31 Ogos 2010

Hari ni merupakan hari ke 53 sebuah 'bapa' bergelar Malaysia menyambut ulang tahun pengistiharan Merdeka ke 53. Dahulu 'Bapa' Malaysia ni di panggil tapi lebih kurang tahun 1950-an, orang panggil 'Bapa' sebagai Malaya. Saya sebagai 'Anak Malaysia pun bangga mempunyai Bapa seperti Malaysia ni. 

Menurut PMR (Pusat Maklumat rakyat) kata,"MALAYSIA meningkatkan kedudukannya dalam senarai negara paling berdaya saing di dunia daripada tempat ke-19 tahun lalu kepada ke-18 tahun ini."
Menurut Berita Semasa pula, bagitau Bapaku Malaysia ni termasuk dalam senarai 10 negara paling kompetitif di dunia selepas krisis kewangan dan krisis ekonomi. (Reference:10 Negara Paling Kompetitif).
Dan akhir-akhir ni laporan dari Majalah 'NewsWeek" yang menyenaraikan "Negara terbaik di Dunia" bagitau yang Bapaku Malaysia ni berada di kedudukan ke-37 Dunia.,Kata Berita Harian Online.

Dahulu sebelum Merdeka, 'Bapa' Malaysia banyak menghadapi tentangan penjajahan negara luar. Sedih melihat kehidupan anak-anaknya yang hidup susah, derita akibat penjajahan tersebut. Anak-anak Malaya banyak membantu 'Bapa' Malaysia ni berjuang  menghadapinya. Dan kini hasilnya, sudah 53 tahun bapaku Malaysia hidup tanpa penjajahan setelah ia di umumkan MERDEKA oleh Tunku Abdul Rahman.

Sebagai anak Malaysia sekarang, aku bersyukur masih dapat menulis cerita ini sambil mendengar kicauan burung, merasai kehangatan matahari disertai dingin angin bertiup sepoi-sepoi memasuki bilikku tanpa perlu bimbang tentang peperangan seperti mana di alami sebelum Merdeka.

Aku pasti Bapaku Malaysia merasa bangga dengan kejayaan Malaysia sekarang di peringkat Global. Ia masih mampu menyediakan tempat untuk anak-anaknya berpijak, bersuka-ria, menyambung ketururan dan mencari rezeki di Bumi Bapaku Malaysia ini. Namun di sebalik kegembiraan anak-anak Malaysia itu, Masih ada juga anak-anak Malaysia yang masih degil dan nakal. Bapaku Malaysia sudah Letih. Sedih. Marah. (mengeluh~)

Namun,  
Bapaku Malaysia yakin dengan anak-anaknya yang baik, bertanggungjawab serta berkepimpinan untuk mengajar, memberi didikan dan kadang-kadang menghukum anak-anaknya yang nakal tersebut.

SELAMAT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN 'BAPAKU' MALAYSIA KE-53!

-Dari Anak Malaysia mu-


Posted on Selasa, Ogos 31, 2010 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

30 Ogos 2010


Sering kali saya sendiri melihat fadilat solat terawih di gemburkan mempunyai fadilat tersendiri pada hari-hari tertentu. Tapi saya mula terpandang pada Majalah Al-Islam Edisi Ogos 2010-Syaaban-Ramadhan 1431H- (Karya Utusan), Tahun ke-36; Bil:439; M/S: 38-40; Tulisan oleh : Nur Hasyimah Othaman dan di bincangkan oleh Dekan Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunah, Universiti Sains Islam Antarabangsa, Malaysia (USIM), Dr.Adnan Mohamed Yusoff ketika diminta pandangan berhubung hadis yang dikaitkan dengan ganjaran solat terawih sepanjang bulan ramadhan menyatakan, ia adalah hadis maudhu dan direka bagi tujuan galakan untuk umat Islam menunaikan kewajipan berpuasa. 

Sebagai seorang Islam , kita tidak boleh beramal dengan hadis tersebut. Namun jangan disalahtafsirkan, tidak boleh beramal dengan hadis berkenaan bukan bermaksud tidak boleh mengamalakan amalan puasa untuk merebut ganjaran di bulan tersebut. Yang pasti terdapat banyak lagi hadis sahih yang boleh dijadikan pegangan oleh umat islam khususnya mengenai tawaran serta janji Allah untuk umat islam yang berpuasa. Justeru, apakah masih perlu seseorang itu berpegang dengan hadis maudhu yang ternyata ia satu perbuatan yang boleh mengelirukan dan akhirnya masyarakat akan terus menjadi masyarakat Islam yang taklid membabi buta! 

Antara Hadis sahih berkaitan tawaran di bulan ramadhan 

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda,”Sesiapa yang mengerjakan puasa di bulan ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.” –Hadis Sahih- Riwayat Bukhari dan Muslim- 

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila datang bulan ramadan, terbukalah pintu-pintu syurga”-Hadis Sahih-Riwayat Bukhari- 

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Muhammad s.a.w, sabdanya,”Apabila bermula malam yang pertama dari bulan ramadan, menyerulah malaikat, berkata,”Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya’ (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka-daripada memasukinya.”-Riwayat Tirmizi dan Nasa’i-Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan ramadhan) 

*Sumber: Majalah Al Islam Edisi Ogos 2010 (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)(JAKIM) di Tulis semula oleh Mr.Homosapiensz.

Posted on Isnin, Ogos 30, 2010 by Ismiqbal Abdullah

4 comments

29 Ogos 2010

15 Ogos 2010, Kuala Terengganu - Fossil cicak rumah yang dijangka berusia berjuta-juta saat telah di jumpai di celah pintu MARDI Kuala Terengganu oleh seorang pelatih di sana. Menurut beliau, ketika  menjumpai fossil tersebut, beliau sangat terkejut yang amat sangat kerana mendapati rangka haiwan terbabit melekat di celah pintu.
Gambar amateur ini berjaya di rakam oleh pelatih tersebut menggunakan kamera telefon bimbit Sony Ericsson K770 miliknya. Menurut pelatih tersebut, jika berdasarkan warna rangka dan kekeringan fossil, ia mungkin telah berada di situ melebihi beratus ribu juta saat! 
 Menurut pelatih MARDI Kuala Terengganu itu lagi, bukan sahaja fossil haiwan itu ditemui, malah fossil telur cicak juga di temui di celah kepingan bata yang berusia berjuta-juta saat itu!

-Sumber homosapiensz.blogspot.com oleh Mr.Homosapiensz-

Posted on Ahad, Ogos 29, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

27 Ogos 2010

24 Ogos 2010 (Selasa) lepas sebagai pelatih praktikal di MARDI K.Terengganu kena lah kemas-kemaskan tempat pemprosesan baru MARDI ni. Kak TI bagitau kul 11 pagi ada usahawan nak datang untuk tunjuk ajar membuat Kordial Nangka. (Bahan mentah buah dari kebun beliau sendiri.)
Isi buah nangka yang beliau bawakan dari kebun beliau sendiri sudah di sejuk beku (deep freeze) bertujuan simpanan lebih lama.
Proses pengasingan biji dan isi buah
Hasilnya hanya isi buah sahaja digunakan dan dibersihkan dari 'Physical Hazard' seperti kulit biji, habuk-habuk dll.
Isi buah yang telah dibersihkan kemudian di kisar sehingga hancur.
Bagi proses Kordial Nangka ni..Isi buah yang di kisar tidak di tapis sebelum di masak kerana isinya sudah hancur dengan sebati dan tiada serat buah kelihatan tidak seperti buah jambu batu.
Semua jenis Kordial/Minuman daripada buah segar perlu di masak terlebih dahulu lebih lama berbanding menggunakan puri yang telah di tinkan kerana puri dalam tin telah dimasak dan sterile bagi mematikan mikroorganisma). Jadi proses memasak tersebut adalah bertujuan melarutkan gula, bahan pemekat dan mematikan mikroorganisma daripada buah tersebut.
Bahan pengawet, anti-buih (anti-foam) dan perasa di campur setelah api dimatikan. Anti-foam bertujuan bagi mengelakkan pembentukan buih yang banyak apabila produk dibungkuskan.
Larutan bahan yang siap di masak disejukkan terlebih dahulu sebelum di tuang ke dalam bekas plastik kordial ni bagi mengelakkan bahan plastik tersebut menjadi kecut.
Dah siap Kordial Nangka..! Sila amik sorang satu yer....dapat gak merasa masa berbuka puasa di rumah....


p/s: sape tahu katner ada jual botol plastik seperti kordial ni erk....huhu..A.S.A.P

Posted on Jumaat, Ogos 27, 2010 by Ismiqbal Abdullah

6 comments

Sempena Bulan Kemerdekaan, Bulan Ramadhan dan tak lama lagi seluruh umat Islam seluruh dunia menyambut kehadiran Bulan Syawal sebagai tanda Kemenangan menahan hawa nafsu, lapar dahaga di siang hari dan pemergian Bulan Ramadhan; Mr.Homosapiensz berusaha meyokong Bulan Kemerdekaan Negara kita Malaysia Tercinta yang ke-53 serta Selamat Menyambut Ramadhan, Selamat Menyambut Aidilfitri (lambat lagi...takpe..kita amik feel dulu yer...)

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H
SELAMAT MENYAMBUT AIDLFITRI 1431H

Posted on Jumaat, Ogos 27, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

22 Ogos 2010

Semalam (Sabtu) memang aku dah merancang untuk survey harga blender, untuk blender buah (hajatnya untuk small scale comercial la..INSYA-ALLAH!! AMINN!) tapi bila dah survey agak terkejut la harga sekitar rm380-500++..Mana lah aku cukup modal nak beli alat saje..Huhu!! (Tanya Kak Ti tadi pasal blender ni , dia kata guna blender biasa jer untuk mesin buah, pastu beli penapis..tapi kena jenama PANASONIC yer..) Fuhhh!! Masih bersinar skit harapan...

Lepas tu tunggu Mr.C1over datang kat Giant untuk temankan aku gi Saloon dekat Plaza Perdana (pun untuk 1st time bagi budak kampung ni..). Harga nya memang bukan standard budak kampung macam aku la tapi "I PAID FOR EXPERIENCE..make sure it worth it~".
[Aku guna 'healing brush' untuk edit pic muka hodoh aku selepas baca tutorial photoshop dari Ezhan Artwork]
Selepas hasil Saloon Auntie Cina tu....tapi tak brapa suka sangat la...Spikey is okay tp maybe bila dia tanya tu aku tetiba jadi blurr....T__T
Selepas jer gunting rambut-yang-tak-brapa-berbaloi ni aku SMS adik aku yang keje kat Forest Secret untuk beli benda alah ni..ntah la...Serum untuk Mengecilkan Liang Roma daripada Buah Pinang....Adik aku guna harga pekerja dia la bolehla dalam RM20.30..harga asalnya RM25++ (Diskaun 30%). Baru jer nak try since aku dah guna pelbagai pencuci muka still the same result....

Kami gi Bazaar Ramadhan kat Taman Syahbandar plak...agak meriah la sana dengan pelbagai ragam penjual-pembeli, kuih muih dan lauk pauk sana...Sejak dewasa ini aku makin kurang berminat dengan bazaar ni...Raya nanti pun ntah la..dah takde 'excitement' lagi..

Dah 'on the way' balik dah ni, sempat lagi singgah Giant meng'usha' beberapa items...Dengan tak bercadang untuk beli selipar...Kini baruku sedar diri bahawa selipar jepun 'import' ni sudah lusuh dan nipis dah..lantas secara 'spontan'nya aku membeli makhluk tidak bernyawa sebagai hamba abdi kaki ku..Bwahhaha!!

p/s: Webpage Blog aku lambat loading kah?? Aku suka template ni....simple n gelap....akan berusaha mengurangkan widget/gadget.

Posted on Ahad, Ogos 22, 2010 by Ismiqbal Abdullah

6 comments

Hari Jumaat lepas tanpa berfikir panjang aku bertanyakan kawan pasal Gym di TER ni..Since aku tak tau kat mana lagi ada gym di K.Terengganu ni (bila budak kampung yang poyo ni masuk gym)
So, bertemankan kawan aku a.k.a gym buddy ni biasa gi gym sana dalam jam 10.00malam, aku mengambil kesempatan sekali untuk mula berjinak-jinak dengan gym ni (AWAS! Jangan berjinak-jinak dengan JIN lak!)..
Jadi dengan tunjuk ajar dia memperkenalkan cara guna peralatan (walaupun tak semuanya), bolehlah budak kampung ni dengan jakunnya main peralatan gym buat kali pertama seumur hidupnya.

Gym TER (Terengganu Equestrian Resort) ni bertempat di Sport Complex yang juga mempunyai Kolam Renang (aku biasa gak datang kolam renang sini), Bowling (tak try lagi), Badminton, Squash, Ping pong dan Snack Bar (tak tahu pekebenda ni). Ada juga gelanggang Polo, Inn (kecik jer macam hotel tumpangan jer)
Bayaran untuk Gym ni agak mahal berbanding di KL (menurut salah seorang kawan di KL) iaitu bayaran sini harga biasa RM10, tapi tak pasti la coz ada tulis promosi dengan RM5.
(mungkin di TER ni merupakan tempat agak eksklusif dengan Membership Clubhouse nya...dan mungkin juga di Kuala Terengganu ni kekurangan Gym..)
..::::WELCOME TO SPORT COMPLEX:::..


Malam yang kami pergi ni nasib la tak ramai orang sangat, kurang dari 10 orang..okay la tu..aku tak suka sangat ramai orang dan aku boleh la try guna alat-alat tu..TT__TT. Tapi menurut kawan aku tu kebiasaannya ramai gak...

p/s: masih terasa sakit lagi bahu dan betis ni..tapi utk 1st time & 'loner' macam aku kurang exercise ni..ok la..sakit2 badan tu la tanda exercise itu bagi kesan pada badan..

p/p/s: semasa aku google keywords,"gym for beginner", terjumpa la link ni..sebagai bacaan untuk Beginner macam aku ni.."Do and dont's for beginner","gym tips for beginner",
Link tu ada kat sebelah bar ni atau klik sini:

Posted on Ahad, Ogos 22, 2010 by Ismiqbal Abdullah

5 comments

21 Ogos 2010

 Setiap kali Bulan Ramadhan tiba pasti ada Bazaar Ramadhan ni Terengganu Trade Centre (TTC) ni
 
 Bazaar Ramadhan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) ni bermula pada:
11 Ogos - 10 September 2010
10.00 pagi - 11.00 malam

(Lupa lak bila..) Kami sempat singgah usha-usha suasana sini..Ramai orang macam biasa..jenis jualan pun macam biasa jer..lebih banyak barangan perempuan....Biasalah, kuasa membeli perempuan lebih banyak dari lelaki ni..

Parking kat depan ni pun memang 'packed' jer ngan kenderaan...
Terengganu, 'what to expect' kn..
 
 Tak pasti lak harga di sini berpatutan ke mahal..

warghhh!! apa benda ni..(dengan nada bersahaja...)
Klu tak silap..1=rm3; 2=rm5

 "Meh Pakat Datang Ramai-ramai"

Posted on Sabtu, Ogos 21, 2010 by Ismiqbal Abdullah

8 comments

20 Ogos 2010

Hari Khamis semalam merupakan hari agak padat ngan aktiviti...
Pagi tu aku masuk keje tepat jam 8.00 Pg...then, simpan barang kat bilik kemudian kena dengar ceramah hari Khamis lak...skali ngan tilawah al-quran kejap....sampai la kul10pg...

Then, sedang duk rehat-rehat, budak praktikal ni panggil Kak Ti ni ajak wat mee kuning lak..untuk bahagi ke semua staff MARDI K.Terengganu ni...

Ni ialah Kak Ti..Penolong Boss aku sedang menyukat tepung, pewarna dan air abu....(bukan abu arang yer..)

 Selepas dengan sukatan yang betul, adun bahan-bahan tersebut hingga sekata..Adun bahan-bahan yer..bukan mengadun orang....

Adunan tersebut di uli-uli sehingga menjadi doh yang rata supaya dengan di masukkan dalam mesin manual @ mesin elektrik....

Bila doh tersebut telah di gilis dengan cantik, padat dan sekata....leh la proses jadi mee lak....

Macam ni la budak poyo ni demo camne nak guna alat manual ni....
Sedang kami wat mee, ada la 4 orang budak skolah + sorang cikgu datang tengok2 bersama Boss aku...Suruh diorang try wat skali dua...

Kami habis sekitar jama 2.30 ptg..jam 2.45ptg aku dah siap cuci-cuci dan mula nak balik dah...
Hari Khamis bulan puasa memang balik awal jam 3.00ptg.


p/s: Blog aku maybe slow loading coz banyak gambar kot...huhu

Posted on Jumaat, Ogos 20, 2010 by Ismiqbal Abdullah

8 comments

19 Ogos 2010

 Pagi tadi selepas bersahur aku terjumpa haiwan ni tetiba je masuk dalam umah aku...Dah lama aku tak jupe haiwan ni, masa kecik-kecik dulu aku slalu cari kat tepi masjid dekat pagar kubur tu korek la lubang tanah tempat habitat haiwan ni...haiwan ni korek tanah takde la dalam sangat, macam sarang semut merah jer cuma lebih besar.

 Masa 'photograhy' serangga ni yang di kenali sebagai "MOLE CRICKET" atau bila di'translate' jadi "CENGKERIK MONDOK/TANAH"
Ambil gambar ni semata untuk share dengan pembaca semua tentang DUNIA HAIWAN @Mr.Homosapiensz ni...

Cengkerik ni agak berbeza dengan cengkerik biasa coz di hadapan mulut dia tu ada bahagian untuk mengorek tanah.

 Untuk tahu dengan lebih lanjut pasal CENGKERIK TANAH a.k.a MOLE CRICKET ni leh tengok kat wikipedia atau cuma GOOGLE/YAHOO/MSN/BING jer keyword "MOLE CRICKET"

p/s: "Dunia Haiwan@Mr.Homosapiensz" sounds not bad...leh wat column khas ni...hehe

Posted on Khamis, Ogos 19, 2010 by Ismiqbal Abdullah

9 comments

18 Ogos 2010

 Letihnya arini! Time aku tengah taip ni pun dah tersenguk-senguk..tapi update punyer pasal..tahan jer..
Masuk jer keje jam 7.55pagi terus gi masuk bilik aku..pastu jam 8.16pagi lebih kurang call dari bebudak praktikal lain mintak tolong angkat barang untuk persediaan Kursus Membuat Mee Kuning, Jeli Kelapa dan Dadih.

 Dalam jam 9 pagi lebih kursus yang di ketuai oleh Pn.Hajjah Che Rahani Zakaria menerangkan permulaan kepada semua peserta kursus lebih kurang 15 orang.


Aku tak bersama peserta ni untuk jam pertama coz aku sendiri 'busy' untuk menunjukkan label Kordial Asam Jawa daripada BB Guava Juice Trading ni kemudian gi hantar untuk 'print' sticker label.

Tempat perbincangan aku bersama dengan tokey BB Guava  Juice Trading bersama sampel Almond Cookies (FREE! kepada aku sahaja)
Aku tak sempat tengok diorang wat dadih dan jeli kelapa ni.. tapi takpe, masa ada lagi..leh'propose' penolongnya untuk ajar dengan syarat guna modal sendiri....hehhe
Dalam jam 11.00pagi aku bergegas masuk dalam tempat pemprosesan ni menolong apa yang patut..Maka aku jadilah seorang 'photographer' tidak bertauliah mundar-mandir mengambil gambar situasi kursus mee kuning ni...
 
 Ni la mesin secara manual yang digunakan..kos satu benda ni sekitar RM40-50 jer..Boleh didapati Giant (Mydin tak sure lak..)

Pemprosesan mee kuning bermula...Mulanya Hajjah demo kepada peserta, kemudia peserta sediri mengbuatnya sendiri

 
Selepas siap menggilis mee, kemudian direbus sementara dan letakkan sedikit minyak bagi mengelakkan mee melekat..(macam wat spagetti jer.). Hasilnya!

p/s: dah 2,3,4 kali terlelap beberapa saat masa tulis posting ni.

Posted on Rabu, Ogos 18, 2010 by Ismiqbal Abdullah

10 comments

17 Ogos 2010

15 ogos 2010 lepas aku ke pasar tani kat berhampiran Giant tu..Lupa lak beli per masa tu..tapi alang-alang aku kuar town tu...mesti singgah pasar tani ni coz aku suka tengok ikan-ikan yang diorang jual..kebanyakkannya ikan air tawar la seperti Puyu, Haruan, Belut, Sepat, Gupi, Swordtail. etc..anak ikan ada gak..tapi anak ikan haruan yer..bukan pepatah 'Haruan Makan Anak'

Ni dia Betta splendens a.k.a ikan laga siam a.k.a siamese fighting fish aku yang 1st..sebelum ni aku tak pernah beli ikan laga ni..saje jer wat koleksi..kan? ikan ni murah jer berharga RM4 termasuk dengan bekas skali..aaku pilih ikan ni coz dia lain skit dari spesis murahan RM4 ni..so, agak berbaloi la since ikan ni sejenis 'biology pest control', yang makan ikan jejentik, nyamuk dan juga tahan lasak..

Masa subjek kursus dulu pun kumpulan aku ada gak wat pemerhatian ikan laga ni a.k.a Betta splendens ni nak tau cara kesesuaiannya dalam suhu, saliniti (kemasinan) dan jenis air (termasuk air  laut!!)


Posted on Selasa, Ogos 17, 2010 by Ismiqbal Abdullah

3 comments

13 Ogos 2010

Tempahan untuk "Ice White Seaglass Couple Keychain" oleh classmate aku sendiri.
maaf kerana mengambil masa yang agak lama menyiapkan tempahan ini kerana keletihan kerja..


ni la hasilnya yang dengan harapannya dapat memuaskan beliau.

Posted on Jumaat, Ogos 13, 2010 by Ismiqbal Abdullah

5 comments

DURIAN PARTY!! (pernah dengar tak?)
'Durian Party' ni di anjurkan oleh FAMA pada 9 Ogos 2010 bertempat di Bangunan FAMA,Pulau Kambing (mbekkkk!!)..Semua di bawah Kementerian Pertanian Malaysia Terengganu ni di jemput hadir bagi memeriahkan parti durian ni. Termasuklah MARDI (tempat aku praktikal)

[uishh! bulan2 pose pun update pasal makanan..ishk!! sabar lah yer..haha!]

Pada hari ni hari terakhir Mini MAHA di Taman Syahbandar, K.Terengganu. Selepas singgah di khemah MARDI, dalam kul 2.30 ptg, kami bersama 3 org staff MARDI bergerak ke FAMA untuk menyantap durian..Tapi aku dah makan nasi bungkus yang staff ni bagi...aishkk!!


Semuanya menikmati buah-buahan tempatan ni; ada manggis, dokong, duku, rambutan dan semestinya DURIAN..Durian yang banyak! banyak jenis lak tu...Menu sampingan ada pulut durian.(dah terliur aku taip entri ni...huhu)


Budak tu praktikal skali ngan aku..no scandal2 yer...


Budak-budak praktikal dan staff MARDI menimati hidangan buah-buahan


Durian yang banyak!! aku tak dapat makan banyak coz dah kekenyangan makan nasi lunch tadi.


Sape la budak poyo tu...poyo btol la budak poyo ni!


ishk! gambar budak poyo ni lagi..menyemak je dalam blog aku...staff MARDI tu memang kuat je makan durian..dari sampai hinggalah nak balik aku tengok tak de henti-henti makan...haha!


Posted on Jumaat, Ogos 13, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

12 Ogos 2010


Kembali kepada catatan Mini MAHA yang di adakan di Dataran Syahbandar bermula 6-9 Ogos 2010. Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) ni mempamerkan pelbagai inovasi agriculture negara terutamanya di Terengganu. Kehadiran pengunjung amat memuaskan terutamanya di hari minggu..


Antara pameran diadakan adalah pelbagai jenis minuman, herba, makanan tradisi segera serta barangan kraf, pameran pameran pertanian juga mendapat kunjungan ramai. MARDI sendiri mempamerkan kordial jambu, kordial mangga serta minuman rambutan (kami la yang wat semua tu..)


Terdapat juga aktiviti diadakan antaranya pertandingan kupas nanas, pertandingan membuat ketupat dan membuat emping beras.


En.Khalid juga memasuki pertandingan mengupas nanas dan mendapat tempat kedua!
Di khemah MARDI terdapat mesin untuk Nanas, pameran pelbagai jenis buah yang kita sendiri belum pernah lihat dan dengar buah-buahan tersebut.



Selain dari pertanian, terdapat juga bahagian veterinar..Terdapat juga anak puyuh, beberapa jenis lembu dan kambing, ayam belanda, ayam serama etcetera.


Ada Ayam Sutera ni bernilai RM500 sepasang! bulu 'fluffy' jer macam kucing..


Lembu ni tak pasti lak nama apa tapi seingat-ingat macam nama kereta jer..baru umur setahun ni..Yang pakai t-shirt berkolar hitam putih tu la budak praktikal kat MARDI tu...hehhe..


p/s: pasni nak update pasal aku membuat taufu fa, air soya dan cincau...

Posted on Khamis, Ogos 12, 2010 by Ismiqbal Abdullah

2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...