Sabtu 'weekend' [3 Julai 2010] lepas aku bersama kawan2 serumah semasa zaman belaja dulu pergi bercuti di Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut, Terengganu...

Nazri [calling] : Mal! bangun tak lagi? jom gi Lata Tembakah.. Aku [dengan suara yang mamai] : siapa gi? kul brapa?

Perbualan telefon pendek tu selesai terus aku bersiap2 (mandi, sarapan etc.)

Sekitar tengahari, housemates ku pun tiba di perkarangan rumah aku...kami pun bertolak ke rumah sewa kawan kami dan bersiap2 bertolak ke Lata Tembakah, Besut, Terengganu


[ni adalah kali kedua aku tiba di Hutan Lipur Lata Tembakah..Manakala pengalaman kali pertama untuk kawan2 aku...p/s: Jalan yang sama nak ke Kolam Air Panas La, Besut, Terengganu]



Sekitar jam 2.30 ptg, kami pun tiba di Lata Tembakah...Berjalan hampir 30 minit menerokai hutan lipur untuk sampai ke air terjun tingkat 4....Suasana memang meriah dengan kehadiran pengunjung bersama keluarga dan kengkawan.

Setibanya di air terjun tingkat 4..kami AMAT terpesona melihat keindahan air terjun yang tinggi yang di kelilingi bukit hijau dan mempunyai aliran serta kolam yang cantik dan berangin (walaupun di kelilingi oleh bukit.)


Air Terjun tingkat 4 di Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut, Terengganu



[p/s: di Hutan Lipur Lata Tembakah ni mempunyai lebih kurang 7 tingkat air terjun...untuk ke air terjun tingkat 1,2,3,4..pengunjung perlu merentasi laluan yang di sediakan lebih kurang 45 minit perjalanan...Manakalai untuk ke air terjun 5,6,7, pengunjung perlu mendaki bukit (jungle trekking) lebih kurang 1 jam....]



Tapi AWAS!! air di kawasan tengah kolam agak dalam..sesuai untuk pengunjung yang suka berenang dan menyelam....HATI-HATI dengan batu-batuan yang licin...Sentiasa



Penulis sangat berpuas hati bercuti di Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut, Terengganu ni..Jika berkesempatan, sudah semestinya ingin datang di sini lagi dengan persiapan lengkap....
Kawasan air terjun ini amat sesuai untuk berkhemah dan BBQ..
.
Kami mula bersiap pulang sekitar jam 5.30 ptg..
[BERTUAHNYA KLU AKU DAPAT KAMERA DIGITAL SONY TX5...Water-Proof, Shock-Proof, Dust-Proof...huhuhu!!! MESTI AKU DAPAT MERAKAMKAN "MY PRECIOUS, MEMORABLE WATER MOMENTS" ni ]



Dalam perjalanan pulang, kami singgah di gerai sate Kg.Jabi....
Sate ayam : 45 sen/cucuk
Sate daging: 50 sen/cucuk (dah habis dah ....)

Menikmati sate dalam keadaan penat dan lapar memang menyelerakan...Nyummm!