Beberapa hari yang lepas Mama mintak alihkan almari tingkat atas ke Bilik Solat. (Almari tersebut dari Bilik aku yang tak digunakan coz menyempitkan ruang bilik.). Almari tersebut dipenuhi dengan pakaian lama. Jadi Mama nak 'lupuskan' jer pakaian tersebut. Banyak jugak pakaian terpakai (mungkin akan diagihkan kepada sesiapa yang patut..-tunggu abang aku balik cuti skolah nanti-)
Mama tengah mengemaskan/membungkus pakaian terpakai.
Buku-buku yang tak digunakan juga dikumpul. Mungkin dihantar ke Pusat Kitar Semula -Di Jalan Pulau Musang/Kuala Bekah & beberapa tempat lagi-RD PAPERS- (Kalau rajin la..klu malas letak je kat tong sampah yang 3 jenis tu....). Mama kata,"Bakar jer..", Ix kata,"Baik hantar ke tempat kitar semula daripada Bakar..Kan bakar mencemarkan ozon..". Tak tahu respon Mama coz aku membelakangi Mama coz sedang mengemas bawah tangga

P/S: camne nak lupuskan barangan elektronik seperti Printer, Monitor PC, CPU PC, Radio erk? Ada sesiapa tahu? Tolong share yer....Time kasih...