30 September 2010

Sabtu lepas (25/09/10) merupakan hari Pasar Tani yang biasa aku pergi diadakan. Aku keluar agak lewat dalam jam 12.30tghri dah. Setibanya di sana kelihatan penjual mula mengemas gerai masing-masing. Sempat juga aku beli Ikan "Molly" (tak sure lak.dah google mungkin tertukar dengan Ikan "Platys") 6 ekor (RM5) dan makanan Ikan Puyu Ix (Lama tak jenguk Ikan Puyu coz aku letak dalam tempayan jer...Bila tabur makanan adalah yang menyambar..Macam bagi makan ke 'toyol' lak coz tak nampak..hahha.)

Inilah rupa Ikan Bandaraya (Plecostomus Fish) yang aku beli di "Pet Shop",Manir. (Harga:2.50). Saiz Kecik gak. Beli bersama Ikan Laga Betina (80 Sen)<<---'confuse' takut tertukar dengan Ikan Laga Sawah.huhu...

Jadi Sekarang Komuniti Akuarium Ix adalah:-
Ikan Guppy (Guppies)
Ikan Ekor Pedang (SwordTail)
Ikan Molly (Molly Fish -maybe Ikan Platy-)<<---Dah Google rasanya Ikan Platy.
Ikan Bandaraya


Luar Akuarium:
Ikan Puyu (Masih pencubaan untuk ternak)
Ikan Laga (Warna Merah-Jantan-)
Ikan Laga Betina (Warna Gelap-confuse takut tertukar dengan Ikan Laga Sawah.-)<<--Pekerja sana bagitau Ikan Laga Betina.



Posted on Khamis, September 30, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

29 September 2010

 Aku sekarang ni cuba untuk mengurangkan Makan Malam. (Siang2 dah "Tak Kenyang, Tak Lapar "). Biasa klu malam-malam dah kebulur aku makan Maggi/Mamee jer. Kali ni aku CUBA untuk berubah kepada "Mi Tanpa Goreng"
 CINTAN menjadi Pilihan : Mi Tanpa Goreng 
Tiada Bahan Pengawet. Tiada Pewarna. Bebas Kolestrol

(Masa kat MARDI ada pasangan suami isteri yang belajar buat Mi Sanggul a.k.a  Mi Kering ni)
 
Masa buat Mi Kering pun proses lebih kurang jer cuma Mi Kering Ala-Mardi tu dikering dalam Oven/ Di Stim/ Di Goreng
Maklumat Pemakanan yang terdapat dalam Mi Tanpa Goreng CINTAN

Contoh Hidangan:
 Mi Tanpa Kering CINTAN tersebut aku rebus macam biasa dan campurkan sedikit garam sahaja.

 Ada Mi Tanpa Kering CINTAN ni Ix rebus danToss dan Makan bersama lauk pauk (Sebagai pengganti Nasi la Kononnya...)

p/s: Sorry tak reply komen dalam entry-entry lepas....huhu
P/S: Usahawan yang wat Kordial Nangka datang nak tengok cara wat Soya. Ix demo la.
Dia cakap,"Saya ada suruh anak saya search internet pasal kordial nangka ni, pastu anak saya nampak gambar yg kita wat aritu...awak letak ke?"
Ix,"Ha! Saya yang letak gambar tu..Dalam Blog saya la tu...."

Posted on Rabu, September 29, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

28 September 2010

 Beberapa hari yang lepas Mama mintak alihkan almari tingkat atas ke Bilik Solat. (Almari tersebut dari Bilik aku yang tak digunakan coz menyempitkan ruang bilik.). Almari tersebut dipenuhi dengan pakaian lama. Jadi Mama nak 'lupuskan' jer pakaian tersebut. Banyak jugak pakaian terpakai (mungkin akan diagihkan kepada sesiapa yang patut..-tunggu abang aku balik cuti skolah nanti-)
Mama tengah mengemaskan/membungkus pakaian terpakai.
Buku-buku yang tak digunakan juga dikumpul. Mungkin dihantar ke Pusat Kitar Semula -Di Jalan Pulau Musang/Kuala Bekah & beberapa tempat lagi-RD PAPERS- (Kalau rajin la..klu malas letak je kat tong sampah yang 3 jenis tu....). Mama kata,"Bakar jer..", Ix kata,"Baik hantar ke tempat kitar semula daripada Bakar..Kan bakar mencemarkan ozon..". Tak tahu respon Mama coz aku membelakangi Mama coz sedang mengemas bawah tangga

P/S: camne nak lupuskan barangan elektronik seperti Printer, Monitor PC, CPU PC, Radio erk? Ada sesiapa tahu? Tolong share yer....Time kasih...

Posted on Selasa, September 28, 2010 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

27 September 2010

Kebanyakkan Blogger mesti mengingini blog mereka di kenali ramai. Di sini pentingnya Follower. Semakin banyak Follower, Semakin mudah Blog anda di kenali.
Seperti 'Tagline Followers' aku iaitu:
"Follow Me-Follow You"

Sudah tentu terpulang pada kita untuk "Follow" Blog seseorang itu. Aku (Ix) juga bermula Blog dari tiada 'Follower' dan Sekarang sudah mencapai 200++ Followers sepanjang 2 Tahun lebih ber'blogging'. Jadi, sesiapa yang 'Follow' Blog aku, aku akan 'Follow' balik 'Blogger' tersebut. (Ada juga terdapat 'Silent Followers' di mana aku tak dapat masuk ke dalam Blog mereka -maybe coz tidak disertakan 'Link'-)
TAPI...
 ada sesetengah Blog yang agak 'melampau' aku tak Follow balik.
Ada blog yang menarik aku Follow dengan sukarela.
Yang penting, Tiada paksaan untuk 'Follow-Follow' Blog ni.

Kenapa?
Kerana sebagai seorang Blogger, perlu untuk mengembangkan 'network' blog. Jadi, 'Follower' tersebut sebagai 'Supporter' yang secara tak langsung 'memeriahkan' blog kita walaupun 'Followers' beratus-ratus tapi komen setiap entry tidak lah seberapa.
Selebihnya bergantung pada Blogger itu sendiri untuk 'menyajikan' Entries buat 'Followers/Silent Readers dan menarik lebih banyak "Readers" supaya menjadi sebuah Blog yang dikenali ramai dan berkongsi perlbagai cerita! ^__^V

p/s: Lain blogger mempunyai pendapat berbeza mengenai FOLLOWERS ni.
p/p/s: lambat btol loading 'New Post' guna Mozilla Firefox, Last-last guna Internet Explorer ok skit.

Posted on Isnin, September 27, 2010 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

 Segmen 'Revise' mengulang kali aktiviti Ix di Bulan Ramadhan, MARDI telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Rumah Kebajikan Warga Tua , Kg.Tok Dor, Besut, Terengganu.
Aku bertolak pada awal pagi setelah dengan 'berat hatinya' ikut orang atasan naik van ke Besut ni seawal jam 10Pagi! Tu pun sebab 'Supervisor Bos' aku  yang tengah bercuti call  bahawa makcik tu call dia supaya kami ikut serta. Kalau tak,..huhuu Siapkan juadah berbuka jam 12ptg! Awal siot! Letih aku duk menunggu. Orang atasan tu lak suka hati jer balik. Datang awal-awal, tunjuk muka, potong2 sayur skit pastu blah.Pe kes makcik! Dah la muka beliau pun tak nampak masa berbuka puasa aritu..Tak puas hati btol aku kat makcik tu.huh!
 Selepas makcik tu borak-borang ngan pengurusan rumah kebajikan ni. Kami jalan-jalan tengok sekitar jap. Kat sana ada 'studentS' praktikal daripada MASTERSKILL.

Lepas siap-siap lah juadah untuk berbuka puasa.huhuhu~ Masak lauk gulai daging kambing, ayam masak merah, ikan goreng dan sayur.
Mulalah anak teruna macam aku ni dikerah untuk menyiang ikan yang banyak sebakul tu. Pastu ada makcik tu datang berkata,"Gunalah pisau, baru cantik skit..."<---cantik @#$%^..Hahah! orang nak cepat dan mudah.Lagipun ikan-ikan tu dah agak lama. Kitorang guna TANGAN jer..<<--Biasa la orang dah terer, menyiang ikan guna tangan jer...Poyoss!
Ada la menjawab ngan perlahan,"Biasa lah dah jadi Boss makanan, nak cantik jer..."



Kawasan sekitar Rumah Kebajikan Warga Tua.
Warga Tua di sini bukannya Rumah Kebajikan Masyarakat yang terima warga tua yang disingkirkan. Di sini lebih kurang asrama untuk warga tua tersebut, disediakan satu rumah di bahagi dua, duk seorang satu. Di sini mungkin kehidupan mereka lebih bermakna di temani rakan-rakan mereka berbanding ditinggalkan keseorangan dirumah manakala anak-anak pergi kerja.

Setiap warga tua yang ada di sini juga dikenakan yuran kemasukan lebih kurang RM50 sahaja seumur hidup. Ada juga kedengaran warga tua daripada Kelantan, Besut, Terengganu, Pahang yang menanti anak mereka jemput untuk balik beraya.
Sebenarnya kami tidak menyangka bahawa penduduk kampung juga dijemput hadir. Ingatkan semua cawangan MARDI jer. Yang MARDI Jerangau, Besut, Kemaman dan Kelantan tiba agak lewat. Hanya kami warga MARDI K.Terengganu jer yang menyediakan lauk serta hidangan ni...huhuhu~ 
Lauk dan tempat duduk tak brapa cukup coz maybe tak dirancang bebetul dan kami juga tak diberitahu (aku dah bertanya dah yer....)
Selepas jer solat maghrib, kami bebudak praktikal terus balik ke MARDI K.Terengganu dan tiba lebih kurang jam 9.00mlm.

p/s: orang atasan kenalah ada 'empathy'. Jangan suka hati jer nak arah-arah.

Posted on Isnin, September 27, 2010 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

26 September 2010

Quotes of the Day:
"Kau tetap SETAN di mata aku. Biar orang lain jer anggap kau MALAIKAT"

Ada Band yang pernah jadi 'feveret' aku.
The Click Five

"Angel To You (Devil To Me)" By The Click Five


p/s: Perumpamaan 'Malaikat' dan 'syaitan' menunjukkan satu perbandingan yang 'ketara/extreme/obsesi/melampau untuk menerangkan jurang sifat yang teramat sangat dalam.

Posted on Ahad, September 26, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

25 September 2010

 Pada suatu hari di Bulan Puasa Ramadhan lepas. ex-housemate a.k.a kawan aku ni mem'propose' untuk berbuka kat luar. Sejak kitorang berpecah dari rumah dulu, memang susah nak re-union (puyussnya...with U=O) di Kedai Makan Tian Kee (ia merupakan kedai cina yang Halal...). Dulu pun aku pernah skali di ajak kawan aku makan 'steambot' sini..not bad la....
Macam biasa aku menjadi 'photographer amateur'.
Kedai Makan Tian Kee terletak di belakang bangunan AmAssurance. Bertentangan Secret Recipe. Bersebelahan Batu Burok Resort. Dekat gak ngan benteng pemecah ombak. Memang menjadi tumpuan pengunjung Melayu dan Cina terutamannya. Tapi harganya boleh tahan juga la...

Menikmati hidangan berbuka puasa tajaan Areep (yang tengah tunjuk tu..). Disertai oleh Nazri (sedang amik kuah), Saiful (yang nampak tangan pegang sudu sebelah kiri gambar...) dan Mr.Ixbarr sendiri (yang mengambil gambar.)
Selesai menikmati juadah berbuka puasa yang lazat tu : Ikan Siakap (kerapu kot) Tiga Rasa. Sup taufu (lebih kurang la..), Udang masak tetttt (tak ingat) dan sayur kailan yang 'crunchy'.
Rate Mr.Ix: 3.9/5

Posted on Sabtu, September 25, 2010 by Ismiqbal Abdullah

No comments

 15-18 Sept 2010. Sepanjang tarikh ni berlaku perjalanan aku dari Kuala Terengganu-Kuala Lumpur/Selangor-Terengganu. Tak ingat lak 'flow skrip' citer ni tapi 'update' la stakat yang mampu yer...

 15 Sept 2010: Dalam kul 4ptg lebih aku tunggu kawan aku kat Pantai Batu Buruk untuk bertolak ke Selangor/KL. Sampai ke destinasi Pandan Indah lebih kurang jam 11.45mlm. Aku pun letih gak walaupun juz duduk jer...

16 Sept 2010: Since hari ni cuti Hari Malaysia, kami kuar agak "brunch time" la...(breakfast + lunch time). Mula-mula jalan kat One Utama Shopping Centre. Motif utama di One Utama ni adalah untuk singgah di kedai Craft Haven Enterprise coz menurut Sofi dan Yet, kat sini ada jual barangan buat craft. Dan dalam kes Mr Ix barang craft utama adalah 'Artistic Wire'. Dulu punyer susah nak explain jenis wire ni.Sekarang dah jupe nampak ok skit la hasil kraf.

Ternampak kat tengah One Utama ni ada tema "Kampung". Memang kreatif dia wat tema "Kampung" ni dalam Mall..
 
 Nampak memang realistik dengan pokok pinang, sawah padi, lumpur, rumput yang 'real'
Objective to Craft Haven Enterprise Accomplished!
Lepas tu kawan aku ajak singgah tempat yg banyak jual barang untuk persediaan perkahwinan tu.Macam Mall gak ..tak ingat nama lak

 Berjalan-jalans seketika nampak kawan aku tu merayau jer tengok Big Apple Donut. Donashi masih dalam promosi lagi . 9 Ketul untuk RM6.(normally RM11 klu tak silap)-sehingga 19/09/10 jer-
Rasanya lebih kurang tart telur jer cuma inti berlainan.
 (Menurutnya sedap Donashi ni...Bagi aku. ok la...tp tak leh makan banyak2 nanti muak.)

Lepas tu singgah Zohor jap di Masjid ala-Masjid Biru Turki ni...tak iingat lak katner..korang tau?
Menarik btol reka bentuk masjid ni...

 Then petang tu lepak jap kat Dataran Merdeka sambil tengok gelagak manusia dan bergambar....

  
Singgah Asar lak kat Masjid Negara. Kat sini aku dapat tengoklah kubur orang-orang kenamaan negara seperti Bekas Perdana Menteri Malaysia. Cuma kubur Tunku Abdul Rahman je takde coz di tanam di tanah perkuburan Di Raja kerabat Allahyarham la..

On The way balik, singgah kat Bukit Bintang jap tengok gelagat manusia, singgah kat Low Yat beli wireless mouse tu (ntah kenapa tetiba mouse aku tak gerak lagi..macam mouse lepas gak....huhu..aku x reti jaga mouse ker...)
Sambil minum tengok ada 'live band' kat penjuru kedai tu. Tapi bising la..susah untuk borak-borak..

17 Sept.2010 : Hari tu hari Jumaat takde gi jejalan memana sangat. Layan Movie jer 2,3 tajuk. Sambil beli tiket 'last minute' untuk balik Terengganu jam 10.00pg.

18 Sept.2010 : Malam tu layan Movie "The Expendables" (untuk kali ke dua) dan Movie "Salt" jer..Movie 'Salt' bagi aku agak biasa jer, plot cite dah leh agak cuma tengok untuk jalan cerita jer la. Aku tido jalm 4.30pg malam tu..hahhah! Dah la naik bas kul 10pg esk.
Dah sampai hentian putra dalam jam 9.30pg, tungu punyer tunggu punyer tunggu sampai kul 11pg baru ada pengumuman pasal bas yang bakal aku naiki ni BAS MUTIARA. Tup~tup kena aik BAS TAMBAHAN (BAS SEKOLAH) 
!@#$%^&*(*&^%$#@!@#$%^&*(*&^%$#@!@#$%^&*()(*&^%$#@!@#$%^&*()_)(*&^%$#@!~!@#$%^&*()(*&^%$#@! 
PUNYER BAS MUTIARA! BOIKOTT LA PASNI BAS MUTIARA! DAH LA NAIK BAS GONCANG-GONCANG JER..KEPALA AKU SELALU TERHANTUK NGAN SEAT.

p/s: terseksa sangat naik bas tu, nak kuar gi cari-cari anak ikan lak....anak ikan siam dah ada, nak cari ikan apa lagi ni....

Posted on Sabtu, September 25, 2010 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

24 September 2010

11 Sept 2010. Alang-alang Sofi nak balik Terengganu, aku sepat jugak kirim "Artistic Wire" berwarna 'Brass'iaitu bewarna kekuningan emas .Saiz: 20 Gauge (0.81mm). 6 yd (5.5 meter). Harga: RM21 (harga biasa RM26.90). Made in U.S.A. Coz memang suka untuk mencari sumber 'Artistic Wire' ni. Sumber: Craft Haven Enterprise. One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya.

Mengikut deskripsi produk:-  
Soft Temper, Shapeable, Tarnish Resistant, Permanently Enamel Colored, Perfect for Jewelry and Crafts, Non-Tarnish Brass. Permanently Colored Copper Wire.
Nanti kan produk aku menggunakan "Artistic Wire" warna Brass/gold/yellowish ni....


Aku menggunakan jenis 'wire' @ dawai ni la untuk membuat 'Seaglass' keychain aku tu...Dan 'Seaglass' tersebut merupakan salah satu hadiah untuk pemenang "MONOLOG: THE CONTEST"! Sesiapa yang belum join masih ada banyak masa lagi. sehingga 30 Okt.2010!!

THANX A BUNCH TO SOFI AND BELOVED~~

Posted on Jumaat, September 24, 2010 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

Kisah Raya Aidilfitri ke-3 lepas. Memang dah terlintas di benak fikiranku untuk masak spageti ni pastu Mama minta aku masak spaghetti untuk raya ke-3. Jadi, TERpaksa la aku ke Mydin Mall untuk beli barang2 tersebut. Biasanya aku beli yang timbang TAPI kali ni di musim2 perayaan ni pengunjung di Mydin Mall melebihi dari tahap NORMAL...jadi, beli yang dah 'packed' jer. Hampir sejam gak terperangkap dalam Mydin Mall tu..huhu

Keesokkan paginya (Hari Raya Ketiga), aku bangun macam biasa terus masak spaghetti sendiri (coz Mama tak biasa masak spaghetti ni....Thax to Yet yang memperkenalkan spaghetti ni...hehhe)
Sebelum lebih lanjut, perkenalkan chef anda kali ni dan untuk berkali-kalinya serta seterusnya.....
Mula-mula masak kuah spaghetti tu memang aku tak pakai apron. tappi disebabkan aku memakai baju putih dan masa nak kacau kuah tu, sos dia terpercik ke baju aku...huhu..jadi kenalah pakai apron...
Kali ni masa untuk dua kali ganda iaitu dua bungkus spaghetti. Dalam masa satu hari tu. HABIS jugak semua spaghetti tu hasil masakkan aku. Hehhehe! Satu kepuasan juga bila hasil masakan dinikmati habis.

Lepas jer wat spaghetti tu, aku cuba untuk wat jeli menggunakan perisa kordial buah-buahan pula...
Kuantiti air = 3 Liter
Hasil = 22 Bekas
Perisa: Laici, Barli, Sunquick, Jambu dan Epal
Tapi jeli kali ni tak mendapat sambutan coz agak kurang kemanisanya..aku pun tak brapa suka...jadi untuk habiskan hasil ni dari membazir, aku hancurkan jeli-jeli tersebut dan campurkan ke dalam minuman kordial....Sedap jugak Jeli campur minuman ni..Macam Nata de' Coco la....


p/s: rasanya semalam dah 'schedule' dah post ni...apasal tak publish lak...huhuhuhu..kena publish secara manual lagi...

p/s: pagi yang hujan di pagi jumaat....

Posted on Jumaat, September 24, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

23 September 2010

Pada suatu hari dulu 25/07/2010 kot..Masa ni dah lepas latihan dalam kelas selama 3 Bulan di Kolej TESDEC, semua pelajar BeST kena jalani 3 Bulan praktikal untuk memenuhi syarat kursus ni. Aku pun tak dapat cari tempat praktikal pilihan sendiri jadi TERpaksa la terima Tempat pemprosesan makanan Haiwan ni..
Nuinfra Mutiara FeedMill Sdn.Bhd
Lokasi : Kawasan Perindustrian Gong Badak
Ni jer mesin pemprosesan Makanan kambing dan lembu sahaja.. Setiap 'shift' anggaran dalam 10 tan lebih kot..agaknya la...
Semasa kami masuk nak praktikal sini, diorang adakan 'interview' terlebih dahulu. Praktikal punyer pasal layan jer. Keesokannya dah bleh masuk jupe ngan bos 'misai' dia mintak 'intro2' skit pastu tetiba nak salinan Kertas Kerja Tahun Akhir kami..pe kes nak praktikal makanan haiwan lembu kambing nk 'thesis' aku yang bertajuk 'Populasi Ikan di Tukun Tiruan' tersebut. Rupa-rupanya Bos 'Misai' tersebut di khabarkan tengah nak wat 'master' sekarang. dan 'gossip' seterunya..........
Banyak punyer guni makanan kambing , lembu..Disebabkan terlalu banyak, maka banyaklah produk yang buruk, berkulat dan tak memuaskan. [Klu produksi banyak tapi market kurang.......-ayat tergantung-]

Tapi bertuahnya aku praktikal sini cuma seminggu jer coz aku tak tahan dengan skop kerja yag tidak memberi aku buah fikiran. Skop kerja utama : QC -Quality Control. Sampingan: Facebook, Blog, Isi sampel produk, potong kertas label dan facebook, blog dan merenung dinding secara berulang kali. Pada masa yang sama aku bersama kawan aku tu, Hafizi berpakat untuk 'ciao no grata' kat Nuinfra ni dengan cari tempat praktikal yang lebih baik. So, telefon mengadu ke pihak kolej pasal tempat praktikal sini dan boleh lah tukar ke MARDI KUALA TERENGGANU atas bantuan classmate Ruby & Alin (asalnya diorang praktikal sini then, diorang tukar ke MARDI pusat lain lak...Aku & Hafizi ganti diorang jer....)

Sebagai pelajar praktikal, untuk bekerja selama 6 hari Seminggu, 8 jam sehari, mempunyai 'shift' pagi dan malam, Tanpa Elaun merupakan satu exploitasi tenaga kerja.

Begitu lah asal-usulnya aku mendapat praktikal di MARDI KUALA TERENGGANU ni yang banyak memberi input yang BERMANFAAT dan merangsang aku untuk menjadi seorang USAHAWAN pada masa kelak.
p/s: terlupa nak publish lak..sepatutnya publish pg td..huhuhuhu

Posted on Khamis, September 23, 2010 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

22 September 2010

13 Sept.2010. Mini gathering ini dengan suka hatinya aku menggelarkannya sempena Hari Raya Aidilfitri dan Musim Cuti Budak Skolah berlangsung di Kopitiam First Station Kuala Terengganu (Berhampiran Secret Recipe K.Terengganu)
[Dah ilang skrip yang aku tulis coz Aceron tadi ter'koma' jap disebabkan 'overheated'..Kata orang, ni le pasal coz guna 'intel Celeron' ..Btol ker?? walaupun dah guna 'cooler' tp cam gitu gak...ada sesape tau tak?]
[Skrip Asal]
13 Sept.2010. Mini Gathering 'FaceBookers' (not Hookers OK!!) a.k.a (Also Known As) F.R.I.E.N.D.S (puyusss btull ku nu....U => O)
Mini 'Gathering' yang sesuka hati jer aku reka ni berlangsung di First Station Kuala Terengganu (Sealiran dengan Secret Recipe Kuala Terengganu tu..Berhampiran AmAssurances Tanjung)

Aku sampai lebih lewat dari diorang semua ni yang sedang 'order' dari meja bulat yang bulat coz dah penuh orang kat meja yang petak.
Sementara tunggu 'order' makanan sampai..mereka sibuk jer melaya handphone ber'WiFi' diorang...Uish! bikin aku jeles ni...
Dan aku begitu jeles skali coz gelas "Nescafe Peng" aku macam gelas kedai mamak jer..mana aci..nak 'fancy2' gak..dah la makan kat Kopitiam..kena la ada rupa skit....huhu

 
Grilled Chicken di balut dengan Omelette + Black Pepper Sauce
Potato Wedges + Lemon Mayo (yang tersangat best..i Like! )
Telur Mata Kuning

 
Burrpppp~~!! (Uishh! sape la yang sungguh 'beradab' skali sendawa tu erk.)
(Terbaca dalam Mastika: Bagi Kaum Arab; Sendawa merupakan satu pujian seperti "terima kasih atas makanan")


Posted on Rabu, September 22, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

20 September 2010


Invitation to Premiere Screening of The American
From:
Nuffnang   
To:homosapiensz@yahoo.com

Dear Nuffnanger,

You're cordially invited to the Premiere Screening of The American happening on;

Date : 22 September 2010 (Wednesday)
Time : 9.30pm
Venue: Cathay Cineplex, e@Curve

Kindly confirm your attendance by sending an email to ###### by 12pm, 23 Sept (Wednesday) to confirm your attendance. Please do not reply to this email. Failure to confirm your attendance will result in your invites being revoked and passed to other bloggers.

A ticket collection counter will be opened at 8.30pm till 9.30pm at the lobby of the cinema. Latecomers will not be entertained.

We look forward to see you this Wednesday!

Cheers
Robb Chew
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd

Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community

p/s: tarikh 'Premiere Screening' tu 22 Sept (Wednesday) tapi kena 'confirm' emel sebelum 23 Sept (Wednesday) gak [maybe typo kot]..Jadi, cepat-cepatlah yer....sape nak tiket 'Premiere Screening of The American' ni...Sila P.M SEGERA!!

Aku 'confirm' lah tak dapat gi coz kat Terengganu..Sesaja jer 'join contest' Nuffnang ni..dah dapat leh la blanja sesapa yang nak gi tengok....

Sebelum ni pun dah dapat "Invitation Premiere Screening" dari Nuffnang ni untuk Filem "The Descent 2" [Refer LINK] Thanx to Pojie Pooh yang menawarkan diri untuk MEMANFAATKAN "Invitation Premiere Screening of The Descent 2" ni

Posted on Isnin, September 20, 2010 by Ismiqbal Abdullah

3 comments


ARKIB : 19/09/2010

Musytari hampiri bumi Isnin ini (Malam ni ker?20-09-10)

CAPE CANAVERAL, Florida 18 Sept. - Penduduk dunia berpeluang menyaksikan Musytari dengan mata kasar lewat malam Isnin ini, apabila planet itu akan beradadi kedudukan paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 50 tahun.
Musytari dilapor akan berada kira-kira 592 kilometer dari Bumi lewat malam Isnin, jarak terdekat dengan bumi sejak tahun 1963.
Planet terbesar dalam sistem solar tersebut mengeluarkan cahaya tiga kali lebih terang berbanding bintang paling berkilau di langit iaitu Sirius, dan ia hanya boleh dilihat sekali lagi pada 2022.
"Musytari sangat terang sekarang sehingga anda tidak memerlukan peta langit untuk melihatnya.
"Anda hanya perlu berjalan di luar dan ia boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi pemerhati berpengalaman, perbezaan melihat Musytari kali ini sangat penting," kata Tony Phillips, seorang pakar astronomi California yang berkhidmat dengan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
Bukan sahaja Musytari, planet Uranus juga dilapor bakal berada hampir dengan Bumi pada malam sama.
Ia akan berada dekat dengan Musytari tetapi agak sukar dilihat dengan mata kasar. Melalui teleskop, Uranus akan bersinar seperti cakera berwarna hijau zamrud, kurang satu darjah berbanding Musytari.
Musytari berada agak dekat dengan Bumi dalam tempoh setiap 12 tahun. Pada 1999, ia melalui Bumi pada jarak yang jauh.
Phillips berkata, fenomena yang disifatkan sebagai 'sekali seumur hidup itu' agak luar biasa kali ini kerana Uranus akan turut berada dekat dengan Bumi pada masa yang sama.
Walaupun boleh dilihat berhampiran Musytari menerusi teleskop, Uranus sebenarnya berada pada jarak 2.7 bilion kilometer dari Bumi pada malam Isnin ini. - AP

Lebih Maklumat di : Blogger ni.
Falak Online: Istiqbal istimewa Musytari  

[Sumber : Utusan Online]

Posted on Isnin, September 20, 2010 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

16-18/09/10. [GADGET] Masa ni tak aku sesaja reronda Kota Kuala Lumpur (bertukar angin jer sementara cuti raya 1 minggu ).bak kata pepatah,"Jauh perjalanan, Luas pandangan". Tak gitu????<<--ada gak pembaca yang !@#$%^ nnti....

Kebetulan dah ada sini, sepintas lalu jer terlintas untuk beli tikus takde ekor albino ni kat Low Yat. Harga RM30. Guna bateri AAA. 'Receiver USB' kecik jer mcm dalam gambar petak 'line' merah tu.

'Aceron' aku dah cari pengganti 'pet' yang 'K.O dah...beli masa PC Fair 18 July lepas. [Rujuk entry ni]. Jadi PET Aceron masa PC Fair dlu 'hidup' tak sampai dua bulan. Alkisahnya aku simpan 'mouse' dalam beg galas ditindih bersama fail dan laptop. Lepas tu letak dalam van. Kisah ni berlaku masa MARDI wat buka pose di Rumah Warga Emas di Besut aritu...huhuh (OHH..AKU TAK 'UPDATE' LAGI PASAL TU...). Maybe 'tikus' tu dah K.O coz kena tindih lama sangat kot..pastu beg tu ke hulu-hilir jer...

p/s: sepanjang kat KL tak berjalan mana pun..melawat beberapa tempat jer....

Posted on Isnin, September 20, 2010 by Ismiqbal Abdullah

7 comments

14 September 2010

Pada suatu hari (berdasakan tarikh pada gambar), Papa bagtau Mama nak gi Kg.Padang Machang (rumah baru family kami yang dalam pembinaan) untuk amik kelapa (nyior) muda. pastu aku menyampuk la dengan sopan-santunnya orang tua bercakap,"Nak gi gak! Nak wat jeli...." <<---Papa ok jer...

Setibanya di kawasan umah ni (Pokok nyior, limau memang dah di tanam terlebih dulu sini....Buah nyior tu spesis yang warna oren camtu..jadi susah skit nak tau nyior tua/muda...maklumlah Nyior awet muda.)

Pokok kelapa ni jenis renek jer...Leh petik guna tangga jer...banyak gak tandan kelapa tu...(Opss...Nyior tu..)

Selepas kupas kelapa (nyior) guna alat pengupas (pengopek nyior). Memang dah dikenalpasti sebagai kelapa tua berdasarkan sabut kelapa. Jika kelapa muda sabun kelapa lebih padat.

Jeli (Agar-agar) Kelapa ni saje jer nak try. Kalau jeli kepala yang asal tak guna pun agar-agar ni.
Bahan: (% peratus bergantung pada kuantiti bahan)
 Air Kelapa 40-50%
Air Masak 50-60% (air kena lebih supaya lebih menjadi Jeli -tidak jadi agar-agar-)
Gula (Secukup rasa)

Isi nyior tersebut di parut (sepatutnya direndam dengan air gula...)
Agar-agar dilarutkan terlebih dahulu sebelum masukkan gula.
Selepas Agar dan gula larut..Baru masukkan air nyior. Biarkan panas sekejap dan tuangkan dalam bekas.

Bekas tu sebaiknya direndam tapaknya dalam bekas sejuk. (Nak cepat sejuk)
Dan Siap!! Agar-agar kelapa (tak jadi jeli kelapa la coz agarnya agak keras.)

p/s: nanti akan di 'update' cara-cara membuat jeli kelapa dengan bahan-bahan yang betol ye....yang ni cincai2 jer....hahah

Posted on Selasa, September 14, 2010 by Ismiqbal Abdullah

10 comments

11 September 2010

Entry kali ni cuma nak memperkenalkan blog terbaru aku (walaupun dah 2,3 kali aku menukar 2nd blog aku...huhu)
Blog kali ni ialah:
BLOG OF ART  /   ART OF BLOG
Blog ni hajatnya untuk mempromosikan hasil kerja tangan aku atau  apa-apa berkaitan dengan seni Blog, Photografi, Kraf dan apa-apa berkaitan bukan personal sangat....


p/s: sungguh jeles melihat blog orang lain ada logo sendiri..kena fikirkan Nama dan Logo yang lebih komersial ni....huhuhu~~

p/s: tajuk/link blog tersebut mungkin berubah mengikut keadaan.

Posted on Sabtu, September 11, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

10 September 2010

Cuaca pagi raya di Terengganu ialah Hujan rintik-rintik...Awan mendung masih menyelubungi permukaan langit Terengganu. Pagi ni aku pakai Baju Melayu tahun lepas punyer bewarna MERAH.

Buat Semua Bloggers, Silent Readers dan Viewers,Sekali lagi aku ucapkan,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN"

Assalamualaikum buat semua ahli Nuffnanger yang dihormati,

Menjelangnya bulan Syawal, kami di Nuffnang ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam terutama sekali kepada mereka di dalam komuniti kami.

Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan  kesulitan yang telah berlaku sepanjang perkhidmatan kami, sama ada secara sedar atau pun tidak.

Segala sokongan yang anda telah berikan sebagai ahli komuniti Nuffnang amatlah dihargai dan kami berharap anda semua dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan di musim perayaan tahun ini.

Salam Aidilfitri buat anda sekeluarga.

Maaf zahir dan batin.

Daripada Warga Staf Nuffnang


Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community

Mood : Sedang mendengar lagu raya.
p/s: copy paste daripada emel Nuffnang kepada aku...

Posted on Jumaat, September 10, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

09 September 2010

Dewasa ini di malam raya. Dah besar-besar takde mood nak menyambut raya. Nak dengar lagu raya pun tak semangat. Apatah lagi untuk 'shopping' raya. Raya Oh Raya. Sebagai amik syarat Hari Raya Aidilfitri yang di sambut setahun sekali ni:
 SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
ANDAI TERDAPAT TERSALAH LAKU, TERLANJUR BICARA

Baru jer terlintas beberapa minit yang lalu:
Tema Raya aku tahun ni ialah : 
MY BLOODY RAYA
Baju melayu pun pakai tahun lepas punyer iaitu warna MERAH
MERAH menjadi warna kegemaran aku sejak akhir-akhir ni.
MERAH secara psikologinya memberikan aku 'KEYAKINAN, MARUAH, MARAH, EGO, SEMANGAT'

Tagline Raya: "NYAWA ITU BUKAN MILIK KITA"
Nyawa itu hanyalah pinjaman daripad Allah S.W.T kepada kita. Bukanlah hak kita semata-mata. Dengan nyawa itu membolehkan kita BANTU makhluk lain. Nyawa itu membuatkan makhluk lain BAHAGIA. Nyawa kita memberikan makhluk lain CINTA. Nyawa kita meringankan BEBAN makhluk lain. Nyawa kita PIMPIN makhluk lain. Kitalah MANUSIA yang alpa dan pelupa maknanya, dilantik oleh ALLAH menjadi KHALIFAH. Hargai nyawa kita bukan untuk diri sendiri, tapi demi makhluk lain juga.

BERHATI-HATI MENGGUNAKAN JALAN RAYA. PANDULAH DENGAN CERMAT

Posted on Khamis, September 09, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

Sempena cuti raya aidilfitri ni. Seluruh rakyat malaysia baik orang islam mahupun bukan islam tetap mengambil kesempatan untuk bercuti. Jadi Saya ingin memperingatkan, pandulah dengan cermat, berhati-hati, sentiasa fokus dan ingatlah orang tersayang
Ingatlah wahai pemandu, anda bukan sahaja membawa nyawa untuk diri anda sahaja, tapi nyawa anda itu juga di nikmati oleh orang lain juga.

Sebagai tatapan bersama (walaupun ada dah tengok iklan ni..)





Jangan jadikan perjalanan anda menyampaikan berita sedih buat yang menanti dengan penuh kesabaran.
Ketika ini kita gembira, gelak ketawa..
Mungkin esok ia tiada..
Hidup tidak sentiasa di akhiri dengan gembira
hanya kenangan yang gembira menjadi ingatan sentiasa

I LOVE YOU GUYS!
(walaupun kita tak pernah kenal...LOVE is Universal)
Saya telah menerima berita kehilangan kawan yang terlibat akibat kecelakaan jalan raya. Saya tidak ingin mendapat berita yang sama lagi~

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Posted on Khamis, September 09, 2010 by Ismiqbal Abdullah

No comments

08 September 2010

Ntah brapa lama 'Metered Earning' ni melekat kat blog aku ni. Yang penting Mr./Mrs.Nuffnang masih sudi bagi 'duit saku' yang tak seberapa sempena bulan Kemerdekaan+Ramadhan+Syawal ni.

Semoga rezeki dari Mr./Mrs Nuffnang makin bertambah..Aminnn!!

p/s: Sila lah JOIN "MONOLOG: THE CONTEST"...




Posted on Rabu, September 08, 2010 by Ismiqbal Abdullah

1 comment

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)

ZAKAT FITRAH merupakan zakat diri yang yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kadar Zakat Fitrah :- Kadar 1 = RM 5; Kadar 2 = RM 7; Kadar 3 = RM 8

Bersempena bulan Ramadan ini, Kaunter Zakat akan dibuka 7 hari seminggu bermula 2 Ogos 2010 hingga 9 September 2010 (sebelum Hari Raya). Waktu kaunter pada hari Jumaat - Rabu 8.30 pagi - 4.30 ptg dan hari Khamis 8.30 pagi - 3.00 ptg. Harap maklum.

FAQ Zakat Fitrah dari Lembaga Zakat Selangor


Waktu mengeluarkan zakat fitrah
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
[Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu-Zakat Fitrah-]

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Pegawai Dakwah Pena,
Lembaga Zakat Selangor,
Majlis Agama Islam Selangor



p/s: Sabda Nabi Muhammad S.A.W,"Puasa Ramadhan tergantung di antara langit dan bumi, tidak diangkat melainkan dengan mengeluarkan zakat fitrah" [Sumber : Muslim Diary Forum]

Posted on Rabu, September 08, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

07 September 2010

[Perutusan Hari Raya Oleh Mr.Homosapiensz]
Saya harap Blog yang tak seberapa ni dapat menyediakan info-info yang berguna kepada semua pembaca. Walaupun komen yang diterima tidaklah melebihi 10 secara puratanya tapi saya tetap terus berkongsi pengetahuan yang cetek ini bersama.
Menurut Nuffnang la...


www.Blogger.com pun sekarang ni telah menambah-baik dengan STAT tab untuk Blogger supaya mereka lebih peka terhadap TRAFFIC SOURCE BLOG mereka.
Dan secara tidak langsung menyedarkan kita bahawa masih ada pengunjung yang mencari sedikit pengetahuan di ruangan Blog kita walaupun mungkin sekadar menjeling jer...


GO~GO~GO~Keep Blogging!

P/S: Terima kasih banyak kepada regular comentator, silent readers dan silent watcher~~

p/p/s: baca pasal Zakat Fitrah esok di Homosapiensz.blogspot.com jam 8.30 PG

Posted on Selasa, September 07, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...