Pagi ni (13 Julai 2010), kami pelajar BEST di kejutkan dengan berita yang menluluhkan hati kami...Berita pemergian kawan sekelas kami; Norhayati Isa amat mengejutkan....
Hari ini merupakan kelas terakhir kami bagi program BEST (Biotechnology Entrepreneurship Special training). Tanpa disangka, sudah tersurat dalam Qada' & Qadar, hari ini juga merupakan hari terakhir buat Allahyarhamah
.

Hari ini merupakan hari penilaian program kami. Semua pelajar sibuk menyiapkan 'assigment' yang di beri untuk 'presentation' pagi ini.. Sekitar jam 9.00 pg tadi, kami di kejutkan dengan berita pemergian Allahyarhamah melalui panggilan telefon daripada 'classmate' kami.

Setelah menyiapkan 'assignment', kami terus bertolak melawat ke rumah Allahyarhamah. Kelihatan rakan-rakan sekelas sudah tiba di sana bersama Dr.Jaafar, Dr.Neelam & Kak Najihah (pengajar kami). Dr.Neelam membuat keputusan bahawa 'presentation' di teruskan juga pada tengahari tersebut.

Kami semua tabah menghadapi dugaan berita ini. Kumpulan Allahyarhamah juga kuatkan hati untuk 'presentation' kali ini.. Ini mungkin adalah hasil kerja terakhir Allahyarhamah. Allahyarhamah juga merupakan ahli kumpulan saya dalam satu 'assignment', saya amat senang bekerjasama dengan Beliau dengan komitmennya yang tinggi dan seorang yang amat rajin.

Setelah kelas terakhir kami selesai, berehat seketika dan kemudian kami bertolak lagi ke kubur Allahyarhamah yang baru sahaja di tanam, Kelihatan ramai pelawat menziarahi kubur beliau. Cuaca bagaikan meratapi pemergian Allahyarhamah.Mendung dan hujan rintik-rintik.

Sempat kami bersalaman dengan ayah Allahyarhamah sebelum berangkat pulang.



Pemergian Allahyarhamah memberi kesan kepada kami semua, Beliau merupakan seorang yang ceria, sentiasa gembira, suka mengusik, mesra dan komitmen tinggi.

Ketika ini kita gembira, gelak ketawa..
Mungkin esok ia tiada..
Hidup tidak sentiasa di akhiri dengan gembira
hanya kenangan yang gembira menjadi ingatan sentiasa

Nama yang pernah kita kenali,
wajah yang pernah kita tatapi,
suara yang pernah didengari.
usikan menjadi penyeri suasana.....
kini senyap selamanya......
semoga aman di sana..semoga bersemadi dengan tenang...
Al-fatihah buat Hayati Isa

(BEST classmate 2010 -28 Jun 1985-13 Julai 2010-)

p/s: Dalam masyarakat kita, istilah Almarhum di gunakan bagi kerabat raja..Sila ikuti penjelasan
Almarhum, Benarkah Sebutan Ini? ..
"Direct translate" kata nama untuk Almarhum ialah 'Orang yang mati'
(Kita hidup berlandaskan Agama, bukannya Adat semata-mata)
Thanx to Mohd Harief (FaceBookers/Blogger) yang share link ini & Sofi for some explaination....