28 Oktober 2010

MONOLOG : THE CONTEST kini hampir tiba di kemuncaknya.. Tinggal beberapa hari lagi sebelum tarikh tutup. Since, tak berapa ramai peserta yang join MONOLOG : THE CONTEST ni, jadi IX terpaksa la menghadkan PEMENANG UTAMA hanyalah SEORANG SAHAJA!!
(ADA TAK HADIAH SAGUHATI tak ERK????? SURPRISE!! IX KAN SEORANG 'UNPREDICTABLE')
IX belum menilai lagi penyertaan beberapa peserta tu. Tapi masih ada masa lagi (Jika MOOD baik, mungkin IX tangguhkan keputusannya sementara menyiapkan HADIAH-HADIAH PESERTA...)

MONOLOG merupakan sebuah karya cerpen IX yang boleh dikatakan PERTAMA la. Jadi plot cerita agak berserabut dan mungkin rumit.
TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN! SEDIKIT SEBANYAK MEMBERI SOKONGAN ATAS KARYA CERPEN PERTAMA IX YANG MERAPU NI.

P/S: Simple jer CONTEST ni....Cuma UPLOAD GAMBAR dan SERTAKAN KATA-KATA HIKMAH/ QUOTE~~ Tu jer.....
[HADIAH: SEAGLASS KEYCHAIN MENGGUNAKAN 'BRASS' ARTISTIC WIRE]
("Brass"=Kekuningan/Agak Keemasan)

22 Oktober 2010

Baru jer habis menonton Ghost Whisperer Season 1.
TV series ni IX dapati daripada kawan IX yang baik hatinya tolong 'burn' dan copy Ghost Whisperer Season 1-5..Memang TV Series ni atas cadangan kawan-kawan selepas IX 'addicted' tengok TV Series "GHOST" versi Malaysia.

Review skit Season 1..Setiap episod agak boring coz title episod lain-lain dan tak brapa continuous. Jadi curiosity nya kurang. KECUALI Episod Finale Season 1 Part 1 & 2...

Tak banyak review untuk season 1. Sekarang nak sambung Season 2 lak..Ghost Whisperer...

20 Oktober 2010

 Tak banyak perlu dihujahkan. Biarkan gambar berkata-kata dan dinilai oleh pemikiran akal sebagai Seorang ISLAM.
 Bila disebut ISLAMIC terbayang "Keislaman". Juga terbayang lagi nilai-nilai sebagai seorang ISLAM.

 

 IX tak nampak lak contoh gambar pemakaian tudung yang sempurna yang ditonjolkan oleh "THE STYLE COUNCIL" ISLAMIC FASHION FESTIVAL ni seperti mana FIRMAN ALLAH,"“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya … hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” [Surah al-Nur, ayat 31]" [Sumber: http://hafizfirdaus.com/content/view/311/90/]

Enjoy The Show?? (screenshot daripada Laman Web ISLAMIK FASHION FESTIVAL)
 
 Bila disebut pasal ISLAMIC terbayang dalam akal fikiran IX ni ia berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
 Tapi adakah ia mengikut Firman Allah s.w.t. : “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya … hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” [Surah al-Nur, ayat 31]

Kemudian IX Google lak pasal ISLAM LIBERAL, terjumpa link di ummahonline.com berkaitan KONSPIRASI ISLAM LIBERAL.
Petikan artikel,"...Golongan Islam Liberal merupakan satu jaringan yang melibatkan pemilik kuasa politik dan intelektual sedang mengasimilasi idea Islam Liberal dengan kerangka pemikiran dalam politik, ekonomi dan sosial masyarakat Islam melalui bikinan kuasa ahli politik, ahli perniagaan dan intelektual mereka...."

IX sendiri terdiri daripada manusia yang tidak sempurna akal dan jiwa, sebagai seorang ISLAM kita saling tegur-menegur, nasihat-menasihat dan saling mengingat mengenai kesucian ISLAM. Tanpa mengira darjat, pangkat, harta dan jantina.

18 Oktober 2010

 Nasi Lemak Lamuni?? Pernah dengarkah korang??? IX pun baru pertama kali mendengar Nasi Lemak Lamuni ni..Kalau kat Terengganu ada Nasi Bulli (Lupa lak camne nasi Bulli tu...). Nasi Lemak Lamuni ni di bawa oleh Hajjah Che Rahani Zakaria, Pegawai Penyelidik Prinsipal MARDI K.Terengganu a.k.a Supervisor Praktikal IX & Clasmate tu sempena jamuan kecik2 TESTBED (sesambil mengajar peserta membuat Maruku & Karipap)
 Beginilah rupa Nasi Lemak Lamuni tu....IX makan skit jer coz pagi sebelum tu dah makan Nasi Lemak....huhuhu...Nasi Lemak ni boleh jer nak makan ngan pape pon...Ayam masak merah ke, Gulai ikan, Gulai ayam ker...IX makan apa yg terhidang jer..serunding daging, ayam masak merah, ikan skit...

Camni lah rupa Pokok Lamuni..Pic ni IX amik masa banci peserta eKasih..sebelum ni tak pernah nampak pun pokok ni...
Daun Lamuni ni dikisah bersama air dan di tapis >>> Nasi yang direndam beberapa jam dimasak bersama air tapisan Daun Lamuni+Santan+Daun Pandan +Serai..
Semalam Arini ni (17 Okt 2010), masa berlalu tanpa disedari .Bulan Oktober merupakan bulan terakhir IX praktikal di MARDI Kuala Terengganu ni. Semalam Arini Hari Ahad, Terengganu-Kelantan-Kedah merupakan hari bekerja. Pepagi lagi Tuan Haji (Pengarah MARDI Terengganu) bersama Encik Kamaruddin, Encik Ghani dan 4 orang pelajar praktikal (yang ditugaskan untuk menyelesaikan bancian eKasih ni...)
Semalam Arini gak selepas jer 'meeting. ngan boss besar mintak laporan minggu lepas, kami pu keluar la macam biasa .Tuan Haji tu mintak Encik Din gantikan beliau untuk hadiri Jamuan Raya di MARDI Jerangau..kalau bab jalan-jalan ni kami suka sangat la...IX bersama classmate yang praktikal skali tu...Bersama 'driver' Abang Khairul.
 Jamuan 'belated' Syawal + Majlis Perpisahan Pegawai bersara + Tamat Latihan budak praktikal sana, Ruby & Alin<<---alang-alang kebetulan jer....

 Juadah jamuan ni:- Kambing Gulai, Kambing Panggang, Sup Daging Kambing, Buah Naga, Ayam masak Merah, Ulam-ulaman...(4 ekor kambing dikorbankan...ishk2....)
Haha..penuh pinggan IX cabul senduk dengan lauk pauk percuma tu....IX paling suka Buah Naga tuu.....


16 Oktober 2010

Dah lama ke tak balik/datang Terengganu?? Kat belakang Kampung Cina tu dah ada 'waterfront' baru lak... Nampak Ri-yaz Heritage Hotel dekat Pulau Warisan namanya.
Tak pasti la apa diorang gelar tempat ni, jadi kita gelaran sementara:-
WaterFront Kampung Cina Pulau Warisan Terengganu
suka-suki jer bagi nama tapi takpe asalkan di fahami...

Cantik juga ada gerbang kat hujung ni..Bila naik jejantas gerbang tu menghadap muara Sungai Terengganu yang luas. Seberang muara tu ada Ri-Yaz Heritage Hotel. Tempat berlangsungnya Monsoon Cup. jadi kemungkinan Monsoon Cup Carnival akan di adakan di sini kot...Karnival Sua Rasa TV9 pun kat sini...Tapi IX tak gi pun coz padat dengan manusia sangat...huhuhu.

Kat tengah-tengah tu ada terusan yang boleh dilalui oleh bot. Rekaan gerbang/dinding tepi tu pun ala-ala Cina/Melayu design jer...Jadi ia menarik la...
So, jika anda berkesempatan datang ke Terengganu, Jemputlah singgah di WaterFront Kampung Cina Pulau Warisan

p/s: Mungkinkah pembinaan Waterfront baru ni supaya menarik lebih ramai pengunjung untuk menyaksikan sukan Monsoon Cup sebagai trademark Terengganu??

14 Oktober 2010

Al-Kisah suatu hari tu peserta eKasih datang ke TESTBED MARDI untuk belajar bagaimana untuk membuat Maruku. Jadi kami sebagai budak praktikal perlu lah menolong apa yang patut. tolong tengok ker.. Sepanjang hari tu kami berada di TESTBED.

Peserta eKasih terdiri 3 orang tersebut (+ sorang usahawan yang selalu berhubung dengan MARDI tu..)
Aktiviti pada hari itu ialah membuat Karipap dan Maruku....
Kami hanya tengok dan membantu apa yang patut jer.. Peserta kenalah belajar sendiri yer...Baru Praktikal...

Maruku menggunakan Tepung Kacang Dhal rupanya.. Sebenrnya tak boleh wat acuan atas talam macam ni..(Depend pada jenis-jenis Maruku la...)
Jika Maruku berbentuk leper dan panjang..acuannya di letak terus masuk ke dalam tempat penggoreng. Bagi yang bentuk bunga tu bolehlah wat acuan atas talam dlu..
Acuan Maruku menggunakan Acuam khas yang diperbuat daripada tembaga
Hasilnya. Maruku yang telah di masak. Di biarkan sejuk dan di bungkus. Serta di bahagikan kepada peserta
(Oleh kerana banyak lebihan jadi kami pun turut membawa balik 'sampel'....)
Karipap lak di buat sejuk beku (Karipap Segera). Sempat gak la kami rasa karipap panas..nyumm..

Oleh kerana selepas je sambut AidilFitri, Hajjah tu turut hidangkan Nasi Lemak Lamuni (Korang pernah dengar tak?? Nanti kalai ingat Mr.IX akan tunjuk camne Nasi Lemak Lamuni tu yer.....)
Pastu Hajjah tu gak wat Botok-Botok (menurut Hajjah tu makanan orang Johor..Mungkin Johor-Jawa-Riau kot..)

13 Oktober 2010

 Bad Nana..Notty Nana...Ishkk..bimbang btol la Si Nana yang nakal ni..Suka Hati jer naik atas akuarium nak mengurat Si Betta....Bimbang2 takut ada benda terjatuh ker...huhuhuhu

 
 [Pic yang di edit yer....]

Ok...Posting letak gambar jer...Hurai skit-skit..Biasalah dah malas ak taip..Biar gambar jer berkata-kata....

11 Oktober 2010

 Belum sempat IX memperkenalkan Ikan-ikan Puyu (Climbing Perch/ Anabas testudineus) IX ni.. Semalam IX balik keje nampak kosong jer dalam Akuarium tu. 
Tanya adik,"Mana ikan dalam akuarium ni?". 
Adik kata,"Dalam Peti...." (Tersentap Mr.IX..huhuhu)
IX,"Bakpe letak dalam peti??" huhuhu...
Adik,"Tak tahu la, Kak Intan Letak"
IX pun cari Mama dan bertanya,"Ma, bakpe ikan puyu tu dalam peti??"
Mama,"Ikan tu ganas sangat, habis ikan lain di makan yer...."
IX,"Bakpe tak letak ikan tu dalam akuarium lain...." huhuhuhuh

 So, Sekarang tinggal kenangan gambar jer...Ikan Puyu ni memang kejam btol makan Ikan Molly-Molly, Ikan Swordtail dan Ikan Guppy Mr.IX..tapi tak leh salahkan ke Ikan Puyu gak, dan Naluri kehaiwan mereka...Bukan Mr.IX campurkan Ikan Puyu ni dalam Komuniti "Hippies" tu...

 Ikan Puyu a.k.a Climbing Perch a.k.a Anabas testudineus
 IX beli Ikan Puyu ni di Pasar Tani berharga RM5 / 3 Ekor.. Agak murah berbanding kedai 'petshop' lain...
Ikan Puyu ni bukanlah jenis 'ornamental fish' / Ikan Hiasan pun...Tapi...saje nak 'try breed'<<---Tapi tak jadi gak...

 Sejak Ikan Puyu di pindahkan dalam akuarium ni. Kehidupan komuniti akuarium menjadi extreme dengan gelagat Ikan Puyu. Puyu tersebut mengejar-ngejar sesama sendiri. Menurut Mama, Ikan Puyu ni meyambar satu-persatu ikan lain..huhu...
Memang IX dah asingkan Ikan Puyu ni dalam Akuarium lain, tapi tup~tup~ nampak Ikan puyu ni dalam komuniti 'Hippies' tersebut....

P/S: Gi tengok kat kedai 'Petshop' nak mencari ikan lain tapi takde yang tertarik...Nampak Ikan Kelisa Silver pun menarik gak...hehhe...Pasang angan-angan nak bela Ikan Kelisa la...Mana tau leh jual riban-riban ker..Hahaha!

P/S: Bila haiwan dan menjadi agresif, perlulah dihapuskan untuk menjaga kehidupan lain...

P/S: Aku merasa kehilangan...Sentap hatiku melihat akuarium itu kosong jer..Cepat lah cari pengganti, mewarnai kehidupan bawah air ku...Akuarium itu menjadi tatapan aku sejak kecil lagi...


09 Oktober 2010

Berakhirnya satu kehidupan

Mengiringi satu kematian
Menyusun langkah ke perkuburan
Tanah merah menimbus keranda papan

Hanya air mata mengalir tanpa tertahan
Kesedihan atau penyesalan
Semuanya akan merentas zaman
Al-Fatihah di aminkan

Takziah atas kehilangan Allahyarhamah~
Bacaan ayat suci hanya mampu di kirim
Sebagai penerang di alam barzakh.

P/S: Allahyarhamah telah meninggal dunia pagi tadi ; 09.10.201 dan di kebumikan di tanah perkuburan selepas Asar. Nenek Saudara IX a.k.a Jiran.



Segmen [IX's Geograhic] edisi [Prey & Predator] bersambung kali ni dengan penampilan Mr.Betta Si Ikan Laga Siam (Betta splendens)
Garang btol Si Betta ni.. Macam tuan dia gak.
IX masih was-was lagi jantina Ikan Laga betina yang IX beli dulu.

Pictures slide showing The Betta try to munch the Mosquito....

IX sebenarnya nak 'save as GIF format' dalam Adobe Photoshop CS3 tu. Tapi bila 'save as' tak jadi la..Dulu jadi.. Ishk..lupa lak camne..Jadi leh 'save as AVI' (Video Format) jer...
So, Enjoy The Show...

08 Oktober 2010

Walaupun mata memberi tanda mengantuk,
Otak mula mendefinisikan badan inginkan rehat,
Namun deria menafikan signal yang di arah oleh otak,

Tanda mengantuk mulai pudar,
Kini deria memberikan arahan baru kepada otak
Supaya otak memproseskan fikiran
Menidakkan rasa mengantuk

Kerana otak itu pusat arahan
Mendefinisikan Insomnia

Walaupun otak sudah memberikan petanda mengantuk
Anggota tetap berdegil
Jadilah satu badan yang bekerjasama
Otak itu hanya menurut perintah Tuhan

Kerana Kita manusia
Sentiasa alpa pada Pencipta.





07 Oktober 2010

IX suka posting bergambar coz 'Picture Tells Thousand Words". IX rasa kekok jer bila posting tidak bergambar. Posting "Prey & Predator" memperlihatkan hasil 'buruan' IX masa kemas-kemas kat laman. Nyamuk yang besar skali.
Stage#1 : [Prey:: Nyamuk] vs. [Predators:: Mr.IX]
Tu la kuar lagi sampai maghrib, kan dah kena di 'rangos' nyamuk! Alang-alang di 'rangos' nyamuk, IX bagi pelempang jer kat nyamuk-nyamuk yang nakal nak gigit IX.. leh kasi ke En.Betta Si Ikan Laga Mr.IX. 
(** Rangos : Dialek Kelantan merujuk kepada perbuatan makan dengan gelojoh..Nyamuk Makan IX??!!)
Waktu dah makin gelap, Mr.IX kena lah kembali ke habitat rumah Mr.IX semula, nak suap ke En.Betta Ikan Laga tu. IX letak jer kat lantai sementara IX gi amik Kamera Digital Fujifilm J38 kepunyaan IX untuk beraksi ala "National Geographic" (<<--Soundtrack Pleaseee!!)

Kurang dari 5 minit, mula la [Predator :: Spesis Semut ni] menghurung hasil buruan Mr.IX nak bagi ke Ikan Laga Betta ni
Stage#2 :  [Prey:: Nyamuk -bangkai-] vs. [Predator:: Semut]
Ni takleh dikira sebagai [Prey & Predator] ni coz nyamuk tu dah kiokk dah (K.O)

Gigih punyer semut (serta cepat btol diorang nak sambar hasil buruan IX tu...). IX biar kan sementara jer biarkan Semut-semut tersebut 'possing' dengan gembiranya dengan hasil curian mereka. Padahal IX duk snap-snap jer. Wat Masuk dalam "National Geographic" vers. Mr Ixbarr!!
1..2...3..4...5..6..7...8..9......Banyak btol semut-semut ni hurung. Camne lah diorang berkomunikasi. padahal IX dah halang dah sekor semut yang mula-mula discover pasal hasil buruan IX tu.
FEEDING FRENZY!!!
(Feeding Frenzy::-Berebut makanan tahap 'desperate' !!...)
Pernah dengar peribahasa "Rajin macam Semut"?? Itulah pepatah orang-orang dulu yang sangat peka terhadap persekitaran sehingga ia boleh menjadi satu peribahasa.
"Uikkk!! Nak bawak lari mana tu Hah!!??"
IX biarkan beberapa buruan IX terlepas ke tangan (kaki) semut-semut tu. Selebihnya IX bagi makan ke Ikan Laga Si Betta.
(*** 'Betta splendens' merujuk 'Siamese Fighting Fish')

P/S: IX'S Geographic....Macam Cool jer bunyinya...ahahhah!

05 Oktober 2010

NEUTRAL?

Satu perasaan yang sungguh rumit.
Neutral.
Kosong.
Aku pun tak tahu apa yang aku tengah fikir.
Aku tak tau apa yang aku rasa. 
Aku tak tahu apa yang aku mahu.
Aku tak tahu apa yang aku dapat berikan.

Yang ada hanyalah:
Sunyi.
Diabaikan.
Kehilangan

Kosong...........

Tak dapat berfikir.
Badan menjadi lesu.
Otak menjadi lemah.

Ditemani bunyi serangga malam.

Hanya Tuhan tempat aku bergantung....Tawakal sepenuhnya....

04 Oktober 2010

[Tajuk posting petikan daripada "Jangan Pandang Belakang Congkak"]
Hari ni Ix nak citer pasal Anak-Anak ikan Ix...Bukan "Anak Ikan" yer...tapi Anak ikan ( without"apostrophe"). Jangan nenakal korang fikir "anak ikan" (with "apostrophe")...
Dulu IX ada posting pasal Ibu Bapa Ikan ni [refer link]. Beli Ibu Ikan Swordtail ni pada 27 July 2010. Then 31 July 2010, tarikh gambar anak ikan ni dikenal pasti. Masa tu IX macam biasa merenung jer dalam akuarium (IX slalu renung dalam akuarium.seronok tengok ikan berenang..bahagianya dapat berenang bebas tanpa berpijak tanah) tu. Tup~tup ternampak anak ikan swordtail warna oren di celah-celah batu akuarium. Pastu ternampak gak anak-anak ikan guppy.
Ikan Guppy dan Ikan Swordtail merupakan spesis ikan yang 'live breeders' iaitu merupakan ikan yang beranak. (bukan bertelur)[persenyawaan dalaman]
IX pun bagitau la Mama & Papa pasal Ikan Swordtail telah beranak. (Macam IX jer yang dapat anak kan...hehe!)
IX pun mulalah duk depan akuarium sambil 'snap-snap' anak-anak ikan yang nakal ni. Banyak jugak pic yang IX amik untuk mendapatkan 'feature' anak-anak ikan swordtail yang aktif ni. 
Masa ni guna Kamera Handphone Sony Ericsson K770 lagi. Tak beli kamera digital lagi.

Gambar ni di amik semasa IX membersihkan akuarium. memfokuskan pada anak ikan Swordtail yang berusia 1 Bulan 3 Minggu (Tersilap tulis dalam gambar tu.)

P/S: Asyik posting pasal haiwan jer kan...macam mana lah kehidupan Mr.IX tu...huhuhuhu

01 Oktober 2010

 Tak habis-habis aku citer pasal ikan kan......Kan sodap dapat makan ikan bakar 3 rasa. Nyummm!. Citer pasal Ikan yang aku beli bersama Ikan Bandaraya tu. (alaa....yang Si Nana main dalam 'posting' yang lepas tu.)
Menurut label plastik penjual kat pasar tani tu dia tulis ikan 'Molly'. Tapi bila aku 'Google' :: Molly Fish. Rupa bentuknya lain. Berbeza sangat ngan ikan ni. Jadi petunjuk untuk Google ialah Ikan warna merah ekor hitam tu. Setelah Google. Ikan ni dinamakan "Black Tail Coral Platy"
 Dalam sebungkus plastik tu ada 6 ekor (RM5)
Seperti Biasa, sebelum di letak dalam Akuarium, kenalah 'photoshoot' dulu.

 Rupa dalam akuarium menggunakan Kamera Digital Fujifilm J38 + Casing Underwater 3m
[Tak mampu nak amik gambar underwater kat lain lagi. Cuba kat dalam Akuarium jer la.]

Komuniti di dalam Akuarium yang cincai. 
Ikan 'Platy'. Guppies. Swordtail. Placo
Medium bawah tu letak batu besar jer. Kalau letak batu kecik2 ok gak kan.

p/s: pasni aku citer pasal Anak-anak Ikan aku lak....
p/s: [Petikan Filem "Jangan Pandang Belakang Congkak#1": Anak Ikan Makk..]


"Posting" lepas ix ada ceritakan pasal ix beli Ikan Bandaraya. Sekarang ni Ix nak cerita pasal Kucing Ix lak. Lepas jer bawak balik Ikan Bandaraya dan Ikan Laga Betina tu, Ix letak dalam bekas dulu untuk sesi 'Photoshoots' ahli keluarga baru tu. Mula la Si Nana (versi -tak tau nak deskrip warna kucing ni-) menyibuk jer dekat bekas Ikan ni.
[Just Enjoy the Pictures. Picture Tells Thousands Words]
 Si Nana V3.(Versi 3) dahaga minum air dulu sebelum nak main-main dengan Ikan-ikan ni...
(Ix suka ngan pix ni. Walaupun amik secara tak sengaja, suka Nana punyer mata, pencahayaan.)
 Si Nana hanya mampu tengok jer....hahhaha..Notty Nana.
 Notty Nana, Bad Nana. Ishkk....
Si Nana ni siap celup kaki dia dalam bekas tu lagi. tak berani punyer nak celup dalam-dalam.

p/s: terlupa lagi nak 'publish'..huhu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Badge

Follower-Google-Blogger

Iklan

Blog Archive

Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger

Cari Blog Ini

Hubungi Blogger di Sini

Nama

E-mel *

Mesej *

Copyright © Ismiqbal Introverted Malaysian Blogger | Powered by Blogger
Design by WP Lift | Blogger Template by NewBloggerThemes.com