Sering kali saya sendiri melihat fadilat solat terawih di gemburkan mempunyai fadilat tersendiri pada hari-hari tertentu. Tapi saya mula terpandang pada Majalah Al-Islam Edisi Ogos 2010-Syaaban-Ramadhan 1431H- (Karya Utusan), Tahun ke-36; Bil:439; M/S: 38-40; Tulisan oleh : Nur Hasyimah Othaman dan di bincangkan oleh Dekan Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunah, Universiti Sains Islam Antarabangsa, Malaysia (USIM), Dr.Adnan Mohamed Yusoff ketika diminta pandangan berhubung hadis yang dikaitkan dengan ganjaran solat terawih sepanjang bulan ramadhan menyatakan, ia adalah hadis maudhu dan direka bagi tujuan galakan untuk umat Islam menunaikan kewajipan berpuasa. 

Sebagai seorang Islam , kita tidak boleh beramal dengan hadis tersebut. Namun jangan disalahtafsirkan, tidak boleh beramal dengan hadis berkenaan bukan bermaksud tidak boleh mengamalakan amalan puasa untuk merebut ganjaran di bulan tersebut. Yang pasti terdapat banyak lagi hadis sahih yang boleh dijadikan pegangan oleh umat islam khususnya mengenai tawaran serta janji Allah untuk umat islam yang berpuasa. Justeru, apakah masih perlu seseorang itu berpegang dengan hadis maudhu yang ternyata ia satu perbuatan yang boleh mengelirukan dan akhirnya masyarakat akan terus menjadi masyarakat Islam yang taklid membabi buta! 

Antara Hadis sahih berkaitan tawaran di bulan ramadhan 

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda,”Sesiapa yang mengerjakan puasa di bulan ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.” –Hadis Sahih- Riwayat Bukhari dan Muslim- 

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila datang bulan ramadan, terbukalah pintu-pintu syurga”-Hadis Sahih-Riwayat Bukhari- 

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Muhammad s.a.w, sabdanya,”Apabila bermula malam yang pertama dari bulan ramadan, menyerulah malaikat, berkata,”Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya’ (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka-daripada memasukinya.”-Riwayat Tirmizi dan Nasa’i-Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan ramadhan) 

*Sumber: Majalah Al Islam Edisi Ogos 2010 (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)(JAKIM) di Tulis semula oleh Mr.Homosapiensz.