Letihnya arini! Time aku tengah taip ni pun dah tersenguk-senguk..tapi update punyer pasal..tahan jer..
Masuk jer keje jam 7.55pagi terus gi masuk bilik aku..pastu jam 8.16pagi lebih kurang call dari bebudak praktikal lain mintak tolong angkat barang untuk persediaan Kursus Membuat Mee Kuning, Jeli Kelapa dan Dadih.

 Dalam jam 9 pagi lebih kursus yang di ketuai oleh Pn.Hajjah Che Rahani Zakaria menerangkan permulaan kepada semua peserta kursus lebih kurang 15 orang.


Aku tak bersama peserta ni untuk jam pertama coz aku sendiri 'busy' untuk menunjukkan label Kordial Asam Jawa daripada BB Guava Juice Trading ni kemudian gi hantar untuk 'print' sticker label.

Tempat perbincangan aku bersama dengan tokey BB Guava  Juice Trading bersama sampel Almond Cookies (FREE! kepada aku sahaja)
Aku tak sempat tengok diorang wat dadih dan jeli kelapa ni.. tapi takpe, masa ada lagi..leh'propose' penolongnya untuk ajar dengan syarat guna modal sendiri....hehhe
Dalam jam 11.00pagi aku bergegas masuk dalam tempat pemprosesan ni menolong apa yang patut..Maka aku jadilah seorang 'photographer' tidak bertauliah mundar-mandir mengambil gambar situasi kursus mee kuning ni...
 
 Ni la mesin secara manual yang digunakan..kos satu benda ni sekitar RM40-50 jer..Boleh didapati Giant (Mydin tak sure lak..)

Pemprosesan mee kuning bermula...Mulanya Hajjah demo kepada peserta, kemudia peserta sediri mengbuatnya sendiri

 
Selepas siap menggilis mee, kemudian direbus sementara dan letakkan sedikit minyak bagi mengelakkan mee melekat..(macam wat spagetti jer.). Hasilnya!

p/s: dah 2,3,4 kali terlelap beberapa saat masa tulis posting ni.