24 Ogos 2010 (Selasa) lepas sebagai pelatih praktikal di MARDI K.Terengganu kena lah kemas-kemaskan tempat pemprosesan baru MARDI ni. Kak TI bagitau kul 11 pagi ada usahawan nak datang untuk tunjuk ajar membuat Kordial Nangka. (Bahan mentah buah dari kebun beliau sendiri.)
Isi buah nangka yang beliau bawakan dari kebun beliau sendiri sudah di sejuk beku (deep freeze) bertujuan simpanan lebih lama.
Proses pengasingan biji dan isi buah
Hasilnya hanya isi buah sahaja digunakan dan dibersihkan dari 'Physical Hazard' seperti kulit biji, habuk-habuk dll.
Isi buah yang telah dibersihkan kemudian di kisar sehingga hancur.
Bagi proses Kordial Nangka ni..Isi buah yang di kisar tidak di tapis sebelum di masak kerana isinya sudah hancur dengan sebati dan tiada serat buah kelihatan tidak seperti buah jambu batu.
Semua jenis Kordial/Minuman daripada buah segar perlu di masak terlebih dahulu lebih lama berbanding menggunakan puri yang telah di tinkan kerana puri dalam tin telah dimasak dan sterile bagi mematikan mikroorganisma). Jadi proses memasak tersebut adalah bertujuan melarutkan gula, bahan pemekat dan mematikan mikroorganisma daripada buah tersebut.
Bahan pengawet, anti-buih (anti-foam) dan perasa di campur setelah api dimatikan. Anti-foam bertujuan bagi mengelakkan pembentukan buih yang banyak apabila produk dibungkuskan.
Larutan bahan yang siap di masak disejukkan terlebih dahulu sebelum di tuang ke dalam bekas plastik kordial ni bagi mengelakkan bahan plastik tersebut menjadi kecut.
Dah siap Kordial Nangka..! Sila amik sorang satu yer....dapat gak merasa masa berbuka puasa di rumah....


p/s: sape tahu katner ada jual botol plastik seperti kordial ni erk....huhu..A.S.A.P