Catatan praktikal kat MARDI arini (11/08/10)
Hari ni merupakan hari pertama aku berpuasa di pejabat..Plan harini nak wat Air Soya.barang-barang di sediakan sendiri..pagi ni kami cuma rendam je kacang soya tu...Pagi tu Hajjah ajak kami untuk ikut skali ke tempat proses laksa (laksa yang wat dari beras...berwarna putih) bersama boss & penolongnya..dan juga kawan praktikal aku.

Tempat proses laksa putih a.k.a laksa beras. Laksa Terengganu wat dari laksa ni la..

Selepas habis melawat tempat proses laksa ni, Kami mencari rumah orang-orang yang tersenarai dalam program E-Kasih untuk membuat bancian menolong orang kurang senang ni supaya MARDI dapat menolong mereka dengan menyediakan Projek berasaskan pertanian, makanan.

Dengan letihnya kami berjalan cari umah ni, tengahari balik pejabat..Sambung aktiviti kami wat Air Soya (buat kali pertamanya bagi aku...huhu)

Rupanya senang jer nak wat air soya ni..Cuma air soya dipanaskan sampai mendidih tu kena sentiasa di kacau bagi mengelakkan 'hangit'..(kami wat hangit tadi..maybe coz cara kacau tak menyeluruh menyebabkan gula terkumpul di bahagian tengah periuk)

Berbuka puasa tadi Mama masak laksa kuah putih ni

Sepanjang bulan puasa, waktu pejabat: Ahad-Rabu=8pg-4.30ptg; Khamis: 8pg-3ptg.