatkan air dari seluruh sumber dan permukaan air di Kuala Terengganu aku ni, Akhirnya Awan tidak mampu lagi menampung kepadatan wap-wap air yang terkumpul.
Hujan mulai lebat di Kampung, Kuala Terengganu ni.
Kalau hujan-hujan biasanya biasa kita dengar manusia menegur,
"Best tido ni...."
  
Source : Google
Kalau kita tidur, jadi masa mana yang bestnyer? Sedangkan tidur itu mati sementara. Kita hanya hanyut dibuai mimpi indah yang menggalakkan kita tidur lebih masa. Padahal kenikmatan bermimpi itu hanyalah khayalan semata-mata. Sedangkan kita hidup di Dunia nyata.Realiti. 

Di dunia Nyata yang realiti ini yang memberikan kita kenikmatan yang sebenar. Kita berupaya merasai dengan segala deria. Tidur hanyalah merehatkan badan yang kepenatan. Bukan menikmati hidup dengan tidur

Jadi, di kala hujan tengah lebat ni, 
Aku bersyukur mampu mendengar titisan air yang turun ke bumi. 
Aku masih dapat bau udara yang segar memenuhi dadaku.
Aku masih mampu merasa kedinginan udara yang menyentuhi badanku.

Best masa hujan bagi aku ialah, Aku masih mampu menikmati setiap detik di kala Hujan sementara badan aku belum mengisyaratkan kepenatan.

 Macam biasa Aku ingin memperkenalkan ahli penghuni akuarium aku yang terbaru. Semasa jejalan kat Pasar tani pada suatu pagi hari sabtu hujung minggu di Terengganu ni. Aku mula mencari edisi penghuni baru akuariuam selepas Massacre oleh The Puyus yang Carnivorous tersebut. 

Sedang tertarik kepada Cik Blue Betta Splendens yang comel berwarna menggodaku, Aku terdengar pembeli sebelah berkata, "Nak lampam mas ni..". Aku pun tengok ikan lampam tu agak menarik gak lak. So, Aku berjaya memilikinya Sepasang. Lupa lak brapa ringgit seekor dan update dalam Facebook status dulu. Malas nak cek lak.
Ini adalah pic Sepasang Lampam Mas (Bukan mirror image yer...)
Menurut Mr.Wiki bagitau, Ikan jenis ni leh hidup 8-10 Tahun.
Ikan ni memang mempunyai gaya hidup berkumpulan. Kalau dalam akuarium, nampak diorang slalu bermesra-mesra tanpa segan malu.

Scientific Name : Puntius sp. (Puntius Schwanenfeldii / Barbonymus schwanenfeldii)

English Name : Tinfoil Barb
Malay/Local Name : Lampam Jawa/ Lampam Sungai / Lampam Mas
(Ref : Nama saintifik ikan air tawar)

(* tak pasti lak kenapa Ikan Lampam ni boleh berubah menjadi warna camni? Adakah ia kategori albino? Atau genetically modified?)

"The tinfoil barb is an active, peaceful species that spends most of its time in the mid-level and bottom of the water. A greedy eater, it will attempt to fill its mouth with as much food as possible during feedings. In captivity, it will eat almost anything provided to it." -Ref : Tinfoil Barb-

18 November 2010

 Hari Raya Aidiladha semalam 17/11/10, lepas jer Solat Sunat Aidiladha dan menikmati "Brunch"..Mama kata dia ada wat korban/aqiqah...Sembelihan berlaku di tapak perkarangan Masjid Kampung
 Aku macam biasa macam tunggul kayu yang berbaju melayu merah jer...takde sape yang perasan aku kot...
So, aku cuma amik gambar & video jer.
Merebahkan Lembu untuk dikorbankan. Macam takut-takut jer lembu ni coz dikerumuni oleh orang ramai yang kelaparan.
 Proses melapah kulit
Penamatan riwayat seekor lembu berwarna putih di perkarangan masjid, Sembelihan dimulakan dengan nama Maha Pencipta. Menghalalkan dagingnya untuk permbahagian kepada mereka yang layak. Sembelihan yang mengeluarkan darah-darah daripada terkumpul di dalam badan lembu. Mengelakkan pengumpulan bakteria yang mungkin memudaratkan pemakannya. Itulah HIKMAH SEMBELIH di sudut saintifik.
 Korang pernah nampak tak logo "K.O" yang tanda "X" sambil senyum terjelir tu??
So, dapat bayangkan kenapa icon "K/O" camtu???
Dah habis melapah, mula bahagi-bahagikan bahagian supaya senang untuk mengasingkan daging, tulang dan organ-organ lain.
Ni jer yang 'extra' dari hari biasa.. Selepas-selepas tu hariku berjalan seperti biasa.
Cerita Kreatif Ben Ashaari kembali lagi dan episod kali ini memaparkan :
Blogger Kering Idea???

"Sekering Botol susuku?"


Atau sekering baby sandwich burger patty ni?


Kering Idea? Nampak sangat aku ni memang kering idea. 
Kering idea ni memang tak pilih bulu, tak semestinya anda nampak cengkeding , walaupun secomel-comel dan semontel-monte anda tapi kering idea?? Maybe....


Kalau dah rasa kering idea tu, Jom pekena water-baby-melon! Biar kering kontang, jangan kering tekak....!!


"Kalau kering lampin leh la enjoy2, kalau kering idea????"


Walaupun kering idea, muka kenalah maintain comel, takde lah orang tau kita tengah kekontangan idea ni..
Smile~~Smile~~Smileee~~~ Smileeeeee~~~~~~~


Kalau dah kering idea, jangan nak tunjuk-tunjuk orang lak..
"ko kata aku hitam,
Ko pucat macam mayat,
Idea ko kontang,
Pepandai lah meng-ayat!"
p/s: tarikh tutup malam ni yer...En.Ben kan Mr.Cinderella..Cukup sampai 12.tengahmalam 18/11/2010 sahaja yer....

17 November 2010

Sementara update pasal Lembu yang dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha ni. Meh IX cite pasal Ikan akuarium ;
IX beli 3 ekor Silver Angelfish sebagai konon-konon Batch kedua akuarium la semenjak Carnivorous The PUYUS tu...Tapi sekarang tinggal sekor jer. Garang btol Silver Angelfish sekor yang survival ni, kesian Arwah Angelfish yang meninggal akibat dibuli...huhuhu

Sementara meratapi pemergian Angelfish tersebut, Sudikan diri baca pasal Angelfish ni di LINK SINI
Common Name: Freshwater Angelfish
Scientific Name: Pterophyllum Scalare
(Greek : Pterophyllum ="winged leaf" and Scalare = "like a flight of stairs", )



16 November 2010

Kematian bukanlah penghujungnya kerana masih ada perjalanan  yang perlu ditempuhi, hanya bekalan yag kita kumpul di dunia ini menjamin perjalanan kita di alam barzakh.
Mengejutkan apabila adik praktikal bersama di Stesen MARDI K.Terengganu tu mengkhabarkan bahawa salah seorang staff MARDI, EN.Ghani telah meninggal dunia jam 9.30 pagi tadi akibat serangan sakit jantung.

Masa praktikal kat MARDI K.Terengganu dulu sempat juga meluangkan masa dan kerja bersama En.Ghani, Terutamanya untuk Program KPI (Key Performance Indicator) eKASIH.
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang beriman. 

AL FATIHAH

15 November 2010

Pic pada 4 Nov 2010, out-of-date btol aku update blog ni, tapi cite sentiasa HOT FROM FINGERTIPS!
Kat kampung aku baru kedengaran KES DENGGI. Menurut Mama, ada la 1,2 orang yang masuk Hospital coz KES DENGGI kat kampung ni. Masa ni lah Pejabat Kesihatan mula amik perhatian.
FOGGING! 

3,4,5 Kali gak diorang fogging kawasan rumah aku, coz budak yang kena denggi tu di kawasan kejiranan kampung gak. Jiran ialah 40 buah rumah di sekitar.

Memang nampak Spooky btol ngan Fogging ni, memang tak dapat lari mana dah, terperangkap dalam kabus (leh jadi idea MONOLOG ni....hahha!)

Pape pun, walaupun tiada KES DENGGI berlaku di kawasan anda, TETAPLAH KENA BERSIHKAN KAWASAN PERSEKITARAN supaya bebas daripada serangga seperti nyamuk dan haiwan yang mungkin memudaratkan serta mengganggu ketenteraman hidup anda.

p/s: Pokok bungan kertas tu la yang aku panjat sampai naik atas bumbung potong sampai calar-balar skali coz nak elakkan tersangkut ngan wayar elektrik.

13 November 2010

Pagi tadi aku berjaya menghadirkan diri ke MTeST KPLI untuk kali ke dua bagi Pengajian Sains SJKC. Pagi tadi aku bangun awal daripada biasa, setelah menyiapkan diri fizikal dan mental, Engine Started! Go!!
Menuju ke IPG Kampus Dato' Razali Ismail, Batu Rakit, 21020, Kuala Terengganu. Agak sesak jugak ngan para calon ni, terutama apabila ingin menyemak tempat kedudukan untuk dalam dewan.

 
Bagi aku, kali ini sistem peperiksaan agak tidak sistematik (berusaha menyusun ayat...) berbanding kali pertama MTeST dulu. Jadi, banyak masa terbazir hanya ingin menyemak, tandatangan dan mengetahui tempat duduk.

Masa kat sana, terjumpa ex-senior aku tapi dia amik J-QAF, lulusan Mesir la katakan..Aku Terengganu ni jer.., (masa 1st MTeST dia ada gak), Kawan BeST dan Mak Saudara aku yang sebaya (sekelas ngan mak sedara masa Darjah 3 dulu). Kali ini MTeST berjaya aku tempuhi dengan tenang dan yakin. Soalan yang di jawab walaupun ada 2,3,4,5,6 soalan yang kurang pasti TAPI jawapan kali ini lebih yakin. (tak la macam dulu yang merapu-meraban skali coz tak tau jenis soalan...)

Masa : 2 Jam 30 Minit
Bahagian : 5 Buku Soalan (30 Minit setiap Buku)
Buku A : INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan) (135 Soalan)
Komen : Walaupun 135 Soalan, Soalan yang dikemukakan lebih kurang soalan kaunselling, sahsiah la. Jawab dengan spontan yer. Tak perlu dilemma.

Buku B : Kuantitatif (30 Soalan)
Komen : Soalan asas Matematik katanya, dah la aku ni jenis lemah Math, tapi berbanding dengan MTeST pertama, aku berjaya menjawab dengan cool down jer..Cuma satu soalan jer yang aku shoot coz kelemahan mengira aku sendiri. Huhu~

Buku C : Bahasa Inggeris (25 Soalan)
Komen : Bahasa Inggeris aku pun still lemah lagi, tapi still dapat manage jawab semua soalan dengan cool down ice-ice baby ^__^

Buku D : Analitikal (20 Soalan)
Komen : Alamak..analitikal ni tak ingat lak soalan camne, tapi ikut huraian dia untuk uji keupayaan analitikal dan logikal.kalau teringat update la...

Buku E : Verbal (25 Soalan)
Komen : Yang ni kiranya soalan Bahasa Melayu Ilmiah la. Kena padankan kesamaan ayat, kefahaman teks. Bahasa Melayu kalau ikut Tatabahasa ni memang confuse skit. Percakapan harian kita pun bukan ikut Tatabahasa kan.

Kesimpulannya :  Kali ni aku cool down as always sokmo gitu...

INGAT :  
03 DISEMBER 2010 NI TARIKH UNTUK CALON-CALON MTeST NI SEMAK KEPUTUSAN YER!! SELAMAT BERJAYA!!





12 November 2010

Whoa~ All those seasons and episodes i successfully managed to finish within less than a month..maybe i can say less than 3 weeks? Hahaha~ What an insane 'otaku' i am...
So, as i can review this Series with all those seasons, the plot of every episode about the same where Melinda keep meeting new ghost, then finished the un-finished business then cross the light..bla..bla..bla....
Okay. That is the common episode plot which different story every episode, but some plot were continuous within the episode and season especially when they encountered the Shadow.

The most touching part is when Melinda lost her husband, Jim Clancy .

p/s: pardon my english..


Bertungkus lumus taip cerpen MONOLOG ni..dah lama dah tak siap-siap gak..ishk!

Ntah bila la dapat siap ni erk....Pape pun nantikan terbitan Sulung Cerpen MONOLOG oleh Mr.IXBARR akan datang! Di adaptasi oleh kisah sebenar hidup Mr.IXBARR..huhuhu~~
I put my soul in this story, Please don't empathy
Tiap kali aku meneruskan cerpen ni, mesti aku akan stop kejap, bukan disebabkan berfikir, tapi akibat yang complicated susah untuk di huraikan.. Pape pun, harap nanti ada la yang support baca entry ni yer....

p/s: sinopsis MONOLOG telah lari...
p/p/s: Faizal, aku rasa akan terus terbit la kot...huhuhu

 Entry lepas aku tulis pasa ikan puyu ni 'ter'paksa di tamatkan riwayat akibat terlalu agresif dia dalam akuarium. Bukan aku yang letak dalam tu..huhuhuhu. Kali ni aku cite apa terjadi kepada ikan-ikan puyu tersebut selepas meninggal. Jeng! jeng! jeng!
 
 Sila lihat sebelah mata yer....tak pun melihat jangan guna mata.

 Dah lama aku tak guna 'dissection set' ni..So amik kesempatan la bedah puyu ni. Ada sekor puyu tu betina kot, dah besar dah, telur dia ke tu? huhu~ Sian kan...Meninggal bertelurkan sulong....Pasni jadi Puyu Pontianak kah????
Ohhhh Tidakkkk! 
Aku tak tau camne dan sape masak ikan puyu ni, aku cuma bedah jer...tak sanggup aku makan ikan puyu yang brutal ni....huhuhu~

11 November 2010

Quick Posting..Quick ker?? Kali ni saje nak share kenapa Aku edit gambar dulu sebelum postingkan dalam Blog. Kalau Gambar tu ihsan Google lain citer lak..

1# Rujukan - Gambar pun kenalah ada rujukan gak, mana tau tu gambar kita amik sendiri ker, gambar orang lain ker, gambar dari internet ker? (stop! ehhh..kenapa rasa laju jer aku taip ni..wahhh! Prasan kan....korang bukan tau pun....)

2# Promosi - So, dengan rujukan gambar tu pembaca dapat tau la sumber Gambar tu, Kalau gambar tu hasil sendiri, lebik baik la letak 'watermark' sebagai tanda dan juga sebagai promosi blog.. Korang pernah search picture dalam internet kan. Bila kita copy gambar tu gak ada skali URL dan gambar tu pun tau la siapa yang punyer. SKit sebanyak promosi gak Blog kita kan.

3# Kecilkan Saiz -  Aku biasanya edit guna Adobe Photoshop ni kira leh kecikkan saiz, Kalau guna Kamera Digital tu setiap gambar saiz 1MB ke atas, (kalau gua DSLR?? Wahh! Kalau kamera Phone 3,4,5MP pn lebih kurang gak) nanti nak upload lambat lak, so, Aku kecikkan saiz gambar ni, tak lah lama tunggu.. Lebih-lebih kalau line slow.

4#Fokus - Biasanya aku amik gambar mestilah ada benda yang nak fokuskan, so, aku try edit untuk SERLAHkan lagi objektif letak gambar dalam Blog ni...

5# ...ermmm....dah habis kot..kata quick-post....huhuhu~ Spontan!

Dengan kegatalan jari-jemariku mula menari hip-hop di atas keyboard ni nak reka konon-konon Cerita Kreatif ni!!.Tengok gambar dah tau kan siapa penganjurnya. Cepat-cepat sape nak join tu! Sebelum 12 tghmalam ni jer. Cinderella pun sampai 12tghmalam jer
 Erkkkk! Cerita Kreatif baru nak bermula ni! Semuanya berdasarkan gambar yang tersusun rapi ni. tak perlu guna Rejoice, cuma alignment posting Blog jer klu adik-adik Blogger nak tau.
image
Bagus yer adik2, senyum macam ni lak abang-abang, kakak-kakak blogger nak tengok..Lebar lagi! Lebar lagi!!! Ha...kan bagus Cik Pussycat Bell ni. Nak mulakan blog kenalah senyum, kalau nak tulis posting tension2, orang baca pun tak hepi!
image
 "Walaupun tandukmu sekontot kelingking, tapi lubang idungmu dan senyumanmu tetap ku kenang."
Walaupun blogging tak le seberapa berabad lamanya, try korang tengok kambing ni, mesti korang teringat sebelum tido sambil kira kambing...
1ekor kambing..2 ekor kambing...3 ekor kambing...4 ekor kambing....zzzzzzzz~~~
Hahaha! Kannn..Agak dah mesti korang tengah tersengih ni..Bagus2! Camtu la, tak kira blogger baru ke lama, tapi kalau entry tu hepi dan leh wat orang hepi, mesti la ada pembaca..

image
Zebra : Kita serupa!!!
Zirafah : Ehhh..tak sama la...kita kan spesis lain
Zebra : Sama jer...4 kaki, 2 lubang idung, 2 biji mata
 Zirafah :  argh!! tetap tak sama...!
 Zebra : Aku kan Zebra, Ko Zirafah..kan ada Huruf 'Z' gak..
Zirafah : So? Apa kaitan ko panjat tekak aku?
Zebra : tettttt............

Blogger baru @ Blogger lama, kita kan sama2 menaip, sama2 guna internet tapi cite je lain...Aku cite pasal Zebra, korang cite pasal Zirafah, Zebra leher pendek, Zirafah leher panjang.Tapi dua-dua ada 4 kaki. Kira ok la tu...Apa yang samakan kita ialah kita ada BLOG! Kan Ben kan?? aku membayangkan En.Ben Ashaari menganggukkan kepala sambil melurut janggutnya. (nak wat strike ke taknak?)

image
 Walaupun anjing comel tu ada kaki, beruk tetap jalan kaki dua..Ehhhh...apa kaitannya..tetiba jer...tak kisah la kaki tetap untuk berjalan.. 
Bad Monkey, Notty Monkey...
Takper-takper...Blogger pun sama, Ehhh..bukan nak kaitan ngn monkey and doggy tu...Maksudnya, walaupn Blogger baru ni tak larat nak faham pasal Blog ni, ramai jer Blogger-blogger Senior citizen yang leh 'dukung' korang melayari Blog ni...Kan Ben? (mesti Ben tengah lurut janggut lagi...--tak perlu strike la...hehe)
image
 Errkkkkkkkkkkk............
Tengah imagine kat mana posisi aku erk..tengah ke tepi skali...Kira tak tengah sangat kot, Blog aku pun takde lah terhimpit camtu sangat, trafic blog pun ala-kadar jer...leh la...Kannn...Bila dah comel mesti la ramai yang berhimpit-himpit nak tengok blog, maksudnya trafic blog la...comel tu kena la comel dari segi penulisan ker, comel layout ke, comel blogger ker (tettt..!)...comel dari segi tingkah laku.. NO Sentap-sentap..Nak komen pun NO critism overloading lak....



image
 Uittt....! Taknak la muka comel-comel berebut...Secomel blogger newbie kah? atau secomel Blogger senior citizen? anda yang tentukan..wahhh! Takper, pape pun, arnab ni tetap comel...Berebut wat entry baru takper, jangan nak berebut memburukkan orang sudah....Berebutlah wat benda baik, berebut wat benda jahat makan diri...tetiba terfikir, lama tak makan sate arnab..nyum-nyum!!
 (Arnab : "Whatttt!!!!")
image
Ni duk termenung ke tengah berfikir??
 Okay! Kita renung-renung kan la..(please dont do that face!! Okay! Please Do!!)
 Tak kisah Blogger baru ke Lama Blog tetap la Blog..Entry kenalah sentiasa Hidup, baru ada pembaca..Macam aku ni tetap join Cerita Kreatif ni kan...So Amacam kreatif tak? (Jika anda golongan Gorilla, Kucing, Kambing, Monyet, Anjing dan Arnab Undian anda tak di amik kira coz dikira berat sebelah coz ada gambar anda semua dalam entry ini...).
 TamaT







Hhuhu~ Aku tak dapat pergi ke Premiere Screening of Skyline yang berlangsung Semalam 10 Nov 2010; 9.00 Malam kat Wangsa Walk. Sedihnya..Aku memang berhajat nak gi ni tapi apakan daya, macam mana lah aku terlupa cek jadual KPLI tu. 13 Nov ni ada Ujian MTeST! Wish me luck la yer! Kena lah korbankan untuk sesuatu yang lebih penting. Nasib la ada orang tolong wakilkan aku..Tak lah kena banned dengan Nuffnang ni (Dapat tak souvenir dari Nuffnang??? huhu~). Mana lah tau kan pasni dapat Invitation Premiere Screening Nuffnang lagi dan masa tu aku free-to-go ker...


Thank You for Attending Premiere Screening of Skyline
From:
Nuffnang
To:homosapiensz@yahoo.com


Blog Kit - Skyline.zip (1456KB)

Dear Nuffnanger,

Thank you for attending the Nuffnang Premiere Screening of Skyline!

We hope that you've enjoyed the Alien Invasion last night. Some of us are now in fear of our brains leaving our body. :-/

Please find an online press kit for Takers attached with this email, which would be helpful should you wish to review the movie.

Once again, thank you for attending the screening and we look forward to seeing you at other Nuffnang screenings in the future. :)

Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations
Nuffnang Sdn. Bhd.

P/S: Since aku tak dapat pergi, tak dapat la nak review cite ni..huhuhuhu~ Nanti cari gak la cite ni...downloading.....

10 November 2010

nak testing je ker??? (ini adalah soalan)

Answer here

 [AWAS! ENTRY INI MEMPUNYAI GAMBAR YANG MUNGKIN MENGERIKAN/MENJIJIKAN. AMARAN UNTUK YANG LEMAH SEMANGAT/MENGANDUNG/SAKIT JANTUNG/TENGAH MAKAN]
 Ceramah kali ini yang berlangsung di MARDI Kuala Terengganu disampaikan oleh DOSH/ Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
 Lepas ceramah macam biasa lah ada makan-makan skit. Kali ni takde demo pun cuma pameran penerangan jer skit-skit dan skit buah tangan.

 Contoh keratan akhbar yang berlaku akibat tiada keselamatan
 Ni contoh kes yang berlaku, tangan yang di kisar.
Bayangkan camne tangan leh masuk dalam pengisar yang ada corong tu. Ishk! Kalau mesin tu tengah berjalan, takkan nak betulkan denga tangan. Kan?
 Hari Khamis 28 Okc 2010 merupakan, 2nd last day aku praktikal di MARDI Kuala Terengganu ni. Hari Khamis ni macam biasa ada bacaan Al-Quran dan pengumuman skit, kiranya ni perjumpaan mingguan la. Dan pada hari tu gak selepas perjumpaan tu ada Ceramah Keselamatan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat




 Selepas jer ceramah dalam lebih kurang 2 jam tu, kenalah tunjuk praktikalnya lak.. Selepas jer makan pagi, demo pengendalian pemadam api bermula.
 Tu lah rupa Pengarah MARDI Terengganu bila nak padam api kalau nak tau..hehhe
Yang ni bukan pengarah yer... Naib Pengarah kot...


Ok dah habis dah....hehe..tak banyak tulis pun. Takpe lak.korang tengok jer gambar-gambar tu faham la citer dia erk. Cuma nak bagitau Ceramah Keselamatan Kebakaran jer..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com