15 ogos 2010 lepas aku ke pasar tani kat berhampiran Giant tu..Lupa lak beli per masa tu..tapi alang-alang aku kuar town tu...mesti singgah pasar tani ni coz aku suka tengok ikan-ikan yang diorang jual..kebanyakkannya ikan air tawar la seperti Puyu, Haruan, Belut, Sepat, Gupi, Swordtail. etc..anak ikan ada gak..tapi anak ikan haruan yer..bukan pepatah 'Haruan Makan Anak'

Ni dia Betta splendens a.k.a ikan laga siam a.k.a siamese fighting fish aku yang 1st..sebelum ni aku tak pernah beli ikan laga ni..saje jer wat koleksi..kan? ikan ni murah jer berharga RM4 termasuk dengan bekas skali..aaku pilih ikan ni coz dia lain skit dari spesis murahan RM4 ni..so, agak berbaloi la since ikan ni sejenis 'biology pest control', yang makan ikan jejentik, nyamuk dan juga tahan lasak..

Masa subjek kursus dulu pun kumpulan aku ada gak wat pemerhatian ikan laga ni a.k.a Betta splendens ni nak tau cara kesesuaiannya dalam suhu, saliniti (kemasinan) dan jenis air (termasuk air  laut!!)