IX suka posting bergambar coz 'Picture Tells Thousand Words". IX rasa kekok jer bila posting tidak bergambar. Posting "Prey & Predator" memperlihatkan hasil 'buruan' IX masa kemas-kemas kat laman. Nyamuk yang besar skali.
Stage#1 : [Prey:: Nyamuk] vs. [Predators:: Mr.IX]
Tu la kuar lagi sampai maghrib, kan dah kena di 'rangos' nyamuk! Alang-alang di 'rangos' nyamuk, IX bagi pelempang jer kat nyamuk-nyamuk yang nakal nak gigit IX.. leh kasi ke En.Betta Si Ikan Laga Mr.IX. 
(** Rangos : Dialek Kelantan merujuk kepada perbuatan makan dengan gelojoh..Nyamuk Makan IX??!!)
Waktu dah makin gelap, Mr.IX kena lah kembali ke habitat rumah Mr.IX semula, nak suap ke En.Betta Ikan Laga tu. IX letak jer kat lantai sementara IX gi amik Kamera Digital Fujifilm J38 kepunyaan IX untuk beraksi ala "National Geographic" (<<--Soundtrack Pleaseee!!)

Kurang dari 5 minit, mula la [Predator :: Spesis Semut ni] menghurung hasil buruan Mr.IX nak bagi ke Ikan Laga Betta ni
Stage#2 :  [Prey:: Nyamuk -bangkai-] vs. [Predator:: Semut]
Ni takleh dikira sebagai [Prey & Predator] ni coz nyamuk tu dah kiokk dah (K.O)

Gigih punyer semut (serta cepat btol diorang nak sambar hasil buruan IX tu...). IX biar kan sementara jer biarkan Semut-semut tersebut 'possing' dengan gembiranya dengan hasil curian mereka. Padahal IX duk snap-snap jer. Wat Masuk dalam "National Geographic" vers. Mr Ixbarr!!
1..2...3..4...5..6..7...8..9......Banyak btol semut-semut ni hurung. Camne lah diorang berkomunikasi. padahal IX dah halang dah sekor semut yang mula-mula discover pasal hasil buruan IX tu.
FEEDING FRENZY!!!
(Feeding Frenzy::-Berebut makanan tahap 'desperate' !!...)
Pernah dengar peribahasa "Rajin macam Semut"?? Itulah pepatah orang-orang dulu yang sangat peka terhadap persekitaran sehingga ia boleh menjadi satu peribahasa.
"Uikkk!! Nak bawak lari mana tu Hah!!??"
IX biarkan beberapa buruan IX terlepas ke tangan (kaki) semut-semut tu. Selebihnya IX bagi makan ke Ikan Laga Si Betta.
(*** 'Betta splendens' merujuk 'Siamese Fighting Fish')

P/S: IX'S Geographic....Macam Cool jer bunyinya...ahahhah!