15 Julai 2010.
Hari ni merupakan Majlis Penyerahan Sijil tamat latihan bagi kami peserta program Biotechnology Entrepreneurship Special Training Batch 3 bertempat di Kolej TESDEC selama hampir 3 bulan bermula 22 April 2010.


[Sijil Taman Latihan BEST]

Majlis bermula pada jam 10.30 pagi bertempat di Dewa Khaldun, Kolej TESDEC, Terengganu..Walaupun tidak semua peserta datang tapi majlis tetap berlangsung dengan lancarnya.



Majlis di pengerusikan oleh Cik Hidayah, Classmate kami di mulakan dengan bacaan doa dan ucapan wakil BEST (iaitu En.Muhammad Iqmal* B. Abdullah -a.k.a Mr.Homosapiensz -).

Di sertai dengan ucapan perasmian oleh Pengurus Akademik dan Latihan Kolej TESDEC, EN.Abd.Razak Mohamed.



Upacara di teruskan dengan majlis pembahagian Sijil penyertaan kepada semua peserta dan semestinya majlis mengambil gambar...



[Peserta program lelaki + 2 orang yang tiada dalam gambar ]



Walaupun bukan semua peserta yang hadir. Kenangan kami sentiasa di ingatan. Pelbagai suka duka di tempuhi bersama..
Lepas ni kena praktikal selama 3 bulan lagi bagi menamatkan sepenuhnya program BEST ni.

p/s: Sabtu-Selasa (17-20 Julai 10) gi Lawatan ke SIRIM Shah Alam \(^__^)/

p/s: Doakan aku supaya terpilih untuk menjalani Latihan di Korea selama 3 bulan!! Amin!!! Sekarang dah masuk "National Shortlist"..5 student dari center Terengganu sudah terpilih, kini pemilihan student dari semua center BEST seluruh Malaysia!!

Ucapan Wakil BEST:
Bismillahi Rahmani Rahim..
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Selamat Pagi

Terima kasih Tuan/Cik Pengerusi majlis, yang saya hormati Pengurus Akademik & Latihan Kemahiran; En.Abd.Razak Mohamed, Ketua Penyelaras Program INSEP; Pn.Siti Mariam, Ketua Hal Ehwal Pelajar & Kaunselor; Ustaz Maliki Muhamad, Unit Farmasi; En.Dzuhairi Muda, Cik NorHamizah serta rakan seperjuangan program BEST yang saya kasihi sekalian.

Selama hampir 3 bulan kami di sini, penuh suka duka kami tempuhi, tiada kata dapat di ungkapkan melainkan ribuan Terima Kasih yang tak terhingga kepada pihak pengurusan TESDEC & tenaga pengajar kami daripada SIRIM yang banyak membantu kami dengan menyediakan kemudahan yang lengkap sepanjang kami berada di sini.

Suasana persekitaran TESDEC yang tenang juga, membantu kami menjalani pembelajaran Program BEST dengan lebih fokus. Semoga TESDEC lebih maju di masa hadapan ke arah kecemerlangan pembangunan kemahiran Negeri Terengganu,

Namun, Malang tidak berbau, tanpa di sangka, hari terakhir kami menuntut di sini, juga merupakan hari terakhir kami bersama Allahyarhamah Nor Hayati Isa yang merupakan sahabat program BEST kami yang telah pulang ke Rahmatullah pada 13 Julai 2010. Semoga rohnya di tempatkan bersama roh orang-orang beriman. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarhamah hayati Isa...Al Fatihah…Amin Ya Rabba ’Alamin

Sekian Terima Kasih

Ucapan oleh : Muhammad Iqmal Abdullah a.k.a Mr.Homosapiensz.