[Tajuk posting petikan daripada "Jangan Pandang Belakang Congkak"]
Hari ni Ix nak citer pasal Anak-Anak ikan Ix...Bukan "Anak Ikan" yer...tapi Anak ikan ( without"apostrophe"). Jangan nenakal korang fikir "anak ikan" (with "apostrophe")...
Dulu IX ada posting pasal Ibu Bapa Ikan ni [refer link]. Beli Ibu Ikan Swordtail ni pada 27 July 2010. Then 31 July 2010, tarikh gambar anak ikan ni dikenal pasti. Masa tu IX macam biasa merenung jer dalam akuarium (IX slalu renung dalam akuarium.seronok tengok ikan berenang..bahagianya dapat berenang bebas tanpa berpijak tanah) tu. Tup~tup ternampak anak ikan swordtail warna oren di celah-celah batu akuarium. Pastu ternampak gak anak-anak ikan guppy.
Ikan Guppy dan Ikan Swordtail merupakan spesis ikan yang 'live breeders' iaitu merupakan ikan yang beranak. (bukan bertelur)[persenyawaan dalaman]
IX pun bagitau la Mama & Papa pasal Ikan Swordtail telah beranak. (Macam IX jer yang dapat anak kan...hehe!)
IX pun mulalah duk depan akuarium sambil 'snap-snap' anak-anak ikan yang nakal ni. Banyak jugak pic yang IX amik untuk mendapatkan 'feature' anak-anak ikan swordtail yang aktif ni. 
Masa ni guna Kamera Handphone Sony Ericsson K770 lagi. Tak beli kamera digital lagi.

Gambar ni di amik semasa IX membersihkan akuarium. memfokuskan pada anak ikan Swordtail yang berusia 1 Bulan 3 Minggu (Tersilap tulis dalam gambar tu.)

P/S: Asyik posting pasal haiwan jer kan...macam mana lah kehidupan Mr.IX tu...huhuhuhu