Kamu pernah bertanya padaku,”Rindu saya tak?
Aku hanya mencebikkan bibir sambil menjawab dengan nada kebudakkan,”Tak!
Kamu hanya tersenyum.
Kamu bertanya lagi,”Sayang saya tak?
Dengan nada yang sama Aku terus menjawab,”Tak!
Kemudian aku memegang tanganmu, menggenggam erat bagaikan tidak mahu kehilanganmu. Tunduk dengan hati sayu memikirkan jika aku kehilanganmu.

Kini aku mendapat khabar bahawa kamu telah dimiliki orang.
Sedih. Marah. Geram. Kecewa. Gembira. Sayu.
Aku hanya mampu mengenang kisah lalu.
Kenanganku bersamamu menjadi peneman tika bersendirian.
Aku sedar sepanjang kita bersama tiada hubungan sah.

Kerana Egoku tidak yakin pada istilah hubungan.

Kerana bagiku, tidak perlu istilah untuk mendefinasikan hubungan kita.
Yang penting, masa kini. Aku dan Dirimu.
Tapi aku tetap ucapkan,”I Love You”,”I Miss You”,”Take Care”.

Masa yang sama mungkin aku memberikanmu harapan yang belum pasti hujungnya.

Mungkin kerana aku tidak dapat menjanjikan masa depan yang pasti buatmu.
Namun, masa sepanjang kita bersama, aku tetap hargai setiap detik.
Ketika kamu ’tension’ dengan pelajaran, Aku bagi sokongan.
Ketika bosan, kita keluar berjalan-jalan.
Ketika inginkan makan sesuatu ’home-made’, aku masak untukmu.
Walaupun hanya spageti yang tawar dan telur dadar yang masin.
Kamu tetap makan dengan berselera.
Ia sudah cukup melihat kamu gembira kerana...
"Jangan fikirkan pasal aku","Tak perlu bimbang apa yang aku rasa"
Apa yang menggembirakan kamu buatku gembira.

Tapi kerana Egoku, bukanlah peramal masa depan.

Merasakan aku tidak dapat menjanjikan masa depan buatmu.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan
Bagaimana jika Dia merancang kamu bukan untukku?
Mungkin aku terlalu paranoid. Selalu memikirkan,”Jika”.,”Kalau
Sebab itu pada masa kini, aku menghargai setiap detik bersamamu.
Biarkan manusia berkata, mereka hanya dengar dari mulut bukannya hati.

Mereka tidak perlu tahu.

Tapi kini kau dimiliki orang.
Mungkin dia dapat menjanjikan masa depan yang bahagia buatmu.
Tidak sepertiku. Masa depan yang belum pasti.
Kerana Egoku, bukan peramal masa depan.