Pada suatu hari dulu 25/07/2010 kot..Masa ni dah lepas latihan dalam kelas selama 3 Bulan di Kolej TESDEC, semua pelajar BeST kena jalani 3 Bulan praktikal untuk memenuhi syarat kursus ni. Aku pun tak dapat cari tempat praktikal pilihan sendiri jadi TERpaksa la terima Tempat pemprosesan makanan Haiwan ni..
Nuinfra Mutiara FeedMill Sdn.Bhd
Lokasi : Kawasan Perindustrian Gong Badak
Ni jer mesin pemprosesan Makanan kambing dan lembu sahaja.. Setiap 'shift' anggaran dalam 10 tan lebih kot..agaknya la...
Semasa kami masuk nak praktikal sini, diorang adakan 'interview' terlebih dahulu. Praktikal punyer pasal layan jer. Keesokannya dah bleh masuk jupe ngan bos 'misai' dia mintak 'intro2' skit pastu tetiba nak salinan Kertas Kerja Tahun Akhir kami..pe kes nak praktikal makanan haiwan lembu kambing nk 'thesis' aku yang bertajuk 'Populasi Ikan di Tukun Tiruan' tersebut. Rupa-rupanya Bos 'Misai' tersebut di khabarkan tengah nak wat 'master' sekarang. dan 'gossip' seterunya..........
Banyak punyer guni makanan kambing , lembu..Disebabkan terlalu banyak, maka banyaklah produk yang buruk, berkulat dan tak memuaskan. [Klu produksi banyak tapi market kurang.......-ayat tergantung-]

Tapi bertuahnya aku praktikal sini cuma seminggu jer coz aku tak tahan dengan skop kerja yag tidak memberi aku buah fikiran. Skop kerja utama : QC -Quality Control. Sampingan: Facebook, Blog, Isi sampel produk, potong kertas label dan facebook, blog dan merenung dinding secara berulang kali. Pada masa yang sama aku bersama kawan aku tu, Hafizi berpakat untuk 'ciao no grata' kat Nuinfra ni dengan cari tempat praktikal yang lebih baik. So, telefon mengadu ke pihak kolej pasal tempat praktikal sini dan boleh lah tukar ke MARDI KUALA TERENGGANU atas bantuan classmate Ruby & Alin (asalnya diorang praktikal sini then, diorang tukar ke MARDI pusat lain lak...Aku & Hafizi ganti diorang jer....)

Sebagai pelajar praktikal, untuk bekerja selama 6 hari Seminggu, 8 jam sehari, mempunyai 'shift' pagi dan malam, Tanpa Elaun merupakan satu exploitasi tenaga kerja.

Begitu lah asal-usulnya aku mendapat praktikal di MARDI KUALA TERENGGANU ni yang banyak memberi input yang BERMANFAAT dan merangsang aku untuk menjadi seorang USAHAWAN pada masa kelak.
p/s: terlupa nak publish lak..sepatutnya publish pg td..huhuhuhu