Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

ZAKAT FITRAH merupakan zakat diri yang yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar Zakat Fitrah :- Kadar 1 = RM 5; Kadar 2 = RM 7; Kadar 3 = RM 8

Bersempena bulan Ramadan ini, Kaunter Zakat akan dibuka 7 hari seminggu bermula 2 Ogos 2010 hingga 9 September 2010 (sebelum Hari Raya). Waktu kaunter pada hari Jumaat - Rabu 8.30 pagi - 4.30 ptg dan hari Khamis 8.30 pagi - 3.00 ptg. Harap maklum.

FAQ Zakat Fitrah dari Lembaga Zakat Selangor


Waktu mengeluarkan zakat fitrah
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
[Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu-Zakat Fitrah-]

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Pegawai Dakwah Pena,
Lembaga Zakat Selangor,
Majlis Agama Islam Selangor



p/s: Sabda Nabi Muhammad S.A.W,"Puasa Ramadhan tergantung di antara langit dan bumi, tidak diangkat melainkan dengan mengeluarkan zakat fitrah" [Sumber : Muslim Diary Forum]