Hari ni merupakan hari ke 53 sebuah 'bapa' bergelar Malaysia menyambut ulang tahun pengistiharan Merdeka ke 53. Dahulu 'Bapa' Malaysia ni di panggil tapi lebih kurang tahun 1950-an, orang panggil 'Bapa' sebagai Malaya. Saya sebagai 'Anak Malaysia pun bangga mempunyai Bapa seperti Malaysia ni. 

Menurut PMR (Pusat Maklumat rakyat) kata,"MALAYSIA meningkatkan kedudukannya dalam senarai negara paling berdaya saing di dunia daripada tempat ke-19 tahun lalu kepada ke-18 tahun ini."
Menurut Berita Semasa pula, bagitau Bapaku Malaysia ni termasuk dalam senarai 10 negara paling kompetitif di dunia selepas krisis kewangan dan krisis ekonomi. (Reference:10 Negara Paling Kompetitif).
Dan akhir-akhir ni laporan dari Majalah 'NewsWeek" yang menyenaraikan "Negara terbaik di Dunia" bagitau yang Bapaku Malaysia ni berada di kedudukan ke-37 Dunia.,Kata Berita Harian Online.

Dahulu sebelum Merdeka, 'Bapa' Malaysia banyak menghadapi tentangan penjajahan negara luar. Sedih melihat kehidupan anak-anaknya yang hidup susah, derita akibat penjajahan tersebut. Anak-anak Malaya banyak membantu 'Bapa' Malaysia ni berjuang  menghadapinya. Dan kini hasilnya, sudah 53 tahun bapaku Malaysia hidup tanpa penjajahan setelah ia di umumkan MERDEKA oleh Tunku Abdul Rahman.

Sebagai anak Malaysia sekarang, aku bersyukur masih dapat menulis cerita ini sambil mendengar kicauan burung, merasai kehangatan matahari disertai dingin angin bertiup sepoi-sepoi memasuki bilikku tanpa perlu bimbang tentang peperangan seperti mana di alami sebelum Merdeka.

Aku pasti Bapaku Malaysia merasa bangga dengan kejayaan Malaysia sekarang di peringkat Global. Ia masih mampu menyediakan tempat untuk anak-anaknya berpijak, bersuka-ria, menyambung ketururan dan mencari rezeki di Bumi Bapaku Malaysia ini. Namun di sebalik kegembiraan anak-anak Malaysia itu, Masih ada juga anak-anak Malaysia yang masih degil dan nakal. Bapaku Malaysia sudah Letih. Sedih. Marah. (mengeluh~)

Namun,  
Bapaku Malaysia yakin dengan anak-anaknya yang baik, bertanggungjawab serta berkepimpinan untuk mengajar, memberi didikan dan kadang-kadang menghukum anak-anaknya yang nakal tersebut.

SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN 'BAPAKU' MALAYSIA KE-53!

-Dari Anak Malaysia mu-