Hari Khamis semalam merupakan hari agak padat ngan aktiviti...
Pagi tu aku masuk keje tepat jam 8.00 Pg...then, simpan barang kat bilik kemudian kena dengar ceramah hari Khamis lak...skali ngan tilawah al-quran kejap....sampai la kul10pg...

Then, sedang duk rehat-rehat, budak praktikal ni panggil Kak Ti ni ajak wat mee kuning lak..untuk bahagi ke semua staff MARDI K.Terengganu ni...

Ni ialah Kak Ti..Penolong Boss aku sedang menyukat tepung, pewarna dan air abu....(bukan abu arang yer..)

 Selepas dengan sukatan yang betul, adun bahan-bahan tersebut hingga sekata..Adun bahan-bahan yer..bukan mengadun orang....

Adunan tersebut di uli-uli sehingga menjadi doh yang rata supaya dengan di masukkan dalam mesin manual @ mesin elektrik....

Bila doh tersebut telah di gilis dengan cantik, padat dan sekata....leh la proses jadi mee lak....

Macam ni la budak poyo ni demo camne nak guna alat manual ni....
Sedang kami wat mee, ada la 4 orang budak skolah + sorang cikgu datang tengok2 bersama Boss aku...Suruh diorang try wat skali dua...

Kami habis sekitar jama 2.30 ptg..jam 2.45ptg aku dah siap cuci-cuci dan mula nak balik dah...
Hari Khamis bulan puasa memang balik awal jam 3.00ptg.


p/s: Blog aku maybe slow loading coz banyak gambar kot...huhu