Dewasa ini di malam raya. Dah besar-besar takde mood nak menyambut raya. Nak dengar lagu raya pun tak semangat. Apatah lagi untuk 'shopping' raya. Raya Oh Raya. Sebagai amik syarat Hari Raya Aidilfitri yang di sambut setahun sekali ni:
 SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
ANDAI TERDAPAT TERSALAH LAKU, TERLANJUR BICARA

Baru jer terlintas beberapa minit yang lalu:
Tema Raya aku tahun ni ialah : 
MY BLOODY RAYA
Baju melayu pun pakai tahun lepas punyer iaitu warna MERAH
MERAH menjadi warna kegemaran aku sejak akhir-akhir ni.
MERAH secara psikologinya memberikan aku 'KEYAKINAN, MARUAH, MARAH, EGO, SEMANGAT'

Tagline Raya: "NYAWA ITU BUKAN MILIK KITA"
Nyawa itu hanyalah pinjaman daripad Allah S.W.T kepada kita. Bukanlah hak kita semata-mata. Dengan nyawa itu membolehkan kita BANTU makhluk lain. Nyawa itu membuatkan makhluk lain BAHAGIA. Nyawa kita memberikan makhluk lain CINTA. Nyawa kita meringankan BEBAN makhluk lain. Nyawa kita PIMPIN makhluk lain. Kitalah MANUSIA yang alpa dan pelupa maknanya, dilantik oleh ALLAH menjadi KHALIFAH. Hargai nyawa kita bukan untuk diri sendiri, tapi demi makhluk lain juga.

BERHATI-HATI MENGGUNAKAN JALAN RAYA. PANDULAH DENGAN CERMAT