Since aku slalu 'update' perihal catatan praktikal aku di MARDI di Facebook...jadi, apa kata kau ceritakan dengan lebih panjang di Blog ni...(sesambil leh update blog..)

Catatan Praktikal di MARDI K.Terengganu harini (09 Ogos 2010)

Aku 'tumbuk' kad kemasukan jam 07:59pg...(nasib baik la mesin punch card tu takde dakwat...kena tulis ngan pen jer)
Mula-mula lepak baca suratkhabar kat ruang menunggu kejap...pastu aku sambung wat label untuk BB Guava Juice Trading sementara menunggu driver hantar ke Taman Syahbandar, K.Terengganu untuk tengok Mini MAHA...


Dalam perjalanan tu En.Khalid (staff bahagian .errr..urmm...) bawak singgah ke BB Guava Juice Trading untuk aku tunjukkan design label yang aku wat untuk Kordial diorang...Semasa nak balik tu diorang tnya,"Nak minum air jambu x? Nak makan jambu?? Bawak balik jer la erk..minum kat umah"


Jadi BB Guava Juice Trading (bersebelahan Jambatan Manir, K.Terengganu) tu dengan murah hatinya memberi sampel Kordial Jambu, Kordial Oren, 4 Biji Jambu Batu & serbuk Asam boi sebagai ole-ole aku...

Lepas tu kami makan nasi minyak yang tak seberapa 'best' sebelum ke Mini MAHA tersebut..Sampai jer sana pusing2 jap jupe la kawan kami yang praktikal kat FAMA juga di sana. Jupe gak ngan ex-schoolmates aku jugak :)

En.Khalid masuk kontes 'mengupas nanas' dan mendapat tempat kedua daripada 6-8 org peserta..Kira kagum la tu..tp Boss aku cakap,"En.Khalid tu tak dapat lawan saya lagi...saya dapat tempat pertama.." (Boss aku tu pompuan dipanggil Hajah..baik btol orangnya.)

Since, dah ada budak praktikal "bawah umur" <<--pompuan yg hyperaktif tu jaga booth MARDI jadi aku & kawan aku tu jalan2 la pusing expo tersebut..terjupe lagi classmate kami...then, kami berempat gi minum2...

Petang tu kami di jemput "DURIAN PARTY" yang diadakan di pejabat FAMA K.Terengganu...kenyang btol makan durian..tapi ada juga buah lain i.e: manggis, dokong, rambutan..ada gak pulut durian..Dalam Jam 3.30ptg, kami bertolak ke pejabat MARDI semula...Aku pun sambung la design label coz boss tu nak sebelum balik jam 5.00ptg nnti coz dia nak gi print dah.

p/s: mood tak brapa rajin untuk upload pic bebanyak lagi..nanti kena la update pasal catatan sebelum2 ni...muak la korang baca catatan praktikal aku ni...dalam buku report praktikal pun aku tak catat lagi..huhu